Jika anda suka makan kentang goreng atau cheesy wedges seperti yang dijual di restoran KFC, anda boleh cuba buat sendiri di rumah kerana cara buat kentang cheesy wedges ini sangat mudah dan sangat sedap.
Ramai yang kata cheesy wedges sangat sedap dan amat jimat jika kita boleh memasaknya sendiri dan tak perlu lagi beli di KFC kerana selain mahal, kita boleh makan dengan kuantiti yang banyak dan puas hati.
Kentang goreng ini akan lebih sedap dan terangkat jika dimakan bersama dengan sos cheesy wedges yang lazat itu. Cara untuk membuat sos keju ini juga dikongsikan di sini.
Resepi cheesy wedges ala KFC homemade yang simple dan mudah ini yang dimakan bersama sos cheese dikongsikan oleh Puan Nabilah Mamat melalui laman Facebook. Jom ikuti perkongsiannya.
Resepi Kentang Cheesy Wedges Simple
Hari ni sarapan dengan cheesy wedges homemade lagi sedap dari ala KFC dan puas hati sebab buat sendiri. Potato wedges kalau nak beli sekilo lebih kurang RM7 atau RM 8, kentang pulak kecik aje.
Disebabkan kami sangat suka makan potato wedges dengan sos cheesy wedges, kami buat keputusan untuk buat sendiri di rumah sebab lebih sedap dan jimat berbaloi-baloi.
Cara Membuat Cheesy Wedges
1. Bersihkan kentang sama ada kulit atau tidak sebersih-bersihnya, potong ikut citarasa sendiri dan rebus sekejap dengan kiub ayam dan garam.
2. Toskan kentang dan biarkan supaya sejuk serta kurang basah.
3. Gaulkan semanjanya dengan tepung Bestari Spicy atau apa saja tepung segera serbaguna spicy.
4. Susunkan kentang wedges dalam dulang supaya senang nak packing nanti. Tepung serbaguna pun sempatlah nak salut dan tempelkan kat kentang tu sebelum step seterusnya.
5. Packing kentang dalam plastik supaya nanti senang nak ambil apabila nak guna nanti.
6. Sejukbekukan selama semalaman dan esoknya dah boleh goreng kalau nak makan. Lagi lebih lama disimpan dalam peti sejuk lagi lebih sedap.
7. Goreng kentang wedges sehingga garing dan bancuhkan serbuk cheese cheezy wedges. Tuang di atas potato wedges atau cicah, anda yang tentukan. Siap untuk dinikmati bersama sos cheesy wedges.
Tips Terbaik:
Apabila buat dalam kuantiti yang banyak, katakan esoknya nak makan cheezy wedges, malam tu yang beku dan keras tu ambilkan dan letak di bahagian bawah dalam peti ais. Esoknya dah boleh goreng.
Kami buat potato wedges dan sos cheesy wedges semalam tapi pagi ni sempat lagi merasa sarapan dengan cheezy wedges ala KFC yang paling sedap.
Amacam? Mudah tak nak buat cheesy wedges ala KFC? Senangkan? Terima kasih kepada Puan Nabila Mamat kerana berkongsi resepi kentang cheesy wedges mudah dan sedap ini. Mulai sekarang kita dah boleh buat dan tak perlu lagi beli. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog