Jika anda sedang mencari resepi chicken chop grill sos cendawan dan sos black pepper paling sedap, kami kongsikan cara buat grilled chicken chop homemade yang sangat mudah.
Bermula dari resepi grill chicken chop simple, cara perapan ayam dan cara buat sos blackpepper dengan cendawan turut ditunjukkan step by step termasuk cara bakar ayam iaitu grill sama ada guna microwave oven atau atas pan.
Jika anda suka makan ayam grill chicken chop, anda boleh cuba buat sendiri berpandukan resepi chicken chop grilled dan sos cendawan blackpepper hasil perkongsian dari Puan Afy Al-Habibi ini. Sedap sangat.
Resepi Chicken Chop Grill & Sos Black Pepper
Sebab ramai yang respon nak resepi chicken chop grill dan resepi sos black pepper lengkap, ini resepi penuh terus saya bagi kepada anda yang ingin cuba buat sendiri di rumah.
Untuk pengetahuan anda, semasa ambil gambar ni pun gigil teruk. Sebab tak sabar dah nak makan. Memang habis licin sepinggan tu. Sedap tak terkata, anda boleh cuba.
Nak tahu cara perap ayam bakar dan cara buang tulang ayam chicken chop? Sila baca sehingga habis kerana tips dan cara-caranya ada dikongsikan.
1. Sos black pepper dan cendawan.
2. Chicken chop dengan bebola yang cair di mulut.
3. Limpahan sos cendawan black pepper yang lazat.
4. Cara-cara membuatnya.
Berikut dikongsikan cara buat chicken chop grill yang paling sedap dan mudah untuk membuat tanpa susah payah, yang penting rajin. Jom kita tengok cara-cara membuatnya.
Bahan-bahan perapan ayam
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 senduk sos lada hitam
- secubit dua daun parsley
- 3 tangkai thyme
(Semua bahan boleh didapati di Tesco atau pasar raya lain)
5. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Tambahkan 1/2 sudu kecil serbuk perasa Knorr.
6. Perapkan ayam dan bebola daging setengah jam.
Untuk bahagian daging ayam, cara buang tulang ayam untuk resepi chicken chop ini juga dikongsikan di sini.
Jenama bebola daging yang sedap adalah jenama Azmy. Rasanya, tersangatlah sedap. Boleh rasa daging dan teksturnya tak kenyal. Harga lebih kurang RM 12++ untuk 400 gram. Beli di Tesco.
7. Selepas perap ayam setengah jam, bolehlah grill di atas pan. Nak guna microwave oven pun terpulang ye. Saya suka cara macam ni je.
Sebelum grill atau bakar ayam chicken chop, ikuti sedikit tips ini.
- Letak sedikit butter untuk elakkan ayam melekat
- Mula grill selepas sos blackpepper dah siap.
- Grill meatball sekejap sahaja.
8. Selepas ayam masak, tips nak naikkan bau, layurkan seminit atas api gas. Sekejap je okay.
Ketika dalam proses bakar ayam atau grill dan layur, kena berhati-hati untuk elakkan gas tersumbat atau bahaya lain.
9. Ini cara untuk buat sos lada hitam cendawan pula.
Panaskan sedikit butter. Masukkan 1 ulas bawang putih yang diracik halus dan sehiris bawang besar juga diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
10. Saya guna sos carbonara cendawan. Ini rupanya ye.
11. Masukkan 4 sudu besar sos prego tadi dan segelas besar air. Kacau rata tanpa berketul.
12. Ini kicap pekat Jalen. Yang lemak masin tu. Kicap ni sesuai untuk dapatkan warna sos yang agak gelap. Masukkan 3 sudu besar.
13. Kemudian, tambahkan 1 senduk sos lada hitam atau black pepper sauce.
14. Juga 3/4 sudu besar serbuk lada hitam. Kisar sampai halus ye kalau buat sendiri.
Baca : Resepi Sos Cheesy Wedges Kentang
15. Kemudian, masukkan cendawan dalam tin. Hiris nipis-nipis seperti dalam gambar. Guna 2 biji. Separuh racik halus.
16. Untuk perasakan sos black pepper supaya lebih sedap dan power kaw-kaw. Saya masukkan bahan-bahan berikut:
- 1/2 sudu besar serbuk cheese
- 1 sudu besar 'sugar brown' atau gula putih
- 1/2 sudu besar perasa knorr
- Secubit dua garam halus
Untuk langkah ini, kawan-kawan boleh masukkan sedikit demi sedikit ya. Segala citarasa terpulang kepada selera sendiri.
17. Kelikatan kuah kali ini cikgu buat sedang elok je. Tak pekat sangat.
Lepas kuah mendidih halus dan cukup segala rasa, bolehlah ditutup apinya. Haa siap. Mudah sahaja kan?
18. Sendukkan kuah atas ayam yang di grill tadi. Hiaskan mengikut kreativiti sendiri.
19. Inilah hasilnya dari resepi chicken chop grill sos black pepper dan sos cendawan yang lazat.
Macamana? Mudahkan nak buat grilled chicken chop? Buat sendiri lebih sedap dan puas hati serta jimat daripada beli di restoran atau kedai.
Semoga perkongsian dari Cikgu Afy Al-Habibi iaitu resepi chicken chop grill sos cendawan dan black pepper ini akan dapat membantu anda untuk menyediakan western food ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog