Adik-Beradik Nak Tuntut Harta Pusaka Peninggalan Arwah Suami?

harta suami milik siapa dalam islam

Adakah boleh ahli keluarga atau adik-beradik nak menuntut harta pusaka peninggalan arwah suami? Sebenarnya, dalam keadaan tertentu, adik beradik tidak boleh berbuat begitu walaupun pembahagian harta secara faraid.

Jadi, untuk lebih tahu tentang cara pembahagian harta pusaka peninggalan arwah suami dengan betul serta mengikut hukum dan faraid, mari kita baca perkongsian daripada pakar tentang faraid iaitu Puan Roslina Sabiya & Co.

Seorang klien datang bertemu dengan saya untuk bertanyakan tentang faraid milik suaminya. Seperti biasa saya akan meminta dokumen-dokumen yang berkaitan untuk urusan permohonan tersebut.

Semua dokumen harta telah diserahkan kecuali satu salinan geran sebidang tanah yang mana arwah suaminya adalah seorang penama di dalam geran tersebut.

Geran asal tanah tersebut telah dipegang oleh adik-beradik arwah suami sebaik sahaja suami meninggal dunia. Saya difahamkan keluarga arwah suaminya tidak membenarkan isteri untuk menguruskan tanah tersebut kerana mereka sangkakan mereka juga mempunyai hak untuk menuntut tanah tersebut.

Tetapi apabila ditanya, katanya arwah suami tiada membuat sebarang wasiat atau hibah. Fakta tambahan pula, mereka mempunyai dua orang anak lelaki dan juga dua orang anak perempuan.

Jadi, apakah isu serta pengajaran yang boleh diambil dari kisah yang dihadapi oleh siteri yang telah datang kepada pegawai ini untuk faraid harta milik suaminya?

Adik Beradik Nak Tuntut Harta Pusaka Arwah Suami


suami meninggal rumah milik siapa

1. Masih ramai lagi yang tidak  tahu siapakah yang boleh mewarisi harta pusaka daripada bahagian faraid. Isteri pun tidak tahu, keluarga sebelah suami juga tidak tahu.

Kita langsung tidak mengatakan pihak keluarga arwah suami itu tamak tetapi mungkin mereka betul-betul tidak tahu dan berkemungkinan ada salah faham di antara mereka.

2. Anak lelaki dan anak perempuan akan mendapat bahagian asobah iaitu baki daripada faraid, maka adik beradik arwah suami tiada sebarang hak ke atas faraid melainkan jika pasangan suami isteri tersebut tiada waris atau hanya ada anak perempuan sahaja barulah adik beradik boleh menuntut hak milik mereka.

3. Ramai lagi yang masih terlupa, isteri bukan sahaj ada bahagian faraid ke atas harta pusaka tersebut malahan ada hak harta sepencarian ke atas tanah tersebut sekiranya tanah tersebut diperolehi oleh arwah suam semasa dalam tempoh perkahwinan.

4. Ibu dan bapa arwah suami sekiranya masih hidup juga adalah waris fardhu kepada harta pusaka peninggalan tersebut.

5. Setelah berlaku kematian, waris utama yang paling terdekat digalakkan untuk memohon Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah. Tujuannya supaya lebih jelas siapa sebenarnya yang berhak mewarisi.

Begitu juga apa hubungan dengan si mati dan berapa bahagian dalam faraid. Ini penting supaya tidak akan berlaku salah faham, tersilap pembahagian dan berlakuk keciciran waris-waris yang sepatutnya lebih berhak.

Selepas dinasihatkan kepada si isteri tersebut, dia akhirnya bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan keluarga arwah suami bagi menguruskan tentang hata pusaka milik peninggalan suaminya termasuklah tanah tersebut.

Yang paling menariknya, keluarga sebelah suaminya memberi kerjasama kerana kata mereka langsung tidak tak tahu bahawa adik-beradik suami sebenarnya tiada bahagian di dalam faraid tersebut.

Baca : Hak Seorang Isteri Terhadap Harta Peninggalan Suami

Akhirnya, Alhamdulillah, selesai satu masalah tentang pertikaian harta pusaka. Perang mulut akibat kerana kejahilan pasti tidak akan berkesudahan jadi kita selesaikan dengan ilmu dan hukum kerana lumrah manusia akan memusuhi sesuatu yang dia tidak ketahui.

Sebenarnya, tiada masalah yang tidak mempunyai jalan penyelesaian. Dapatkan bantuan tentang pembahagian harta atau faraid daripada mereka yang lebih tahu dalam bidang tersebut.

Yang paling penting adalah perlu tahu siapakah waris faraid kita, berapa bahagian faraid yang sepatutnya kita dapat, siapa yang terhalang untuk mewarisi dan bagaimana cara pembahagian harta pusaka peninggalan tersebut supaya kita lebih bersedia untuk merancang harta dan menguruskan harta pusaka kita itu nanti.

Semoga perkongsian daripada Roslina Sabiya & Co tentang isu faraid pembahagian harta pusaka milik seorang suami yang telah meninggal dunia ini akan menambahkan lagi pengetahuan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog