Resepi Roti Pizza Gardenia Sedap & Mudah Tanpa Oven

resepi roti pizza sosej simple

Pernah makan roti pizza guna roti sandwich Gardenia Wholemeal? Memang sedap sangat dan simple saja resepi serta cara buat makanan ini. Yang menariknya tanpa oven dan dicampurkan dengan sosej, cheese mozarella, mayonis dan banyak lagi.

Biasanya roti Gardenia akan dimakan bersama telur, sardin tuna, daging cincang tetapi kali ini anda boleh cuba resepi pizza roti guna kuali atau pan saja tanpa perlu menggunakan ketuhar, air fryer, periuk Noxxa, pressure cooker atau pemanggang ajaib.

resepi roti pizza dimasak tanpa guna oven

Resepi roti pizza sosej atau Ekstra Chezzy yang ringkas dikongsikan oleh Puan Afy Al Habibi ini sememangnya paling sedap dan sangat mudah cara untuk membuatnya. Ditambah dengan bahan-bahan yang amat berkhasiat selain senang didapati.

Kalau anak anda suka makan Pizza Hut atau seumpamanya, elok anda cuba buat sendiri di rumah. Bukan saja boleh makan banyak malahan boleh buat untuk bekal anak pergi sekolah atau untuk breakfast setiap pagi dan untuk makan petang atau malam.

Resepi Roti Pizza Sedap Guna Kuali


Untuk membuat pizza roti ini, anda perlu menyediakan bahan-bahan seperti yang dinyatakan di bawah. Insya Allah menjadi kerana untuk menyediakannya sangat senang dengan menggunakan tudung periuk dan kuali saja.

Bahan-Bahan Utama

resepi pizza roti lembut dan gebu

  • 5 keping roti Gardenia Wholemeal atau yang putih
  • 2 batang sosej di grill seketika
  • Hirisan bawang merah
  • 1/8 cili benggala
  • 5 atau 6 biji cendawan butang
  • Semangkuk kecil cheese mozarella
  • Sos spaghetti
  • Daun parsley kering
  • Sos cili dan mayonis

Cara-Cara Membuat

Menurut Puan Afy, roti Gardenia dipotong dua dan disapukan dengan Planta atau marjerin di kedua-dua belah permukaan roti.

pizza guna roti gardenia

Kemudian, susunkan di atas pan atau kuali seperti ditunjukkan dalam gambar. Anda perlu bakar sekejap sehingga sedikit garing di sebelah bawah saja. Manakala sebelah lagi tidak perlu.

cara buat pizza roti homemade

Seterusnya, terbalikkan. Di bahagian yang garing itu tadi disapukan dengan sedikit sos Prego iaitu sos spaghetti seperti dinyatakan di atas dalam senarai bahan-bahan tadi.

Susunkan sosej, cendawan butang berserta dengan hirisan bawang merah Bombay.

resepi pizza roti sandwich

Taburkan pula cheese mozarella dan paip nipis mayonis dan juga sos. Jangan lupa taburkan sedikit daun Parsley. Buka api semula dengan api perlahan saja.

dimasak guna kuali pan

Kemudian, tutupkan pan atau kuali dengan menggunakan tudung periuk seperti yang ditunjukkan.

roti pizza segera

Angkatkan roti pizza anda selepas keju kelihatan mencair. Anda perlu ingat, jangan buka api terlalu besar kerana ia akan hangit sebelum sempat cheese cair.

resepi pizza roti gardenia tanpa oven

Inilah hasilnya resepi roti pizza guna roti Gardenia. Anda boleh hidangkan bersama teh O atau apa saja mengikut selera dan kreativiti anda sendiri.

resepi roti pizza gardenia

Begitu juga dengan bahan-bahan resepi di atas, anda boleh mengolahkannya mengikut selera anda. Mungkin ia akan menjadi lebih sedap dan menyelerakan.

Baca : Resepi Pizza Homemade Guna Tudung Periuk

Selain resepi roti pizza mudah tanpa menggunakan oven hasil perkongsian Puan Afy Al-Habibi di atas, ada beberapa cara dan resepi tersebut yang dikongsikan oleh beberapa pengguna media sosial yang mengolahkan bahan-bahan mengikut citarasa masing-masing.

Cara Buat Pizza Roti Guna Oven

Berikut adalah cara Puan Neerush Family yang menghasilkan makanan ini dengan menggunakan oven di rumah. Beliau juga menunjukkan suhu bakar yang digunakan sebanyak 150 Darjah Celcius iaitu selama 20 minit.


Begitu juga dengan resepi simple dari Cik Ja yang berkongsi cara-cara membuat roti pizza cheese leleh ini dengan mudah. Yang paling penting ia menjadi dan amat sedap dimakan bersama keluarga.


Sesetengah daripada mereka yang pandai memasak kebiasaannya mereka akan cuba memperbanyakkan bahan-bahan dalam resepi pizza roti ini untuk menambahkan kesedapan.

Begitu juga dengan cara memasak sama ada untuk guna pemanggang ajaib atau kuali saja selain microwave yang sememangnya hampir semua rumah ada.

Apa kata selepas ini, anda cuba olehkan dengan memasukkan bermacam bahan-bahan lain seperti telur, daging dan sebagainya. Mesti sedap roti pizza anda.

Semoga perkongsian resepi roti pizza yang dikongsikan akan membantu anda semua menyediakan menu yang sangat simple ini. Anda boleh cuba sendiri di rumah. Selamat mencuba. - Bukit Besi Blog