Fadhilat Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir dan Memohon Segala Hajat

Yasin 7 mubin

Pasti anda sudah tahu tentang fadhilat dan kelebihan Yasin 7 Mubin yang terbukti berkesan jika diamalkan setiap hari untuk meminta apa saja seperti mencari barang yang hilang, pulangkan sihir, suami curang, pengasihan, sembuh penyakit, rezeki dan segala hajat yang diinginkan.

Jika anda ingin tahu cara untuk membaca Yasin 7 Mubin ini atau bagaimana untuk mengamalkan amalan ini, anda boleh terus membaca sehingga ke perenggan yang terakhir kerana kami kongsikan cara dan kaedah yang perlu anda buat untuk sebarang hajat.

Cara Melaksanakan Bacaan Yasin 7 Mubin Untuk Hajat



Antara kelebihan serta fadhilat yang terdapat pada Yasin 7 Mubin ini adalah seperti berikut yang dikongsikan oleh saudara Shafiq Qolbu menerusi laman Facebook yang turut mendapat perhatian ramai netizen.

  • Menjadi pendinding diri daripada gangguan jin, syaitan dan iblis.
  • Membantu anak yang tidak mendengar kata atau memanggil anak yang lari dari rumah.
  • Dapat melindungi diri daripada difitnah atau dizalimi manusia.
  • Untuk pesakit yang sedang tenat dan dibaca serta diberi minum air Yasin ini.
  • Untuk mendapatkan apa saja barang yang hilang seperti barang berharga iaitu anak, barang kemas, kenderaan dan sebagainya.

Namun, diingatkan ia tidak boleh dibacakan untuk mencari barang yang kurang berharga atau barang yang boleh luput seperti buah-buahan atau yang seumpama dengannya.

Walau bagaimanapun, anda diingatkan juga, Yasin 7 Mubin ini adalah satu keadah zikir sahaja dan jangan terlalu mengharapkan kepada ayat ini semata-mata dan harus jaga iktikad anda dan yang paling penting adalah berserah kepada Allah SWT yang maha mengetahui segala-galanya.

Ayat ini juga adalah sebagai ikhtiar kita untuk diri kita meminta daripada Allah SWT agar dapat beri sebarang pertolongan di atas segala hajat yang anda inginkan. Sebaiknya jangan dilupakan solat lima waktu yang wajib kita lakukan setiap hari serta ibadah-ibadah lain seperti sedekah dan sebagainya.

Kaedah Membaca Bacaan Yasin 7 Mubin

Untuk lebih mudah faham, penulis mencadangkan kita mengambil situasi di mana diri kita kehilangan barang berharga atau kita mencari barang yang hilang. Lalu baca Yasin 7 Mubin ini dengan kadar segera.

Anda perlu buat Solat Hajat sekurang-kurangnya dua rakaat dengan memohon kepada Allah supaya mengembalikan semula barang anda yang telah hilang atau yang telah dicuri itu.

kebaikan yasin 7 mubin untuk jodoh

Selain itu, anda juga boleh baca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan secara bersungguh-sungguh di dalam hati dengan memohon keampunan daripada Allah SWT semasa sujud yang terakhir dalam solat anda.

1. Setelah anda selesai membuat Solat Hajat, anda boleh mula baca Surah Yasin. Selepas anda sampai kepada bacaan Yasin yang mempunyai perkataan Mubin, anda perlu berhenti iaitu Wakaf dan seterusnya berdoa kepada SWT seperti di bawah:

kebaikan yasin 7 mubin untuk suami curang

2. Bacaan yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah serta selawat 11 kali. Baca Yasin sehingga di Mubin pertama iaitu ayat yang ke 12 dan berdoa.

cara memulangkan sihir guna 7 mubin

3. Baca semula Yasin dari awal sehingga bertemu dengan Mubin yang kedua iaitu ayat ke 17 dan seterus berdoa dengan hajat anda itu.

cara pulangkan sihir

4. Bacakan semula surah Yasin dari awal semula sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang ketiga iaitu ayat yang ke 24 dan berdoa benda yang sama.

Bacaan ayat

5. Baca semula bacaan Yasin dari awal juga sehingga terjumpa perkataan Mubin yang ke 4 iaitu di ayat yang ke 47 dan berdoa.

cara baca yasin 7 mubin

6. Baca semula bacaan Yasin dari awal sehingga bertemu dengan Mubin yang kelima iaitu ayat yang ke 60 dan berdoa.

yassin 7 mubin untuk barang hilang

7. Baca semula Yasin dari awal sehingga bertemu dengan Mubin yang ke 6 iaitu di ayat yang ke 60, seterus doa.

Pengasihan dan rezeki

8. Kemudian yang terakhir sama juga, baca dari awal sehingga berjumpa dengan Mubin yang ketujuh pada ayat yang ke 77 serta habiskan keseluruhan surah Yasin tersebut iaitu sehingga ayat yang ke 83 diakhiri dengan bacaan penutup, lalu berdoa sebanyak 28 kali.

Yasin 7 Mubin Pulangkan Sihir

Sekiranya anda pernah mengalami gangguan sihir yang sering berulang-ulang tanpa henti sehingga memudaratkan diri atau keluarga sehingga tidak berkesudahan, anda boleh terus mengamalkan Yasin 7 Mubin ini.

Perlu diingatkan anda harus berniat untuk memberi pengajaran atau kesedaran terhadap mereka yang menghantar sihir atau penyihir tersebut supaya ia insaf atau tidak lagi akan menganggu anda dan keluarga.

Insya Allah, berkat dengan amalan Yasin 7 Mubin ini, penyihir tersebut tidak lagi akan menghantar sihir atau tidak lagi akan menganggu keharmonian rumah tangga atau hubungan anda sekeluarga serta mereka akan terus berhenti membuat perkara syirik tersebut.

Cara Baca dan Mengamalkan

1. Anda harus bangun pada waktu malam dan membersihkan diri dengan betul serta mengambil wuduk seperti biasa.

2. Anda perlu menunaikan Solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat.

3. Menunaikan Solat Hajat sebanyak dua rakaat serta disudahi dengan doa agar dijauhi dari sebarang gangguan sihir dan jin yang menganggu.

4. Selepas selesai solat, anda harus membaca Surah Yasin sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang pertama kemudian wakaf atau berhenti sebentar dan berdoa kepada Allah untuk pulangkan sihir tersebut kepada penyihir.

5. Anda perlu ulang dari awal membaca Surah Yasin sehingga terjumpa dengan perkataan Mubin yang kedua seterusnya berhenti sebentar dan berdoa sepertimana anda doa tadi.

6. Anda perlu lakukan semua langkah seterusnya dengan membaca Surah Yasin dari awal sehingga bertemu dengan perkataan Mubin yang seterusnya iaitu Mubin ketiga, Mubin keempat, Mubin kelima, Mubin keenam dan Mubin yang ketujuh.

Anda harus wakaf iaitu berhenti setiap kali bertemu Mubin dan berdoa sebagaimana anda berdoa di setiap Mubin itu tadi. Baca sehingga Mubin yang ketujuh dan berdoa kepada Allah SWT agar pulangkan sihir yang telah dihantar kepada anda dipulangkan kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran kepadanya.

7. Selepas selesai Mubin yang ketujuh, anda wajib membaca baki Surah yasin itu tadi sehingga ke penghujung ayat surah ini iaitu sehingga ke ayat yang terakhir iaitu ayat yang ke 83.

8. Setelah selesai membaca, anda perlu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar sebanyak 10 kali dengan niat meminta Allah memberikan petunjuk tentang sihir ini melalu mimpi ketika tidur. Insya Allah jika kerap dilakukan ianya akan berhasil dengan cepat dan berkesan.

Baca : Doa Supaya Cepat Dapat Jodoh

Sebaiknya sekiranya anda ingin membuat amalan Yasin 7 Mubin ini, pastikan anda tidak meninggalkan solat lima waktu berserta dengan ibadah-ibadah lain seperti sedekah dan sebagainya. Jika semua ini dilakukan pasti semua hajat anda akan dimakbulkan, insya Allah.

Semoga perkongsian fadhilat Yasin 7 Mubin untuk pulangkan sihir, mencari barang yang hilang atau untuk segala hajat dari Facebook ini akan dapat membantu anda untuk mendapatkan semua hajat anda itu. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog