Petua Hilangkan Gout Dengan Cepat Cara Tradisional

petua hilangkan gout dengan cepat dan berkesan

Jika anda pesakit gout pasti anda sedang mencari petua hilangkan gout atau cara merawat sakit gout yang sedang anda alami sekarang. Sebenarnya, penyakit ini masih ada boleh diubati dengan ubat, penawar, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, anda juga boleh membaca amalan doa sakit gout yang dikongsikan di bawah dengan meminta dari Allah agar disembuhkan penyakit ini selain merawat sakit gout anda dengan petua hilangkan sakit gout dan cara mencegah penyakit ini yang dikongsikan.

Petua Hilangkan Gout Dengan Berkesan


Apa itu sakit gout? Gout merupakan penyakit yang berkait dengan tinggi kandungan asid urik di dalam darah seseorang pesakit gout. Asid urik merupakan hasil pemecahan metabolisma (asid nukleat) tubuh yang sebahagian kecil daripada makanan.

Sebahagian besar asid urik disaring melalui buah pinggang. Manakala, di dalam darah pula, sebahagian besar asid urik berada di dalam bentuk monosodium urik. Bagi pesakit gout, pengumpulan monosodium urik didapati sangat tinggi dalam bentuk campuran yang amat pekat.

cara hilangkan sakit gout

Monosodium yang tinggi dalam bentuk yang amat pekat akan berisiko terjadinya pengumpulan kristal urik pada jaringan yang kemudiannya akan menyebabkan seperti berikut:

  • Tofi atau tophi (nodul subutan akibat pengumpulan kristal urik)
  • Radang sendi dan arthritis
  • Masalah atau penyakit buah pinggang

Antara Tanda-tanda Serangan Gout

1. Serangan gout biasanya mendadak dengan cepat, secara tiba-tiba dan biasanya ia akan berlaku pada waktu malam.

2. Ibu jari kaki akan sakit secara tiba-tiba, terasa bengkak, panas dan juga akan kemerah-merahan.

3. Dalam tempoh serangan iaitu 8 hingga 12 jam, pesakit akan rasa sakit yang teramat sangat atau teruk.

4. Bahagian lain yang berisiko untuk menerima serangan gout adalah pergelangan kaki, punggung tangan, jari-jari, tangan dan juga siku.

5. Selain itu, ia akan menjadikan anda sukar berjalan, pesakit gout akan demam, menggigil dan bisa-bisa badan.

Kaedah Mencegah dan Cara Merawat Gout

Antara kaedah dan cara untuk merawat gout yang boleh pesakit gout amalkan dengan tujuan untuk mencegah gout adalah seperti yang dikongsikan berikut:

  • Mengamalkan pengambilan madu, Habbatus Sauda dan kurma setiap kali sebelum sarapan pagi.
  • Memperbanyakkan meminum air putih atau air mineral.
  • Mengamalkan meminum air barli (biji atau beras).
  • Sentiasa melakukan aktiviti sukan seperti riadah.
  • Membiasakan diri menyapu minyak zaitun ke seluruh badan dan paling kurang sebelum masuk tidur.

Kaedah Rawatan Gout

1. Terapi Bekam

Cara untuk merawat gout dengan terapi bekam perlu dilihat kepada tahapu gout yang menyerang seseorang pesakit. Ini kerana, bukan semua gout yang boleh dirawat dengan terapi bekam. Malahan ada  peringkat gout yang bila dibekam akan memudaratkan.

Kaedah rawatan gout yang menggunakan terapi bekam perlu dibuat dengan berhati-hati, kawasan tofi atau bengkak tidak boleh dibekam kerana ianya akan menjadikan struktur kristal urik akan terganggu menjadikan asik urik akan menumpukan pengumpulan di bahagian sendi lain.

Secara ringkas, untuk membuat terapi beka, terhadap pesakit gout, yang pertamanya harus dikenalpasti tahap gout yang dialaminya sama ada asimptomatik, akut, interkritikal dan kronik. Jika diagnos awal insya Allah ia akan membantu pesakit gout.

Apa yang paling penting adalah jangan sekadar membuatnya dengan sesuka hati dan apabila gout terus dibekam tanpa memikirkan tahap gout dan kesannya. Prinsip perawatan perlu ada dalam setiap ikhtiar untuk merawat apa saja jenis penyakit.

pantang larang penyakit gout

Manakala, titik bekam yang perlu ditumpukan untuk masalah gout (setelah tahap gout dikenalpasti) bukanlah pada tophi (bengkak) tetapi pada titik peransangan metabolisma supaya asik nukleat dapat berkerja dengan baik dalam membahagi kolestrol yang didapati dari pemakanan khususnya.

Titik tersebut adalah: Qofa, Kahil, Bainul Katifain dan Qithon.

Waktu yang sesuai untuk membekam pesakit gout adalah waktu tengahari kerana darah sedang berada di kemuncak, maka secara langsung asid urik di dalam darah akan turut sama dalam keadaan aktif iaitu tidak tepu.

2. Diet Pemakanan

Tenaga perlu bersesuaian dengan keperluan tubuh. Apabila berat badan melebihi atau berlaku kegemukan, penerimaan energi sehari dikurangkan secara berperingkat sebanyak 500-100kkal dari keperluan tenaga normal sehingga berat badan normal.

Ambilkan madu sebanyak tiga sudu dicampurkan dengan Habbatus Sauda 1 hingga 3 sudu atau dicubit dengan tangan setiap kali sebelum makan sarapan pagi.

petua hilangkan sakit gout segera

Protein yang secukupnya iaitu 1, 0-1, 2 gram.kg BB atau 10-15% dari keperluan tenaga secara keseluruhan. Pengambilan air pati delima sebanyak tiga cawan sehari adalah amat digalakkan.

Elakkan dari memakan makanan yang sumber protein yang mempunyai kandungan purin 150 mg/ 100 gram. Sebagai contoh anda perlu elakkan mengambil minuman seperti soya, oat atau kekacang.

Lemak sederhana iaitu 10-20% dari keperluan tenaga penuh. Lemak berlebihan akan mendorong pengeluaran asid urikatau purin menerusi air kencing. Hal ini akan membawa kepada risiko penyakit batu karang. Minum air barli adalah jalan terbaik.

Karbohidrat dapat memberikan lebih banyak iaitu 65-75% dari keperluan tenaga penuh. Kerana kebanyakan pesakit gout artritis mempunyai berat badan yang berlebihan. Maka digalakkan untuk menggunakan sumber karbohidrat kompleks iaitu kurma sebanyak 7 biji sehari sekurang-kurangnya.

Vitamin dan mineral cukup sesuai dengan keperluan iaitu madu dicampurkan dengan minyak zaitun yang perlu diamalkan setiap hari ketika sebelum anda masuk tidur.

Cairan disesuaikan dengan air kencing yang dikeluarkan pada setiap hari. Rata-rata penerimaan cairan yang dianjurkan adalah 2-21/2 liter per hari. Jadi minumlah air putih dengan banyak setiap hari.

3. Terapi Alamiah

Antara terapi Alamiah yang boleh anda ikhtiarkan adalah seperti yang dikongsikan berikutnya:
Minyak zaitun atau minyak kelapa dara dicampurkan dengan kapur siri dan cengkih yang kemudiannya ditumbuk atau dikisar halus serta campurkan dengan kulit kayu manis yang ditumbuk atau dikisar halus.

Kesemua bahan-bahan tersebut disatukan di dalam piring atau bekas dengan nisbah 3 sudu minyak zaitun, satu sudu kapur sirih, satu sudu serbuk cengkih dan satu sudu serbuk kulit kayu manis.

gout makanan yang perlu dielakkan

Gaulkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati, kemudian disapukan kepada bahagian-bahagian yang didapati bengkan dan sakit tersebut. Insya Allah akan baik. Atau;

Getah betik muda dicampurkan dengan garam bukit. Sapukan garam bukit di kawasan yang bengkak seterusnya titiskan 3 hingga 5 titik getah betik muda ke atas tempat yang bengkak tersebut. Sebaiknya dibuat ketika waktu pagi, insya Allah akan sembuh. Atau;

Air kelapa muda dengan daun pandan, gula batu dan daun sirih. Air kelapa muda sebiji dicampurkan dengan daun pandan sehelai bersama sama dengan tiga ketul gula batu sebesar ruas jari kelingking dan sehelai daun sirih.

Semua bahan-bahan tersebut perlu digaul di atas api sehingga isi kelapa rata bersatu dengan semua ramuan itu tadi. Kemudia ia boleh diminum pada waktu tengahari. Ramuan ini amat sesuai kepada penderita kencing manis dan darah tinggi. Insya Allah.

Baca : Daun Semambu Penawar Berbagai Penyakit

Doa Sakit Gout

Antara doa, ayat dan amalan yang boleh disertakan bersama-sama dengan ramuan di atas adalah ayat-ayat suci Al-Quran seperti berikut:

  • Istighfar sebanyak 21 kali
  • Selawat 21 kali
  • Al-Fatihah 3-7 kali
  • Ayatul Kursi 3 kali
  • Al Hasyr Ayat 21 3 kali
  • Al Hasyr Ayat 22-24 sekali
  • Al Ikhlas 2 kali
  • Al Falaq sekali
  • An Nas sekali

tanda-tanda dan simptom gout

Maksud Rumi:

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

cara merawat gout dengan berkesan

Maksud Rumi:

22. "Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23. "Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);

Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24. "Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);

BagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana."

Walau bagaimanapun, anda juga boleh mengamalkan selawat syifa seperti yang dikongsikan di bawah selain mengamalkan doa sakit gout di atas. Sebaiknya amalkan kesemuanya supaya lebih cepat disembuhkan. Ini juga adalah penawar gout yang amat mujarab.

doa sakit gout penawar terbaik

Maksud Rumi:

"Ya Allah, berikanlah selawat dan salam kepada Muhammad, yang memberi penawar dan pengubat hati (kalbu), yang memberi kesihatan dan penyembuhan badan, cahaya dan yang menerangkan pandangan mata. Juga ke atas keluarga beliau."

Apa yang paling penting adalah doa. Anda perlu meminta dan memohon kepada Allah akan kebaikan untuk setiap ikhtiar yang anda lakukan untuk sakit gout yang anda alami. Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dideritai.

Semoga perkongsian tentang sakit gout dan petua hilangkan gout berserta kaedah rawatan, penawar penyakit dan doa sakit ini akan dapat membantu anda untuk mencegah kesakitan tersebut. Semoga bermanfaat dan sebarkan kepada mereka yang memerlukan. - Bukit Besi Blog