Resepi Sos Cili Thai Homemade Paling Sedap (Thai Sauce)

resepi sos cili thai homemade

Pasti ramai yang suka makan sos cili Thai yang istimewa boleh dimakan dengan bermacam-macam jenis makanan terutamanya seperti kerang, keropok lekor, ayam KFC, daging bakar dan banyak lagi. Apa kata anda buat sendiri ikut resepi sos cili Thai homemade yang teramat sedap.

Perkongsian resepi sos cili Thai homemade ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Puan Diyana Safiya yang berkongsi cara membuat cili sos ala Thai ini dengan menunjukkan step by step proses membuat sos cili yang pernah viral menjadi perhatian netizen.

Resepi Sos Cili Thai Homemade


sos cili thai buat sendiri

Sos cili sememangnya adalah benda yang wajib ada dalam setiap sebuah rumah. Lebih-lebih di rumah mereka yang rajin memasak atau membuat apa saja jenis makanan-makanan yang bergoreng pasti memerlukan cili sos.

Rumah saya sendiri, cili sos wajib ada sebab kami memang hantu sos. Dalam masa dua minggu ada dalam 2 atau 3 botol juga akan stand by. Nasib baiklah saya ni seorang yang gigih membuat sos sendiri dan di sini saya kongsikan resepi sos cili Thai homemade.

Cara buat sos cili Thai ini sebenarnya sangat mudah dan rasanya sama seperti sos cili ala Thai yang dijual di pasaran tu. Mari kita lihat apa yang perlu dibuat dan apakah bahan-bahannya.

Bahan-bahan sos cili Thai

cara buat sos cili thai

  • Cili besar 20 hingga 25 biji
  • Cili api merah 6 atau 10 biji (kepedasan anda tentukan)
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar cuka
  • Satu labu bawang putih
  • 3 cawan air
  • Dua sudu tepung jagung

Nota : Untuk tepung jagung, kepekatan sos cili bergantung kepada kuantiti air yang kita letak dan sekiranya lebih pekat lagi sedap.

Cara-cara membuat sos cili Thai

sos cili thai resepi

Pertama sekali, kisar cili besar dan cili api yang telah dipotong kasar. Jangan kisar cili sehingga menjadi halus, sebab kita mahukan adanya kepingan cili itu tadi supaya sos cili nampak cantik.

cara membuat sos cili thailand

Dalam periuk pula, masukkan air, cuka, garam, gula dan sos ikan sekiranya ada. Sos ikan bukanlah wajib tetapi jika ada pasti akan lebih sedap dan terangkat.

pembuatan sos

Selepas itu, masukkan cili yang telah dikisar itu tadi.

cara masak thai sauce

Masakkan di atas api yang sederhana sehingga menggelegak dan masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air.

cara buat cili sos thai

Kacaukan masakan sos tersebut sehingga sebati dan lihat bagaimana kepekatan sos yang kita mahukan.

Baca : Resepi Tteokbokki Gochujang

resepi thai cili sos

Tutupkan api dan sejukkan barulah dimasukkan ke dalam bekas yang anda inginkan.

gambar cili sos thailand

Akhirnya, siaplah resepi sos cili Thai homemade yang dibuat sendiri oleh Puan Diyana Safiya yang katanya sos cili ini adalah brand sendiri yang direka dan dibuat oleh beliau sendiri dengan mengikut resepi seseorang.

Walau bagaimanapun, beliau menasihatkan sekiranya anda ingin membuat sos cili ala Thai ini dengan kuantiti yang banyak, anda hanya perlu gandakan setiap bahan-bahan di atas mengikut kesesuaian bilangan yang anda mahukan.

Semoga perkongsian resepi sos cili Thai ini akan membantu anda untuk membuat sos ini serta akan dapat memudahkan kerja anda ketika berada di dapur tanpa perlu berfikir apakah yang perlu dibuat memandang resepi ini lengkap dan tersedia. - Bukit Besi Blog