Resepi Rendang Itik Paling Sedap dan Menyelerakan

resepi rendang itik

Tak semua orang makan daging itik yang boleh dengan berbagai jenis masakan sama ada kari, salai dan sebagainya mengikut cara masak masing-masing. Apa kata anda cuba resepi rendang itik ala-ala rendang tok?

Itik yang dibuat rendang terbukti sangat sedap dan menyelerakan malahan daging itik tidak akan hanyir kerana ada petua terbaik untuk menghilangkan hanyir itik. Resepi rendang itik ini dikongsikan oleh Puan Afy Al-Habibi.

Cikgu buat rendang itik. Versi masakan seakan rendang tok tetapi mengikut cara tersendiri. Bagi yang gemar, pemilihan itik lebih sedap lagi dari daging lembu dan ayam.

Sedapnya apabila daging itik sangat lembut hingga ke tulang. Ada petua yang cikgu selitkan untuk memastikan itik tidak keras.

Cikgu juga tak masukkan kunyit untuk rasa rendang tok yang asli. Nak gelapkan lagi warna rendang boleh biarkan masak lama-lama hingga kering betul kuahnya. Ikut selera cikgu, dapat rupa dan rasa rendang begini sudah cukup membuka selera.

Resepi Rendang Itik Paling Sedap


Untuk resepi rendang itik ini menggunakan seekor itik yang beratnya sekitar 1.8 kg. Kuantiti setiap bahan pula mengikut berat itik anda.

Bahan-bahan kisar:

resepi masak itik yang sedap

  • 8 biji bawang merah saiz 20 sen
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai

Cara-cara membuat:

rasa daging itik

Panaskan sedikit minyak. Masukkan tiga sekawan.
Diikuti bahan kisar tadi.

Selepas bahan kisar naik bau, barulah masukkan 1 sudip kecil cili boh. Biarkan sehingga garing dan pecah minyak.

rendang tok itik

Kemudian masukkan 2 batang serai yang diketuk, 3 helai daun limau purut dan 1/2 helai daun kunyit.

Masukkan juga 1 sudu kecil serbuk lada hitam kisar. (Kuantiti dalam gambar cikgu telah tambahkan untuk sukatan sebenar).

resepi itik rendang

Kemudian perasakan dengan:

  • 1 sekeping nisse kerek (gula nisan) atau satu sudu besar gula melaka
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sedikit serbuk perasa
  • 1 keping asam keping

itik rendang resepi

Seekor itik yang dibersihkan lalu ditos.

cara masak itik

Susun itik ke dalam kuali. Gaul sebati bersama bumbu tadi.

Petua untuk melembutkan daging itik dan menambahkan rasa, masukkan dua biji kurma beserta bijinya.

Tutup kuali dengan tudung periuk. Masa mereneh sangat lama. Jadi kacau sesekali dalam api perlahan kira-kira dua jam untuk daging itik empuk.

resepi masakan itik

Masukkan pula dua sudip santan pekat. Tambahkan air jika perlu. Cikgu tak tambah sebab airnya masih banyak.

itik masa apa sedap

Sementara itu sangai:

  • 4 sudu besar biji ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan manis + jintan putih

Kemudian kisar kering atau tumbuk halus.

rendang itik pedas

Masukkan ke dalam kuali. Tambahkan perasa peringkat kedua. Seimbangkan rasa garam gula. Biarkan lagi rendang mengering kira-kira satu jam.

Baca : Resepi Rendang Ayam Sedap

daging itik rendang

Dah nampak kering, masukkan 2 sudu besar kerisik. Kemudian taburkan lagi daun kunyit.

seperti ayam rendang

Warna rendang semakin gelap. Jika suka rendang kering, biarkan lagi setengah jam untuk mendapatkan rupa yang betul-betul gelap. Tutup api selepas semua rasa sebati.

resepi itik masak rendang

Siap sudah masakan resepi rendang itik yang sedap dan simple cara masakannya. Sekali pandang macam rendang tok, rendang ayam atau rendang Negeri Sembilan. Tapi sebenarnya, rendang itik yang jarang orang buat masakan rendang.

Semoga perkongsian resepi rendang itik paling sedap dari Puan Afy Al-Habibi ini akan memudahkan anda menyediakan masakan yang berasaskan itik. Rupanya saja nak sedap pasti rasa rendang ini pun akan tersedap dan terangkat. Selamat mencuba. - Bukit Besi Blog