Resepi Onde Onde Bunga Telang (Buah Melaka)

resepi onde onde bunga telang

Resepi onde onde bunga telang yang cantik dan menawan. Biasanya kuih ondeh-ondeh ini yang juga dipanggil sebagai buah melaka dibuat menggunakan daun pandan dan pewarna hijau. Tapi untuk kali ini ia agak menarik kerana menggunakan pewarna daripada bunga telang.

Cara buat kuih onde onde ini memang sangat mudah guna tepung pulut saja. Ada juga kuih onde-onde ini dibuat menggunakan tepung beras dengan tepung gandum atau tanpa tepung. Semuanya mengikut kreativiti anda sendiri untuk mengolahnya.

Mungkin ada yang tidak tahu bagaimana rupa bunga telang dan di sini kami kongsi gambar bunga telang yang masih berada di pokok. Siapa sangka bunga telang yang cantik ini boleh dibuat kuih onde-onde. Biasanya ia dibuat perwarna nasi kerabu.

sekuntum bunga telang

Tetapi kreativiti resepi ondeh-ondeh dari Puan Lily Azhary ini memang rare dan sangat menarik kerana kuih onde-onde ini dibuat dengan menggunakan pewarna asli daripada bunga telang yang berwarna biru. Sangat cantik selepas siap untuk dimakan.

Resepi Onde Onde Bunga Telang Mudah


cara buat onde onde bunga telang

Ini adalah resepi onde onde bunga telang sebagai pemanis mulut untuk waktu berbuka puasa pada hari ini. Resepi kuih onde-onde ini direka oleh saya sendiri untuk dikongsikan kepada anda yang cuba nak buat. Jom kita tengok cara untuk membuat.

Bahan-bahan

  • Dua cawan tepung pulut
  • Satu cawan air ekstrak bunga telang
  • Dua ketul gula melaka yang dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji kelapa parut muda yang diambil putihnya saja
  • Garam secukup rasa

Cara membuat:

Anda perlu rebus terlebih dahulu bunga telang dengan dua cawan air dan perlu jadikan secawan sahaja selepas direbus. Anggaran dalam 50 atau 70 kuntum bunga telang bergantung kepada kepekatan warna onde-onde yang anda kehendaki. Sejukkan dulu.

Setelah sudah sejuk sepenuhnya, anda boleh mula buat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang itu tadi. Uli doh sehingga ia jadi tidak melekat di tangan.

cara membuat onde-onde bunga telang

Bentukkan jadi bulat dan isi inti gula melaka. Tutup adunan dan bentuk bulat semula, ulangi proses tersebut sehingga doh kuih onde-onde anda itu habis.

onde onde bunga telang

Kemudian, rebus onde onde yang telah siap ke dalam air yang mendidih sehingga bebola tersebut timbul. Kemudian toskan, golekkan di atas kelapa yang telah siap parut tersebut yang telah siap digaul dengan garam secukup rasa.


Tips Resepi Onde Onde Bunga Telang

Setelah doh diisi inti dan dibentuk, sapukan bekas atau dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan onde-onde melekat di bekas tersebut.

Kelapa parut pula sekiranya anda ingin tahan lama, anda perlu kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam. Ini akan menjadikan kelapa parut lebih tahan lama dan tidak basi.

Baca : Resepi Pizza Homemade Tudung Periuk

kuih onde onde

Inilah hasilnya selepas siap resepi onde-onde bunga telang yang sangat cantik warnanya kebiruan-biruan. Rasanya agak berbeza daripada ondeh-ondeh yang menggunakan daun pandan. Tetapi kesedapannya lebih kurang dan terasa gula melaka tersebut.

Cantik kan onde-onde bunga telang ni? Semoga perkongsian Puan Lily Azhary, cara buat dan resepi onde-onde bunga telang yang mudah ini akan membantu anda serta memberikan anda idea untuk cuba membuat kuih ini dengan lebih cepat dan mudah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog