Jika anda dibebani hutang yang banyak sehinggakan sukar untukbayar semula dan sering tertekan kerana masalah ini. Jangan bimbang, kerana masih ada jalan penyelesaian iaitu dengan mengamalkan doa mudah iaitu doa membayar hutang dengan cepat yang perlu anda minta daripada Allah SWT.
Doa bayar hutang atau doa menghadapi kesulitan membayar hutang yang banyak ini adalah daripada hadis sahih iaitu hasil perkongsian laman Mufti Wilayah Persekutuan yang menjawab soalan tentang apakah doa mudah supaya dapat melangsaikan hutang.
Doa ini juga boleh digunakan untuk memohon kepada Allah supaya banyak rezeki selain agar hutang lunas dengan cepat serta dapat bebas dari hutang. Anda wajib mengamalkan doa-doa ini sekiranya anda ingin keluar daripada masalah ini.
Doa Bayar Hutang Dengan Cepat
Berikut adalah amalan mudah dan baik untuk melangsaikan hutang yang boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang dibebani dengan masalah hutang walau setinggi gunung seperti yang dinyatakan dalam beberapa hadis sahih.
Daripada hadis Abu Said Al-Khudri RA:
Ketika Rasulullah SAW memasuki masjid, secara tiba-tiba seorang sahabat yang bernama Abu Umamah RA yang ketika itu sedang duduk.
Seterusnya Rasulullah segera bertanya, "Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?"
Abu Umamah segera menjawab, "Dukacita dan hutang telah menyelubungiku wahai Rasulullah!"
Rasulullah pula menjawab, "Mahukah kau aku ajarkan kepadamu satu doa sekiranya kau membacanya, Allah akan menghilangkan segala rasa dukacitamu dan melangsaikan hutang-hutangmu?"
Abu Umamah menjawab, "Sudah tentu wahai Rasulullah"
Seterusnya Baginda telah bersabda, "Ucapkanlah pada waktu pagi dan petang dengan bacaan ini."
Melunasi Hutang Dengan Bantuan Allah SWT
Maksud Rumi:
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas.
Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia."
Abu Umamah RA berkata: "Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku." - Riwayat Abu Daud (4/353)
Hadis 'Aisyah R.Anha. Bahawa 'Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:
Doa Menghadapi Kesulitan Membayar Hutang
Maksud Rumi:
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian.
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang." - Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)
Imam Al-Hafiz Ibn Hajar ada menyebut iaitu makna untuk kalimah Maghram adalah Dain iaitu hutang. Ianya perkara yang melibatkan hutang piutang.
Dikatakan yang dikehendaki dengan Al-Maghram adalah apa yang telah diperhutangkan sama ada perkara harus atau tidak, kemudian orang yang berhutang tak mampu untuk membayar. - Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani. Fath al-Bari. Jilid 2, Halaman 371.
Daripada Suhail yang turut berkata: "Abu Soleh telah memerintahkan kepada kami apabila salah seorang daripada kami mahu tidur, ia haruslah berbaring mengiring sebelah kanan dengan mengucapkan seperti berikut:
Maksud Rumi:
"Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh langit, Tuhan yang menguasai 'Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran).
Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau memegang rambut hadapannya (yakni semua makhluk dibawah kekuasaan Allah).
Ya Allah! Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang Zahir, tidak ada sesuatu di atas-Mu.
Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang terlepas daripada-Mu. Langsaikanlah hutang kami dan berilah kepada kami kekayaan hingga terlepas daripada kefakiran." - Riwayat Muslim (2713)
Imam Nawawi Rahimullah ada menyebut: "Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, ianya merangkumi segala macam jenis kewajiban."
(Lihat: Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. Syarh al-Nawawi 'ala Muslim. juz. 17. Halaman 36). Beirut. Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi.
Manakala dari Hadis Ali RA: Bahawa seorang hamba mukatab telah datang berjumpa dengannya dan berkata:
"Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku!"
Lalu Saidina Ali RA berkata:
"Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka. (Iaitu) Jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikannya untuk kamu?" Saidina Ali berkata: "Katakanlah:
Maksud Rumi:
"Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu." - Riwayat al-Tirmizi. Hadis Hasan Sahih. - Mufti Wilayah Persekutuan.
Doa-doa di atas adalah doa supaya kita dapat bayar hutang dengan segera serta dapat menyelesaikan masalah bebanan hutang yang selama ini menghantui diri kita. Insya Allah dengan amalan ini pasti semuanya menjadi mudah dan cepat.
Ia juga dikatakan boleh menjadikan doa ini sebagai zikir harian untuk dimurahkan rezeki selain dapat melunaskan hutang. Pastikan anda mengamalkan serta jangan lupa jadikan ia sebagai rutin harian.
Baca juga: Doa Agar Dipermudahkan Segala Urusan Dunia dan Akhirat
Doa Selesaikan Hutang - Ebit Liew
Seperti yang Ustaz Ebit Liew katakan, kita digalakkan membaca doa berikut pada pagi dan petang jika kita ingin bebas dari hutang atau untuk bayar hutang yang banyak.
Allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan.
Wa a'uzubika minal 'ajzi wal kasal.
Wa a'uzubika minal jubnu wal bukh.
Wa a'uzubika min kholobbatiddaini wa qahrirrijal.
Kemudian, setiap kali kita nak masuk rumah diwajibkan memberi salam, tak kira walaupun tiada orang di dalamnya. Kemudian disusuli dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan selawat ke atas Nabi SAW.
Yang paling terakhir yang wajib kita amalkan selain zikir dan doa adalah solat lima waktu. Jagalah solat di awal waktu iaitu kita jaga Allah dan pastinya Allah jaga kita. Ini antara amalan zikir atau doa untuk melunaskan hutang.
Semoga perkongsian doa membayar hutang atau melangsaikan hutang dengan cepat walau setinggi gunung ini akan dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang dibelenggu masalah hutang.
Insya Allah, jika anda amalkan doa-doa membayar hutang ini berserta ibadah lain termasuk solat lima waktu, pasti ia dapat diselesaikan dengan mudah serta anda dapat melunaskan semua beban hutang yang anda ada. Amal, yakin dan meminta kepada Allah SWT. - Bukit Besi Blog