Cara Renew Road Tax Motor & Insurans Kereta Online

Cara renew roadtax kereta motor online

Untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan, mungkin tidak ramai yang tahu cara renew roadtax motor dan insurans kereta secara online di MyEG tanpa perlu ke JPJ atau ke pejabat pos.

Sebenarnya, untuk perbaharui road tax kereta dan motor atau insurans kenderaan, boleh dibuat dengan guna telefon yang mempunyai talian internet dan komputer sahaja dan tak perlu lagi keluar dari rumah.

Apa yang penting, anda perlu mempunyai akaun bank yang boleh membuat transaksi atas talian iaitu online banking untuk membuat pembayaran cukai jalan dan insurance tersebut.

Jangan tangguh lagi apabila roadtax motor telah mati dan insurans kenderaan anda telah expired. Sila perbaharui dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang denda atau kompaun yang dikenakan.

Kebiasaannya, apabila road tax kereta mati lebih setahun atau telah luput tarikh, begitu juga dengan motosikal atau kenderaan lain, anda akan menghadapi masalah besar.

Dan cukai jalan tidak dapat diperbaharui serta kenderaan anda perlu dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer iaitu Puspakom kerana tidak boleh renew road tax.

Walau bagaimanapun, anda wajib untuk memperbaharui cukai jalan untuk elakkan sebarang perkara yang tidak diingini akan berlaku. Sebagai contoh, kenderaan disaman oleh pihak JPJ atau berlaku kemalangan.

Malah dek kerana kemalangan tersebut kenderaan anda rosak teruk sehingga pemandu dan penumpang cedera tetapi cukai jalan telah mati, situasi ini menjadikan anda tidak boleh claim insurance.

Apabila perkara ini terjadi, ia juga diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah dengan memandu kenderaan yang tidak mempunyai road tax atau telah luput tarikhnya.

Cara Renew Roadtax Motor & Kereta Online


Cukai jalan dah luput dan nak perbaharui insurans kereta secara online, tapi tak tahu cara nak buat? Zaman sekarang, semua di hujung jari, mari saya tunjukkan caranya.

Untuk memperbaharui insurans kenderaan dan renew roadtax motor, anda boleh lakukan dengan download aplikasi khas untuk tujuan itu dan juga boleh dibuat melalui laman web MyEG yang dikongsikan di bawah.

Selain itu, anda boleh membuat perbandingan harga insurance kereta dan motor yang murah serta cara manakah yang paling mudah dari segi buat pembayaran dan pengeposan cukai jalan ke alamat rumah atau pejabat.

Laman MyEG Renew RoadTax

Perbaharui cukai jalan

Untuk perbaharui cukai jalan dan insurance kenderaan anda, keduanya boleh dibuat di https://www.myeg.com.my. Anda perlu daftar dahulu untuk mendapatkan akaun bagi memudahkan membuat bayaran.

Selain itu, dengan mempunyai akaun di MyEG, banyak perkara yang boleh anda buat melalui laman ini iaitu untuk semak saman, bayar saman, bayar zakat, renew lesen memandu dan banyak lagi.

Selepas mendaftar di MyEG, sila klik pada tab yang tertera logo JPJ, kemudian anda dibawa ke bahagian Menu Jabatan Pengangkutan Jalan yang menunjukkan berbagai servis yang ditawarkan iaitu:

  • Maklumat Kejara
  • Semak & Bayar Saman JPJ
  • Perbaharui Auto Insuran Kereta
  • Perbaharui Auto Insuran Motosikal
  • LDL Application
  • Road Tax Renewal
  • Driving License Renewal (CDL)

Sila klik pada bahagian Auto Insurance Renewal (Car) yang dikhaskan untuk insuran kereta dan bahagian Auto Insurance Renewal (Motorcycle) adalah untuk insuran motosikal anda.

Kaedah Memperbaharui Insurans Kereta


Cara renew insurans kereta murah

Untuk kereta jika selepas diklik, ia akan memaparkan laman compare.myeg.com.my iaitu Compare Insurance For The Lowest Price yang bermaksud buat perbandingan insurans dengan harga paling murah.

Kemudian, sila lihat perkataan yang tertulis Online Car Insurance & Takaful Renewal Services. Di bawahnya terdapat beberapa logo berserta perkataan Get A Quote untuk perbaharui insurans anda.

Antara syarikat-syarikat insurans yang terbesar di Malaysia yang boleh anda pilih adalah seperti berikut:

  • AIG (American International Group)
  • Zurich Takaful
  • Takaful Malaysia
  • RHB Insurance
  • Etiqa Takaful
  • Pacific & Orient Insurance Berhad
  • Berjaya Sompo Insurance

Selepas membuat pilihan company insurance yang anda mahu, seterusnya anda dibawa ke bahagian untuk memasukkan maklumat kereta seperti nombor pendaftaran kenderaan dan seterusnya.

Anda perlu mengisi semua maklumat yang diminta untuk mendapatkan harga insuran kenderaan anda dan setelah itu anda boleh buat perbandingan yang manakah paling murah dan sesuai.

Namun, untuk membuat pembaharuan roadtax dan insurance kenderaan anda secara online, ia tidak memerlukan sebarang dokumen untuk proses seterusnya. Hanya masukkan maklumat diri dan ic anda, itu saja.

Perbaharui Insurans Motor

Renew insurance kereta takaful malaysia

Selepas klik pada bahagian ini, anda akan dapati laman MyEG memaparkan perkataan Got Your Auto Insurance? Renew Your Road Tax Here dan P&O Motorcycle Insurance Renewal.

Isikan semua maklumat berkaitan motosikal anda termasuk maklumat pemilik motor serta semua maklumat lain yang diminta sehingga ke bahagian yang menunjukkan jumlah bayaran insurance.

Untuk insurans perlindungan motor lebih ringkas dan mudah memandangkan motosikal lebih kecil daripada kenderaan lain. Walau bagaimanapun, proses dan caranya hampir sama.

Baca : Cara Semak Pemilik Kenderaan

Perbaharui Cukai Jalan di MyEG

Untuk memperbaharui cukai jalan motor dan kereta di MyEG, sila klik pada tab Pembaharuan Cukai Jalan Kereta atau Motosikal seperti yang tertera di laman tersebut.

Seterusnya, masukkan semua informasi berkaitan dengan kenderaan anda termasuk maklumat diri sendiri atau pemilik kenderaan berkenaan dan tekan pada butang Proceed.

Selesai membuat pembayaran untuk road tax di MyEG, paparan seterusnya menunjukkan tentang kadar harga dan juga jangka masa penghantaran cukai jalan tersebut akan di hantar ke alamat rumah atau pejabat melalui pos.

Kebiasaannya, ia mengambil masa dua hari berkerja bagi kawasan Lembah Klang dan 2 hingga 5 hari berkerja bagi semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Untuk kos penghantaran road tax pula adalah mengikut harga yang anda mahukan, harga biasa adalah RM6 dan jika anda mahu segera untuk Lembah Klang sahaja harganya RM20 iaitu Priority Delivery.

Baca : Ringkasan Tentang Auto Loan Moratorium

Road Tax Check Delivery Status

Cara renew road tax motor online

Untuk buat semakan status penghantaran bagi semua cukai jalan yang dibeli menerusi laman MyEG, anda boleh semak di laman berikut: Check Delivery Status.

Selain daripada MyEG untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan, ada beberapa website lain yang turut mempunyai servis yang sama dengan menawarkan cara renew road tax dengan mudah. Antaranya seperti berikut:


Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak laman yang mudah untuk memperbaharui road tax dengan penghantaran yang lebih cepat adalah daripada Auto Road Tax, yang mana laman ini sangat bagus dari segi servis.


Saya katakan berdasarkan pengalaman saya sendiri dan tahun ini adalah tahun yang ketiga saya renew roadtax dan insurans kereta dengan cara melalui laman tersebut dan saya sangat berpuas hati.

Baca : Cara Semak Saman Polis dan JPJ

Kesimpulan

Sila pilih yang manakah sesuai untuk anda menerusi perbandingan harga insurans dan servis perbaharui roadtax yang anda suka dan bertepatan dengan kehendak sendiri.

Yang mana pun pilihan anda, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dengan tujuan yang sama iaitu untuk membantu semua pemilik kenderaan di Malaysia untuk perbaharui cukai jalan.

Semoga perkongsian cara renew roadtax motor dan kereta berserta dengan cara perbaharui insurans kenderaan ini akan dapat membantu dan memudahkan kerja anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog