Pasti ramai yang suka makan sotong goreng kunyit yang biasanya digandingkan dengan kacang panjang. Resepi dan cara untuk memasak masakan ini sangat mudah dan yang penting paling sedap.
Resepi sotong goreng kunyit ada berbagai versi iaitu ada yang pedas, goreng kering rangup, berkuah, ala Thai dan banyak lagi mengikut kreativiti si tukang masak.
Walau bagaimanapun, sotong goreng kunyit kurang menjadi sekiranya tiada kacang panjang, lobak merah dan garam. Resepi masakan yang sedap dan terangkat ini dikongsikan oleh beberapa pengguna dari Facebook.
Disertakan juga beberapa resepi yang agak berbeza dari segi bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak. Anda boleh memilih resepi yang sesuai dengan citarasa anda sama ada inginkan yang mudah atau sedap.
Resepi Sotong Goreng Kunyit Kacang Panjang
Cara goreng pula mengikut citarasa masing-masing sama ada nak garing kering atau separuh masak dan berkuah. Berikut adalah antara bahan-bahan untuk masakan sotong goreng kunyit dari Dapur Kak Chah.
Bahan-Bahan
- Sotong 1/2 kg
- Sebiji bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 biji bawang besar dihiris (optional)
- Sedikit kunyit
- Sedikit garam dan perasa
- Sebiji tomato dibelah empat
- Sedikit kacang panjang dipotong
- Sebatang carrot
Cara-cara memasak
Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga mengeluarkan bau yang mengancam. Kemudian masukkan sedikit garang dan perasa. Kacaukan sehingga sebati.
Seterusnya, masukkan serbuk kunyit dan masukkan sotong yang telah disiang mengikut kehendak masing-masing.
Jangan masukkan air dulu walaupun anda ingin berkuah. Kerana sotong pastinya akan mengeluarkan airnya sendiri. Kuatkan sedikit api untuk mengeringkan air sotong.
Agak-agak hampir masak, masukkan pula kacang panjang, lobak merah, tomato dan cili padi. Kacau, pastikan tidak terlalu lama kerana sayur akan jadi lembik. Siap dan boleh dimakan.
Baca : Resepi Kerabu Sotong Sedap Ala Thai
Resepi Untuk Orang Busy
Bahan-bahannya
- Tiga ekor sotong
- Sesudu serbuk kunyit
- Satu sudu garam halus
- Sebiji bawang besar dihiris nipis
- Dua ulang bawang putih
- Minyak masak untuk tumis
- Cili padi ikut tahap pedas
- Sedikit kiub pati ayam
- Sesudu sos tiram
- Satu sudu tea lada hitam yang ditumbuk hancur
- 10 cili padi perlu diketuk
- Sesudu besar kicap manis
Cara menyediakan:
1. Sediakan sotong dengan membuang segala kekotoran seperti dakwat atau kulit dan dipotong kecil seperti ditunjukkan dalam gambar. Bersih sebersihnya agar ia tidak hanyir.
2. Campurkan kunyit dan garam ke dalam sotong, gaulkan serta perap sotong untuk beberapa minit dan lagi lama lebih bagus.
3. Sekiranya semua bahan dan tersedia, boleh terus masak dengan memanaskan kuali berserta minyak masak. Kuantiti minyak tidak perlu banyak dan anggaran hanya lebih kurang 3 sudu.
4. Setelah kuali panas, goreng sotong dan kacau sehingga sebati.
5. Seterusnya, masukkan semua bahan tadi iaitu bawang putih, bawang besar dan cili padi. Pastikan sotong sudah kelihatan seperti mengecut atau layu.
6. Masukkan kiub pati ayam, sos tiram dan lada hitam kemudian kacau seketika.
7. Jangan inginkan berkuah, masukkan sedikit air diikuti dengan kicap lemak manis. Biarkan masakan ini mendidih serta kuahnya macam pekat. Siap.
Walau bagaimanapun, kepekatan kuah adalah bergantung pada berapa banyak air yang anda masukkan dalam masakan. Sekiranya, ingin kuah banyak, lebihkan air.
Dan ada juga pakar masak yang mencampurkan air asam jawa dalam masak sotong kunyit ini. Anda boleh cuba, sama ada ia sedap atau tidak, anda yang tentukan dan tahu nanti.
Sesetengah resepi sotong goreng kunyit, kicap manis langsung tidak dimasukkan dan bahan ini bergantung kepada kehendak dan selera anda sendiri kerana anda yang mengolahkannya.
Sebenarnya, cara masak sotong goreng kunyit semuanya hampir sama. Contohnya, jika anda nak berkuah boleh ditambah air dan jika nak kering jangan letakkan air dan begitu juga dengan pedas. Itu saja perbezaanya.
Namun, lain orang lain caranya, begitu juga dengan selera dan citarasa pasti tidak sama. Ada yang tak sukakan kacang panjang dan ada yang lebih suka digoreng tanpa sayur. Begitu juga dengan resepi dari Yatie Kitchen, sedap.
Macamana? Tak susah kan cara masak sotong goreng kunyit? Mungkin budak sekolah pun boleh buat kalau tengok resepi, kenapa tidak kita? Cuba dulu baru tahu hasil air tangan anda nanti.
Kami kongsikan juga video tutorial yang menunjukkan cara goreng sotong kunyit simple dengan guna bahan-bahan yang ada di rumah saja katanya. Video tersebut dikongsikan oleh Encik Hafiz Melalui YouTube.
Semua gambar masakan goreng kunyit sotong yang dikongsikan adalah daripada mereka yang memasak resepi ini iaitu Affliana Roslan, Cahaya Kasih Firdausi, Lin Azlin dan Puan Cken Darwish.
Semoga perkongsian resepi sotong goreng kunyit sedap yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk sediakan masakan ini dengan cepat dan mudah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog