Cara Mengatasi Tahi Telinga Keras Tersumbat Bayi & Dewasa

tahi telinga keras hitam tersumbat

Tahi telinga keras, tersumbat sehingga berdengung memang buat kita tak selesa, lebih-lebih lagi terasa sakit sampai tak boleh nak tidur malam. Kalau jenis yang cair lagilah parah meleleh tak tentu masa.

Biasanya jika telinga tersumbat adalah disebabkan kerana ia menjadi banyak, hitam dan padat yang menyebabkan masalah pendengaran tidak normal. Sebenarnya, penggunaan cotton buds bukan sangat membantu.


Kenapa? Kerana apabila kita menggunakan alat pengorek telinga seperti cottons bud tersebut, semakin kita korek, semakin tahi telinga akan masuk ke dalam. Sepatutnya ia dicuci dengan alat khas yang sesuai.

Cara Atasi Tahi Telinga Keras Tersumbat



alat korek tahi telinga

Untuk mengatasi telinga tersumbat yang menjadi keras dan kering, anda perlu tahu cara cuci dengan betul supaya tidak memudaratkan. Apa yang penting, jangan dibiarkan ia berlarutan tanpa diambil tindakan.

Cara mengatasi masalah ini cepat dan tepat adalah dengan bertemu pakar telinga. Biasanya, doktor akan memberikan ubat titis sejenis cecair yang bertindak untuk melembutkan kotoran di telinga supaya mudah dikorek atau dibuang.

Zaman sekarang memang banyak dijual di pasaran alat mencuci telinga, pengorek, pembersih dan sebagainya. Terkini, alat sedut tahi telinga juga ada yang mana cara menggunakannya sama seperti vacuum.

Sama ada tahi telinga cair atau keras, anda boleh menyedut segala kotoran yang terdapat di dalam lubang telinga. Mudah saja untuk guna alat ini dan amat sesuai untuk kanak-kanak atau pun bayi.

Mulai sekarang anda tak perlu lagi pergi ke klinik untuk cuci tahi telinga kerana Blocked Ear Wax, suruh doktor sedut, guna ubat untuk melembutkan dan sebagainya. Masalah itu anda boleh atasi sendiri di rumah.

Baca : Kenapa Gigi Masih Sakit Lepas Ditampal?

Alat Sedut Tahi Telinga

Gambar-gambar di bawah adalah alat untuk sedut tahi telinga dan ia mudah digunakan dan sangat efektif untuk buang segala kotoran dan khazanah yang sudah lama tersimpan. Simple dan cepat.

doa sakit telinga

alat korek telinga

cara mengeluarkan kotoran

Harga alat penyedut atau pembersih tahi telinga ini tidak mahal serta mengikut jenis dan anda boleh dapatkan di Lazada atau Shopee. Selain itu, ia juga ada dijual di farmasi-farmasi tertentu. Nama alat ini adalah Ear Cleaner Earpick Earwax Remover.

Harga paling murah hanya RM6 dan mungkin akan berubah-berubah mengikut harga pasaran. Semakin mahal harganya semakin berkualiti alat-alat ini. Anda boleh rujuk link yang disediakan di bawah sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut.


Doa Sakit Telinga Dalam Islam

Berikut dikongsikan juga doa untuk menyembuhkan telinga tersumbat, berdengung, bernanah, sakit atau kepala dan apa saja yang berkaitan dengan sistem pendengaran manusia. Doa ini juga dipanggil sebagai Ruqyah Sakit Telinga.


Mungkin ada di antara anda yang mempunyai pengalaman telinga tersumbat sehingga tahi atau kotorannya jadi keras dan hitam. Apa cara anda lakukan? Adakah pergi ke klinik atau cuci sendiri?

Jika anda pernah melalui pengalaman sakit telinga gara-gara tahi telinga keras dan berdengung satu kepala atau seumpamanya, sila kongsikan cerita dan cara anda mengatasi masalah ini di sini.

Mungkin, perkongsian anda itu dapat membantu ramai orang lagi yang sedang mencari bagaimana untuk mencuci telinga atau menghilangkan  kesakitan gara-gara telinga tersumbat. Sila kongsi di ruangan komen. - Bukit Besi Blog