Cara Buka Akaun Semasa Syarikat CIMB Bank (Current Account)

cara buka akaun semasa cimb bank

Ramai yang kata agak susah untuk membuka akaun bank syarikat kerana procedure yang agak leceh dan memerlukan introducer. Sebenarnya, cara buka akaun semasa CIMB bank agak mudah tidak seperti bank-bank lain.

Anda hanya perlu tahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh setiap bank untuk membuka akaun semasa syarikat dan sesetengah bank memang memerlukan introducer. Malah ada bank yang langsung tidak memerlukan introducer untuk buka akaun bank syarikat iaitu CIMB.

Di Malaysia sememangnya mempunyai banyak bank yang membolehkan mereka yang mempunyai perniagaan dan syarikat sendiri untuk membuka akaun semasa peribadi. Banyak kelebihan dan kebaikan jika anda mempunyai current account di bank terpilih.

Cara Membuka Akaun Semasa CIMB


cara buka akaun semasa syarikat cimb

Biasanya mana-mana bank sekalipun, syarat utama untuk pembukaan akaun semasa memerlukan sejumlah deposit, daftar SSM untuk syarikat anda sama ada Enterprise atau Sdn Bhd dan juga seorang introducer.

Untuk memudahkan anda yang sedang mencari cara buka akaun semasa CIMB, kami kongsikan bagaimana untuk membuka akaun syarikat di bank ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Syarat Pembukaan Akaun Syarikat di CIMB Bank

Syarat buka akaun bank syarikat di CIMB sangat mudah dan pantas kerana tidak perlu ada introducer dan deposit sebanyak RM1000 sahaja. Malah cara mendaftar current account CIMB lebih mudah dengan mengisi borang secara online.

Syarat pembukaan akaun semasa CIMB adalah dengan mempunyai sijil SSM syarikat yang telah didaftarkan, deposit sebanyak RM1K dan isi borang online di CIMB Online Business Current Account.

1. Jika anda buat akaun semasa CIMB online, berikut adalah contoh gambar laman CIMB Berhad untuk pendaftaran akaun bank peribadi atau untuk perniagaan anda. Sila klik APPLY.

cara membuka akaun perniagaan

2. Kemudian, paparan berikut akan terkeluar dan anda perlu mengisi borang untuk mendaftar akaun semasa peribadi anda. Sila berhati-hati ketika mengisi maklumat perniagaan.

cara buat akaun semasa cimb online

3. Setelah selesai mendaftar dan mendapat kelulusan dari pihak bank CIMB bagi pendaftaran akaun bank syarikat anda, anda perlu login ke laman berikut iaitu Biz Channel CIMB.

cara nak buka akaun semasa cimb

Baca : Cara Beli Rumah Tanpa Deposit

Selain itu, anda boleh juga pergi ke cawangan CIMB yang berdekatan untuk membuka akaun Semasa untuk perniagaan atau syarikat anda. Deposit minima pembukaan Akaun Semasa ialah RM1,000 sahaja.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti yang berikut:

Sole-Proprietorship

  • Kad Pengenalan Pemilik Syarikat
  • Borang Pendaftaran Syarikat A atau B + D

Partnership

  • Kad Pengenalan Kesemua Rakan Kongsi
  • Borang Pendaftaran Syarikat A atau B + D
  • Bank’s Partnership Mandate Form

Limited Companies (Sdn Bhd)

Salinan yang telah disahkan:

  • Pengesahan dari Lembaga Pengarah (ditandatangani/disahkan oleh "Company Secretary") untuk membuka akaun dan senarai penandatangan yang diberi kuasa (authorized signatories)
  • Borang 24- "Return of Allotment of Shares"
  • Borang 49-Butiran Pengarah.
  • "Memorandum & Articles of Association - Certificate of Incorporation"
  • Sijil "Authority" (untuk Public Ltd. Co. sahaja).
  • Salinan Kad Pengenalan kesemua penandatangan yang diberi kuasa

Untuk pengetahuan anda juga, untukmembuka Akaun Semasa perniagaan anda perlu menyediakan seorang Introducer iaitu individu yang telah mempunyai Akaun Semasa CIMB untuk sekurang-kurangnya 6 bulan.

Sekiranya tiada introducer, beberapa kriteria seperti berikut perlu ada jika nak membuka akaun semasa. Sila rujuk yang berikut:

1. Bagi akaun individu, salah satu syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi:

a) Anda berjaya membuat pengesahan biometrik MyKad; atau
b) Bagi anda yang tidak berjaya pengesahan biometrik Mykad atau bagi anda yang tiada Mykad, dua pengesahan pengenalan berikut perlu disertakan:

I. Lesen Memandu; atau
ii. Sijil Beranak; atau
iii. Passport; atau
iv. Bil Utiliti

2. Bagi anda yang mempunyai akaun yang aktif di CIMB dalam tempoh 3 bulan terkini; atau

3. Bagi pembukaan akaun semasa bertujuan bagi pembayaran gaji, surat dari majikan (pelanggan CIMB) perlu disertakan.

(b) Bagi bukan individu - Contoh - perniagaan / organisasi, salah satu syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi:

(i) Penyata akaun bank 3 bulan terkini perniagaan / organisasi (mana-mana bank dan jenis akaun); atau
(ii) Sekurang-kurangnya 2* pemilik akaun perniagaan (contoh - rakan kongsi bagi akaun "partnership", pengarah bagi syarikat sendirian berhad / persendirian) berjaya membuat pengesahan biometrik MyKad; atau

NOTA: Bagi Pemilikan Tunggal (sole-proprietor), hanya pemilik sahaja perlu disahkan.

(c) Bagi pemilik perniagaan yang tak berjaya membuat pengesahan biometrik Mykad atau bagi pelanggan tiada Mykad, dua pengesahan pengenalan berikut perlu disertakan:

I. Lesen Memandu; atau
ii. Sijil Beranak; atau
iii. Pasport; atau
iv. Bil Utiliti

(iii) Bagi individu yang tidak mempunyai akaun yang aktif di CIMB dalam tempoh 3 bulan terkini.

Cara Buat Akaun Semasa CIMB Online


Kami kongsikan juga cara daftar akaun semasa CIMB secara online melalui penerangan video daripada bank CIMB di laman YouTube yang menerangkan cara-cara untuk mendapat current account bagi mereka yang mempunyai perniagaan dan syarikat.

Itu saja penerangan tentang cara buka akaun semasa CIMB bagi tahun 2020 untuk anda yang mempunyai bisnes sama ada kedai, perniagaan online, syarikat sendiri dan sebagainya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog