Hak Seorang Isteri Terhadap Harta Peninggalan Suami Selepas Meninggal Dunia

hak isteri terhadap harta peninggalan suami

Setiap isteri yang mempunyai suami wajib mengambil tahu tentang ini iaitu perkara yang membabitkan harta peninggalan suami selepas suami meninggal dunia. Sekurang-kurangnya isteri sudah tahu tentang ini tidak gelabah sekiranya perkara itu berlaku.

Setiap yang hidup pasti akan mati, begitu juga dengan diri kita sama ada suami atau isteri dan sesiapa sahaja di dunia ini. Isteri pula haruslah faham tentang hukum dan faraid yang melibatkan harta sepencarian atau harta peninggalan arwah suami selepas kematiannya.

Perkongsian daripada Majlis Agama Islam Selangor ini amat bermanfaat untuk dibaca atau dihadam oleh semua para isteri kerana MAIS telah menerangkan secara terperinci satu persatu dengan lengkap tentang harta peninggalan arwah suami.

Harta Peninggalan Suami Yang Wajib Isteri Tahu


pembahagian harta peninggalan suami

1. Sekiranya suami telah meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan harta yang dimilikinya ketika dia masih hidup, isteri tidak perlu bimbang dan risau, mengapa?

Kerana semua harta yang halal yang arwah tinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri serta waris-waris beliau yang lain mengikut hukum faraid dalam Islam.

2. Jika suami meninggal dunia dengan meninggalkan anak lelaki, anak perempuan serta ibu dan bapa, mereka juga adalah waris-waris yang berhak untuk mewarisi semua harta pusaka arwah suami selain daripada isteri tersebut.

3. Sekiranya suami meninggal dunia dengan meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan juga adik-beradik, maka waris yang paling berhak ke atas semua harta pusaka arwah suami adalah pihak isteri, anak perempuan serta bapanya sahaja. Adik beradik arwah tidak mempunyai hak.

4. Sekiranya suami meninggal dunia dengan meninggalkan isteri, anak perempuan dan juga adik beradik, maka semua di antara mereka adalah merupakan waris-waris terdekat yang layak untuk mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah suami.

5. Jika suami meninggal dunia dengan meninggalkan isteri, anak perempuan yang berumur 8 tahun dan anak lelaki yang berumur 2 hari, maka adik-beradik sebelah suami tidak mempunyai hak ke atas harta peninggalan suami selepas kematian suami walaupun anak lelaki tersebut masih berusia 2 hari.

6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah pun menceraikan isterinya dengan penceraian secara talak satu, maka isteri tersebut masih lagi mempunyai hak ke atas semua harta pusaka yang telah ditinggalkan oleh arwah suami.

7. Sekiranya suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isteri, dan isterinya masih lagi berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan oleh suami.

8. Sekiranya suami sebelum meninggal dunia ada menyatakan yang arwah mengharamkan semua harta-harta miliknya diwarisi oleh isteri dan kemudian telah meninggal dunia, isteri tersebut tetap mempunyai hak untuk mewarisi harta peninggalan suami tersebut.

9. Sekiranya suami meninggal dunia dengan meninggalkan harta sepencarian atau harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami adalah merupakan harta pusaka yang harus dibahagikan dengan waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.

10. Jika suami meninggal dunia dengan meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Insurans Takaful atau sebagainya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk bahagikan semua wang-wang tersebut kepada dirinya berserta waris-waris lain yang mempunyai hak mengikut hukum faraid dalam Islam.

11. Sekiranya suami meninggal dunia tetapi harta yang telah ditinggalkan adalah merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, semua harta tersebut adalah harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.

12. Harta pusaka milik arwah suami yang didapati dalam jangka masa tempoh perkahwinan dengan isteri, boleh dituntut oleh isteri itu sendiri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.

Baca : Doa Membayar Hutang Dengan Cepat

Oleh itu, semua isteri-isteri yang kematian suami haruslah tahu apakah yang perlu dilakukan atau bagaimana cara pembahagian semua harta peninggalan suami iaitu harta pusaka suami setelah kematian suami tersebut mengikut hukum yang telah ditetapkan. - MAIS

Semoga perkongsian tentang 12 perkara yang wajib diketahui oleh semua isteri tentang harta peninggalan suami setelah dia meninggal dunia akan menambahkan lagi pengetahuan kita semua terutamanya semua para isteri. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog