Bateri Kereta Kong Tak Boleh Start? Ini Cara Hidupkan Semula

bateri kereta kong

Kereta tak boleh start secara tiba-tiba, bateri kereta kong dan tak tahu punca? Ini adalah masalah besar apabila kita menghadapi situasi ini, lebih-lebih di tengah lebuhraya.

Apabila dalam keadaan seperti ini, biasanya kita tak tahu cara nak hidupkan semula kereta dan mungkin tidak semua yang berpengalaman dalam bidang ini kerana hanya tahu memandu saja.

Lebih parah apabila bateri kereta kong sedangkan tak sampai setahun pakai tetapi tidak tahu punca mengapa ia berlaku dan sakit kepala memikirkan perkara ini.

cara hidupkan semula bateri kereta cepat kong

Lalu, kita akan mengambil keputusan mencari kedai jual bateri terdekat atau akan membuat panggilan kepada pihak tertentu yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.

Jika anda sedang berhadapan dengan masalah ini, jangan terus panik dan sila bertenang. Sebaiknya bersabar dan cuba buat beberapa perkara yang dikongsikan di bawah.

Panduan Hidupkan Semula Bateri Kereta Kong


Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan membuat pemeriksaan tentang sambungan terminal bateri. Pastikan ia berada dalam keadaan baik dan sempurna seadanya.

Sebaiknya, anda perlu cuba gerakkan atau pusingkan sedikit demi sedikit sambungan terminal bateri tersebut untuk memastikan ia dalam keadaan elok.

Perlu diingatkan, sebelum anda membuat semua perkara ini, sila pastikan suis kereta telah dimatikan atau cabutkan kunci kereta terlebih dahulu, ini pesan dari laman carput.my.

Cuci Terminal Bateri

tukar bateri kereta

Terkadang pasti ada serbuk yang berwarna keputihan berada pada terminal sambungan bateri. Ia bukanlah luar biasa kerana kerap terjadi.

Apa yang perlu anda buat adalah dengan membersihkan semua serbuk putih tersebut supaya aliran elektrik mendapat laluan dengan lebih sempurna.

Buat Jump Start

bateri kereta kong lama tak start

Sila buat jump start pada bateri kereta sekiranya anda ada alat ini atau boleh pinjamkan jumper tersebut daripada rakan atau siapa saja.

Sebelum pemasangan kabel jumper dibuat, ada beberapa perkara penting yang perlu anda perhatikan sebelum melakukan jumpstart bateri, iaitu:

Kapasiti bateri yang memberi pertolongan untuk jumpstart haruslah mempunyai kapisiti yang lebih besar daripada bateri kereta sendiri.

Sekiranya kapisiti bateri pemberi bantuan tersebut lebih rendah, berkemungkinan litar pintas akan berlaku. Sila berhati-hati.

Sekiranya anda memandu kereta jenis Proton, sila elakkan untuk membuat jumpstart kerana ia boleh menyebabkan ECU kereta rosak jika tersilap langkah.

Anda harus biarkan enjin kereta tersebut dihidupkan dalam jangka masa 10 sehingga 30 minit untuk aktiviti pengecasan bateri terjadi.

Sila dapatkan bantuan mereka yang lebih pakar tentang bateri kong sekiranya kereta anda sarat dengan bahan-bahan elektronik.

Apakah Punca Bateri Kereta Cepat Kong

Apabila kereta tak dapat dihidupkan, pasti ramai yang menganggap bateri rosak dan perlu diganti baru. Sebenarnya, banyak faktor yang berkait jika kereta gagal dihidupkan.

Begitu juga dengan keadaan bateri kenderaan yang mana banyak faktor yang akan menyebabkan bateri kereta kong. Antara punca-punca utama ialah:

  • Alternator mengalami kerosakan atau tali pinggang alternator menjadi longgar yang akan menyebabkan pengecasan tak cukup untuk bateri kereta.
  • Tidak menghidupkan kereta dalam jangka masa yang agak lama atau enjin tidak dihidupkan langsung.
  • Lampu kereta sama ada depan atau belakang lupa ditutup dan dibiarkan "ON" terlalu lama.
  • Terlalu banyak memasang aksesori yang menggunakan kuasa bateri seperti peranti elektronik dan sebagainya.
  • Tidak menyelenggara bateri dengan betul seperti dibiarkan bateri berkarat, kotor atau longgar.
  • Menggunakan kereta dalam jangka masa yang sangat lama tanpa henti.
  • Lintar pintas yang tidak hidup dalam bateri kereta.
  • Salah cara setting atau pendawaian untuk sebarang aksesori yang menggunakan kuasa bateri.

Bateri Tamat Tempoh

Cara cas harga murah

Kebiasaannya, jangka hayat sesebuah bateri kereta sel kering iaitu Free Maintenance adalah dalam jangka masa lebih kurang 1.5 hingga 2 tahun sahaja.

Anda beruntung, jika bateri kereta anda sangat bertahan dan telah melebihi daripada hayat yang sepatutnya dan tahan lebih lama.

Walau bagaimanapun, jika bateri kereta kong lebih awal daripada hayatnya, sila tuntut waranty daripada penjual bateri tersebut.

Namun, tidak semua syarikat yang mempunyai waranty bateri seperti dinyatakan. Anda sebagai pembeli haruslah meneliti terlebih dahulu sebelum membuat pembelian bateri kereta.

Lupa Off Lampu Kereta

cara nak hidupkan kereta auto bateri kong

Biasanya perkara yang selalu berlaku kepada pemandu kereta sehingga menyebabkan bateri kereta kong adalah sering lupa menutup lampu kereta atau pintu kereta.

Mengapa pintu kereta? Bila pintu kereta tak tutup rapat dengan baik, sensor kereta tersebut akan menjadi aktif dan ia akan menggunakan bateri serta sebabkan bateri kong.

Alternator Tidak Mengecas Bateri

Kedai yang terdekat

Antara masalah lain yang berkait dengan bateri kong adalah alternator kereta. Ia berfungsi sebagai alat untuk mengecas bateri apabila kereta anda bergerak.

Apabila alternator kereta anda telah rosak, secara automatik bateri tidak akan dicas seperti biasa yang akan menyebabkan bateri kong serta merta.

Jika kereta anda berhadapan dengan masalah alternator rosak, jumper atau jumpstart langsung tidak akan membantu serta tidak dapat selesai masalah.

Alternator tak mengecas bateri kereta tetapi dapat dihidupkan, walau bagaimanapun ia adalah untuk sekejap sahaja dan akan mati semula selepas beberapa minit nanti.

Jadi, anda amat digalakkan untuk menghubungi panel insurans sekiranya ada untuk menunda kereta anda untuk dibawa ke workshop atau bengkel yang terdekat.

Baca : Cara Renew Road Tax dan Insurans Kereta

Tanda Bateri Kereta Kong

tanda2 dan punca

Berikut adalah antara tanda-tanda bateri kereta kong dan cara untuk mengetahui keadaan bateri kenderaan anda sama ada ia masih boleh digunakan atau ia harus ditukar baru.

  • Aci engkol berpusing secara perlahan
  • Lampu amaran berkelip-kelip
  • Adanya bau yang busuk
  • Alarm battery mengeluarkan bunyi tak tentu masa
  • Kotak bateri kelihatan membengkak
  • Range atau level minyak menunjukkan banyak perbezaan
  • Jump start perlu dibuat

Sekiranya, anda tahu bateri kenderaan anda kong atau anda mempunyai pengetahuan tentang ini, semuanya akan menjadi mudah dan tidak lagi perlu memanggil mereka yang lebih pakar tentang bateri.

Berikutnya beberapa situasi yang biasa berlaku yang menunjukkan bahawa bateri kereta anda perlu ditukar yang baru. Namun, sebaiknya bawa kenderaan anda ke workshop atau kedai bateri untuk dapatkan jawapan yang tepat.

1. Lampu Kereta Jadi Malap

Apabila bateri kereta lemah tidak bermaya pastinya lampu kereta atau sebarang kenderaan akan menjadi malap secara tiba-tiba.

2. Enjin Kereta Sukar Dihidupkan

Ketika anda ingin menghidupkan kereta, anda akan dapati ia amat sukar dihidupkan walaupun dicuba beberapa kali sehingga mengeluarkan bunyi seperti cranking.

3. Terhasil Serbuk Putih di Terminal Bateri

Kemunculan serbuk putih di kawasan terminal bateri menunjukkan tanda-tanda bateri kereta anda akan kong. Jadi, sila ambil tindakan sebelum ia berlaku.

Kedai Bateri Kereta Near Me


cara jumper tak sampai setahun

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah bateri kereta kong di tengah jalan atau di mana saja serta kedai membaiki kereta atau sebarang kedai tiada di kawasan itu, jangan panik.

Sila tenangkan diri dan pastikan anda mempunyai talian internet pada telefon anda, kerana untuk mendapatkan petunjuk bagi mendapatkan bantuan atau bateri baru, anda boleh guna Google.

Taipkan saja pada laman carian Google dengan perkataan 'kedai bateri kereta near me' dan pastikan anda membuka lokasi anda di telefon. Dengan cara itu akan jadi lebih mudah.

Biasanya, Google akan detect di mana kedudukan anda dan seterusnya akan memberikan semua jawapan yang anda mahukan berpandukan lokasi yang sedang anda berada.

Setelah itu, semua kedai-kedai jual atau cas bateri kereta yang berdekatan dengan lokasi anda akan terpapar, ini termasuk dengan alamat dan nombor telefon untuk memudahkan anda menghubungi mereka.

Setelah mendapatkan kedai yang paling dekat dengan lokasi tersebut, anda boleh terus menghubungi mereka untuk mendapatkan sebarang bantuan yang berkaitan atau tukar bateri baru.

Punca Kenapa Bateri Kereta Cepat Kong

Video penerangan daripada channel Car Put berkaitan dengan tanda dan punca bateri kereta cepat kong samada ia kotor dan sebagainya.


Cara Hidupkan Kereta Bila Bateri Kong

Kami juga kongsikan video tutorial atau penerangan daripada channel YouTube Syahfary Ma yang menceritakan tentang cara start kereta apabila bateri kereta kong.


Tips Penjagaan Bateri Kereta

Berikut adalah perkongsian video tips penjagaan bateri kenderaan iaitu cara nak jaga bateri kereta agar bertahan lama daripada Channel YouTube Lelaki Ini.


Ada yang bertanya cas bateri kereta berapa lama? Untuk jangka masa pengecasan bateri biasanya berpandukan kepada kuasa bateri yang dimiliki oleh bateri tersebut.

Walau bagaimanapun, jalan terbaik untuk tahu tentang ini adalah bertanyakan kepada mereka yang lebih pakar tentang bateri kereta motor dan sebagainya.

Kesimpulan

Jika anda seorang pemilik kereta, adalah lebih baik anda mengambil tahu serba sedikit tentang penggunaan serta cara penjagaan bateri kereta dan juga beberapa bab lain termasuk enjin, minyak hitam dan sebagainya.

Ini kerana, sekiranya anda mempunyai pengetahuan tentang bateri kereta kong, sekurang-kurangnya apabila berdepan dengan masalah ini, anda dapat menyelesaikannya dengan mudah.

Semoga perkongsian berkaitan dengan masalah bateri kereta kong dan cara untuk start semula kereta yang tiba-tiba mati sukar dihidupkan berserta dengan masalah lain ini dapat membantu anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog