Apakah cara beli rumah pertama tanpa deposit? Bagi mereka yang mempunyai gaji kecil memang agak sukar untuk menyediakan down payment rumah pertama memandangkan amaun bayar muka agak membebankan pada mereka yang berpendapatan rendah.
Adakah cara beli rumah pertama tanpa deposit? Sebenarnya, skim beli rumah tanpa deposit memang wujud dan ia juga mempunyai tips dan trick tertentu yang harus anda pelajari jika ingin membuat pembelian rumah pertama, kedua dan sebagainya.
Ikuti perkongsian daripada Jhowie Zacheus yang berkongsi tentang cara beli rumah pertama tanpa deposit serta turut dikongsikan beberapa tips beli rumah pertama dan bagaimana pengalaman membuat pembelian rumah tanpa wang pendahuluan yang akhirnya berjaya.
7 Cara Beli Rumah Pertama Tanpa Deposit
Ada kawan saya bertanya, macamana cara nak beli rumah tanpa down payment? Apakah procedure yang betul supaya pembelian rumah itu berjaya dan juga kita tidak akan ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?
Terdapat banyak cara-cara nak beli rumah. Saya tanya dia semula, ada deposit 15% harga rumah? Contohnya rumah berharga RM250,000, deposit perlu ada sebanyak RM37,500 dalam tangan.
Ternganga sahabat saya apabila dengan bayaran pendahuluan bernilai RM37,500. Ya, nak beli rumah ni perlu standby mental dan fizikal kerana kedua-duanya berkait rapat antara satu sama lain.
Saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri ketika beli rumah pertama dengan ZERO deposit. Ya, tanpa wang pendahuluan, tanpa bayar muka atau tiada down payment. Siap dapat cash back lagi. Pelik tak?
Sila baca sampai habis dan hadamkan. Tips beli rumah ini mungkin sesuai dengan kalian. Mungkin juga tidak bagi sesetengah orang. Tapi saya sendiri sudah buat dan yang menariknya ia berjaya 100%.
1. Simpan Duit Secara Konsisten
Benda yang pertama yang perlu buat mestilah menyimpan secara konsisten. Tak kisah berapa amaun dan jumlah simpanan asalkan konsisten berterusan. Tapi, lagi banyak jumlah simpanan sebulan, lagi baik dan cantik.
Cuba simpan secara konsisten selama 6 bulan tanpa culas atau skip. Buat simpanan dalam ASB. Kalau takut kena korek, sebaiknya simpan dalam bentuk emas. Cara ini untuk memupuk displin kita untuk membayar loan rumah kemudian hari.
Sekiranya cara menyimpan duit dan duit simpanan sering diambil atau tiada displin untuk simpanan anda sendiri, anda boleh lupakan hasrat untuk membeli rumah, sila teruskan menyewa rumah dan tak perlu beli lagi.
2. Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan
Seterusnya, pergi ke mana-mana bank untuk semak kelayakan pinjaman perumahan kita. Bank pasti akan tanya apakah komitmen setiap bulan yang kita ada. Bank akan tanya personal loan, loan kereta, ASBF, simpanan dan komitmen lain.
Kerana mereka akan bantu untuk mengira, berapa yang bank sanggup berikan pinjam. Tak perlu menipu kerana bank boleh detect atau track rekod hutang setiap orang. Kemudian baca point berikutnya.
3. Semak Harga Rumah Yang Dijual
Jika dah tahu kelayakan pinjaman perumahan anda, kita perlu juga semak harga rumah. Lokasi di mana rumah yang kita nak beli tu. Kalau kawasan hot spot tentunya mahal. Cari rumah yang agak jauh dari bandar pasti rumah itu akan lebih murah.
4. Stand By Duit Cover
Duit cover ini untuk apa? Adakah deposit rumah? Tidak. Duit cover ini untuk lawyer fee iaitu kos guaman rumah pertama. Nak beli rumah anda perlu tahu apa itu lawyer fee dan berapakah harga yang perlu dibayar kepada peguam.
Jangan ingat cara beli rumah tanpa deposit ini seperti nak beli baru di pasar malam ye. Tapi, inilah sebab mengapa kita perlu buat simpanan dengan konsisten. Duit simpanan boleh digunakan untuk kos guaman.
5. Beli Rumah Ikut Kemampuan
Sekiranya anda sudah semak kelayakan pinjaman rumah, ingat, jangan gunakan semuanya. Jika bank dah kira kita mampu buat loan sehingga RM450,000, jangan pula kita cari rumah dengan harga tersebut.
Carilah rumah yang jauh lebih murah atau cari rumah low cost atau medium cost. Nanti, pasti akan ruang untuk bernafas dengan sangat banyak, percayalah. Ini antara pengalaman beli rumah pertama yang terbaik.
6. Guna Loan Bank Swasta
Sila guna mana-mana bank dan jangan lupa LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Untuk pekerja kerajaan, LPSSA ini pembiayaan penuh. Tanpa perlu risau tentang deposit.
Tetapi, jika bank swasta, anda akan diberikan 80%-90% sahaja. Jadi, jika anda ingin beli rumah idaman atau rumah yang menjadi impian anda selama ini, sila gunakan LPPSA.
7. Beli Rumah Untuk Disewakan
Saya sengaja letakkan point ini di akhir artikel supaya ending bahan bacaan ini tak berapa nak happy. Sila sewakan rumah pertama anda ini sebagai satu pelaburan. Kita masih kekal dengan sewa rumah seperti biasa.
Sila buat simpanan dan kukuhkan kewangan untuk rumah kedua pula dan rumah idaman anda. Beli rumah pertama ni rumah undercon. Sebab rumah undercon tak perlu deposit, boleh markup harga dan dapat cash back.
Cara Beli Rumah Tanpa Deposit
Berikut kami kongsikan juga penerangan dan penjelasan daripada saudara Arif Hussin yang menjelaskan bagaimana jika tidak mempunyai wang atau tak cukup duit untuk membeli rumah dan cara membeli rumah tanpa deposit.
Itulah serba sedikit perkongsian dan pengalaman beli rumah pertama tanpa deposit iaitu zero down payment. Tak sesak nafas ketika membeli dan masih lagi boleh target untuk pembelian rumah kedua dan seterusnya.
Tahniah kepada anda kerana membaca sehingga ke perenggan ini, kerana biasanya ilmu percuma sangat jarang orang yang nak baca sehingga tamat. Tahniah sekali lagi kepada anda yang bertuah kerana dapat ilmu tentang cara beli rumah tanpa deposit dan percuma.
Walau bagaimanapun, anda perlu INGAT ya, tidak semua orang sesuai dengan tips dan trick untuk membeli rumah tanpa deposit ini. Yang wajib adalah cari ilmu dahulu sebelum buat pembelian rumah. Nak beli rumah perlu berilmu.
Semoga impian dan hasrat anda untuk memiliki rumah pertama akan tercapai dengan jayanya dan semoga perkongsian cara beli rumah tanpa deposit ini akan dapat membantu anda sehingga berjaya. Semoga bermanfaat. Terima kasih kepada Jhowie Zacheus. - Bukit Besi Blog