3 Resepi Laksa Penang Asli Kuah Pekat Paling Mudah & Sedap

Laksa penang

Laksa Penang adalah antara makanan yang popular di utara iaitu di negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan juga Perak. Sehingga hari ini ramai yang meminati makanan ini yang mempunyai kuah dari isi dan tulang ikan segar iaitu ikan sardin menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Ada yang mengatakan resepi di Penang dan negeri-negeri lain agak berbeza mengikut kuah laksa pekat dan cair yang pasti mempunyai perbezaan katanya. Walau bagaimanapun, pada saya ianya tiada beza langsung kerana rasanya yang hampir sama selain bahan-bahannya juga hampir serupa.

Kepada anda yang menyukai makanan ini, boleh cuba buat sendiri di rumah dengan mengikut step by step resepi Laksa Penang yang power tapi simple dan sedap yang dikongsikan oleh ramai pengguna Facebook dengan mengikut versi masing-masing.

Resipi Laksa Penang Simple dan Sedap


Ada yang kata petua untuk sedapkan kuah laksa utara yang popular ini adalah dengan menambahkan gula merah dan juga campuran otak udang selain buah nenas yang dikisar serta dicampurkan ke dalam kuahnya ketika ia sedang dimasak.

Walau bagaimanapun, setiap orang dan cara masak mempunyai kelebihan dan rasa yang agak berbeza mengikut bahan-bahan yang dicampurkan di dalam kuah laksa. Berikut adalah resepi laksa Penang asli versi Shai Anne Ahemed.

Resepi Laksa Penang Asli

laksa penang resepi

Bahan-Bahan Untuk Kuah Pekat

  • 1 kg ikan selayang atau ikan sardin
  • 4 asam keping
  • 1/2 bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5/6 sudu makan cili giling
  • 3/4 biji cili padi
  • 3 cm belacan
  • Otak udang(petis udang)
  • Segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • Garam dan gula secukup rasa

Campuran otak udang

Bahan Ulam Laksa

  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  • Sedikit daun pudina

Cara Masak Laksa Penang Kaw

Laksa

Laksa perlu direndamkan dalam air sekurang-kurangnya 30 minit dan kemudian direbus sehingga lembut, ditoskan dan diketepikan sementara waktu.

Rahsia Kuah Laksa Paling Sedap


1. Ikan selayang perlu direbus, kemudian asingkan ikan dan ketepikan air rebusan ikan. Ikan rebus perlu diasingkan isi dan tulang. Kemudian campurkan isi ikan dan air rebusan ikan tadi untuk dikisar.

2. Tulang ikan selayang juga perlu diasingkan dan juga dikisarkan bersama lebihan air rebusan itu tadi serta ditapiskan airnya.

3. Blender bawang merah, bawang besar dan cili padi. Bahan-bahan yang dikisar ini perlu dicampurkan dengan ramuan ikan rebus itu tadi. Kemudian, panaskan periuk.

4. Masukkan cili giling sebaiknya cili kering dan belacan, asam keping. Setelah agak mendidih masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau perlahan-lahan sehingga ia mendidih dan perasakan. Mudah kan?

Cara Membuat Laksa Penang Versi Simple


Pertama sekali bahan utama yang perlu ada adalah ikan sama ada ikan sardin, ikan kembung, ikan mata besar atau apa saja jenis ikan. Yang paling sedap adalah ikan sardin.

1. Ikan sardin perlu disiang dan wajib dibersihkan untuk hilangkan bau hanyir ikan serta digaulkan bersama garam dan juga perahan limau nipis. Sebaiknya perapkan seketika dan cuci semula.

Rahsia kuah pekat

2. Rebuskan ikan sardin bersama asam keping sehingga ia empuk. Kuantiti asam keping perlu mengikut anggaran saja berdasarkan berapa banyak ikan yang anda rebus.

Cara memekatkan kuah laksa penang

3. Setelah ikan direbus, asingkan antara isi ikan dan tulang. Isi ikan pula perlu dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahan-bahan Untuk Pes Laksa Penang

1. Cili kering dalam anggaran sebanyak 20 tangkai dan kalau anda tidak suka pedas boleh kurangkan kuantiti cili kering tersebut.

Resepi laksa utara Pulau Pinang

2. Bawang merah sebanyak 10 ulas.

3. Bawang putih sebanyak 3 ulas.

4. Belacan dalam anggaran sebesar duit 50 sen dan ia perlu dibakar terlebih dahulu.

5. Kisarkan semua bahan di atas bersama-sama dalam satu blender.

Bahan-Bahan Buat Kuah

Resepi laksa penang paling sedap

1. Isi dan tulang perlu dikisarkan berasingan serta ditapis.
2. Cili kering, bawang putih dan belacan yang telah siap dikisarkan.
3. Daun kesum mengikut anggaran sahaja.
4. Asam keping juga mengikut anggaran saja.
5. Bunga kantan tidak perlu terlalu banyak, cukup 2 atau 3 kuntum saja.
6. Satu lagi bahagian isi ikan yang telah siap diramas kasar.

Cara-cara membuat Laksa Penang

Kesemua bahan-bahan telah siap disediakan dan kita boleh mulakan cara untuk memasak kuah Laksa Penang yang dikongsikan oleh Puan Darissa Daud.

Mudah dan simple caranya

1. Satukan kesemua bahan untuk membuat kuah dalam periuk yang sesuai.

2. Perasakan dengan gula dan jangan terlalu manis kerana kuah laksa perlu ada masam, masin dan sedikit rasa manis.

3. Biarkan masakan kuah tersebut mendidih.

4. Masukkan garam dan rasa jika ia cukup masin memenuhi selera anda.

5. Anda juga boleh menambahkan perasa Maggie seperti ditunjukkan dalam gambar secukup rasa. Apabila semua rasa kuah laksa mempunyai masam manis dan masin, barulah ia sempurna dan sedap.

Gambar laksa penang original

Akhir Kata

Bila dah tahu boleh buat sendiri lain kali boleh buat lagi ikut idea dan kreativiti sendiri. Manalah tahu tetiba laksa anda masak sendiri jadi sedap terangkat bila ramai yang puji. Dari situ boleh cuba buat berniaga mungkin makanan ini menjadi rezeki kita, siapa sangka.

Tapi kalau sekadar sorang saja nak makan macam tak berbaloi pulak nak masak kan? Mengidam? Jadi, supaya tak kempunan, jalan terbaik boleh cari di Google gerai laksa penang sedap yang terdekat, insya Allah mesti ada terutama negeri di utara confirm jumpa yang terbaik dan famous.

Semoga perkongsian resepi laksa Penang power dan paling sedap resepi asli dari Pulau Pinang dan versi olahan ini akan membantu anda untuk menyediakan kuah laksa dengan mudah, cepat dan menyelerakan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog