Cara Buat Sambal Belacan Resepi Sedap Ala Siam Dari Kelantan

resepi sambal belacan macam kat kedai thai

Menjadi kebiasaan orang Melayu rakyat Malaysia apabila makan nasi perlu adanya sambal belacan yang menambahkan lagi selera serta akan bertambah nasi jika sambalnya sedap terangkat walaupun gandingan lauknya sangat simple dan sikit.

Antara sambal belacan yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai adalah sambal yang berasal daripada negeri Kelantan. Kata sesetengah orang sambal dari negeri ini power dan seakan-akan daripada siam atau Thailand.

Kesedapan sambal belacan dari negeri Kelantan berserta resepi untuk membuatnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Afy Al-Habibi melalui akaun FB miliknya.

Resepi Sambal Belacan Sedap


resipi sambal belacan sedap

Nampak tak sambal belacan kedai Siam lalu di feed anda tak? Kalau ternampak sila komen ye.
Ini adalah kali pertama cikgu kongsi resepi sambal belacan ini sebelum masuk tidur dan dah tak boleh tunggu sampai esok.

Mata tak mengantuk sebab gembira siang tadi dah boleh buat sambal belacan macam makan kat kedai Siam.

Cikgu sukan sambalnya sebab ngam kalau order nasi goreng atau nasi panas mesti mintak sambal belacan lebih untuk cicah timun. Serius memang menjadi sambalnya. Ini resepinya, sila simpan baik-baik ye!

Cara Membuat Sambal Belacan Kedai Siam

1. Sediakan bahan-bahan di bawah;

sambal belacan orang kampung

  • Segenggam cili padi merah + hijau
  • 1/2 biji bawang merah (saiz besar)
  • 1/4 keping kecil nisse / gula melaka
  • 1 labu bawang putih jeruk
  • 2 inci belacan

Baca : Resepi Sos Cili Thai Homemade

2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. Tambahkan :

cara buat sambal belacan sedap

  • 2 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • Secubit dua ajino
  • Sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat)

NOTA PENTING

Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri.

3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!

resepi sambal belacan thailand simple

Rahsia nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan cikgu tak bakar macam sebelum ini. Betul-betul sedap!

sambal belacan resepi siam

Resepi sambal belacan sedap dan sangat istimewa ini patut anda cuba buat kerana bahan-bahannya sangat mudah dan simple selain berkhasiat dan sihat. Lebih menarik bawang putih jeruk juga akan menyedapkan lagi sambal Kelantan ini.

Pasti anda akan makan bertambah-tambah nasi apabila lauk pauk pula juga sedap bergandingan dengan resepi sambal belacan macam kat kedai Siam ini. Silap haribulan boleh dibuat untuk berniaga. Selamat mencuba. - Bukit Besi Blog