Resepi Sos Cheesy Wedges KFC Mudah & Segera (Cheese Sauce)

resepi sos cheesy wedges mudah

Jika anda suka makan kentang wedges KFC yang boleh buat sendiri di rumah pasti anda tahu cara buat sos cheezy wedges segera yang sangat sedap dimakan bersama kentang dan sebagainya. Kami kongsikan resepi sos cheesy wedges mudah untuk anda.

Mungkin cara anda buat sos chees tersebut agak berbeza dengan resepi sos cheesy wedges ala KFC yang dikongsikan di sini. Resepi mudah sos keju menggunakan cheese Chesdale dan susu segar ini memang sedap dan anda juga boleh gunakan cheese Lady's Choice.

Sos cheesy wedges juga mempunyai berbagai versi serta turut diolah oleh mereka yang pakar dan anda juga boleh mengolahkan resepi sos cheesy wedges ini mengikut kreativiti anda sendiri, namun resepi ala KFC sering menjadi pilihan kerana sedap dan pekat.

cara buat sos keju

Selain sos cheesy wedges, kami turut kongsikan resepi kentang wedges atau potato wedges yang amat sedap dimakan bersama sos keju yang seperti mana yang dijual di restoran KFC dan lebih buat sendiri serta tak perlu lagi membeli.

Cara membuat cheese sauce pada kali ini dikongsikan oleh Puan Miya Aira melalui laman Facebook. Beliau berkongsi cara buat sos cheesy wedges ala KFC yang sangat mudah serta kuah cheesy sos ini juga nampak sangat menarik.

Resepi Sos Cheesy Wedges Mudah Ala KFC


gambar sos cheese pekat

Disebabkan atas permintaan ramai, saya nak share cara buat sos cheesy wedges homemade ala KFC style Cik Mira, simple, mudah, cepat dan sangat sedap macam makan kat restoran tu. Tak percaya? Boleh cuba buat.

Bahan-bahan Sos Cheesy Wedges

sos cheesy simple

  • Buttercup
  • Satu ketul kiub ayam
  • Satu sudu besar lada putih tumbuk
  • Pewarna kuning telur
  • Cheese brand Chesdale
  • Susu segar
  • 1/2 susu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk cili

Cara-cara Membuat Sos Cheesy Wedges

potato cheese sauce

1. Panaskan sebanyak tiga sudu besar buttercup sehingga ia menjadi cair. Pastikan api dibuka sederhana saja tidak terlalu besar.

2. Proses ini mengambil masa yang sangat cepat untuk cair dan harus dipastikan ia tidak hangit.

3. Masukkan setengah atau satu sudu besar tepung gandum, pastikan hanya satu sudu, jangan terlebih nanti sos cheesy wedges anda akan terlalu pekat dan keras.

4. Kacau tepung gandum tersebut supaya ia tidak berketul-ketul agar tekstur atau kuah sos cheesy wedges ini akan jadi cantik dan pekat.

resepi sos cheesy wedges

5. Kemudian, masukkan 3 cawan susu segar apa saja jenis atau brand mengikut citarasa anda sendiri.

6. Masukkan pula seketul pati kiub ayam.

7. Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk cili. Ada yang kata guna black pepper atau lada hitam pun boleh. Tapi tak tahu sama ada sedap atau tidak.

sos cheezy wedges kfc

8. Sediakan 10 kepingan cheese seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan masukkan ke dalam periuk atau kuali anda.

Baca : Resepi Pizza Homemade Guna Tudung Periuk

9. Tunggu sehingga cheese menjadi cair, pastikan sentiasa kacau dan jangan biarkan ia mendidih.

cara buat sos cheesy wedges serbuk cheese

10. Pastikan anda masukkan kuantiti garam hanya sedikit kerana cheese tersebut sudah masin dan lebih baik anda rasa dulu sebelum memasukkan garam.

11. Masukkan satu sudu kecil pewarna kuning untuk mencantikkan lagi warna sos cheese anda. Kacau sehingga sebati.

resepi sos keju cheezy wedges

12. Pastikan sos cheesy wedges anda tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Sekiranya pekat, anda hanya perlu tambahkan sedikit susu segar sehingga ia menjadi.

Inilah rupa sos cheesy wedges ala KFC. Anda boleh curahkan sos cheezy wedges ini ke atas kentang goreng atau french fries mengikut selera anda sendiri. Sedap sangat tak terkata.

resepi kuah cheesy wedges

Info:

Ketika masih panas, sos cheese ini akan kelihatan cair tapi apabila ia sejuk anda akan dapati kuah menjadi pekat dan likat. Baki boleh disimpan di dalam peti ais, bila nak makan, hanya panaskan sahaja dan sos ini bertahan selama seminggu kata Puan Miya Aira.

Semoga perkongsian resepi sos cheesy wedges yang boleh dimakan dengan kentang goreng atau wedges ini akan dapat merealisasikan impian anda untuk buat sendiri makanan ini. Anda boleh buat jika mencuba step by step, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog