Pasti ramai yang ingin nak tahu siapa nama pemilik kenderaan dengan tujuan tertentu, anda boleh buat semakan secara online check untuk mendapatkan status dan maklumat tersebut dengan menggunakan nombor pendaftaran (No Plat) sahaja melalui portal JPJ, laman web MyEG dan MyCar Info.
Cara untuk nak semak sangat mudah dengan hanya melayari salah satu portal berkenaan dan memasukkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut serta semua informasi berkaitan akan terpapar seterusnya anda boleh menyimpan samada di telefon atau komputer.
Table Of Contents
- Cara Semak Pemilik Kenderaan Online (Kereta)
- Semakan Melalui Portal MyEG
- Check Via My Car Info
- Semakan Maklumat Kenderaan
- Cara Check Owner Kereta
2 Cara Semak Pemilik Kenderaan Melalui No Plat
Portal MYEG
Untuk check siapakah owner kereta atau motosikal, lori dan sebagainya melalui laman MyEG, sila pastikan anda mempunyai nombor pendaftaran kenderaan yang nak disemak, seterusnya layari portal https://www.myeg.com.my
1. Jika anda pengguna baru dan belum mempunyai akaun di MyEG, sila buat pendaftaran dengan memasukkan id atau username berserta password yang diperlukan bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menyemak pemilik kenderaan.
2. Selepas mendaftar atau telah mempunyai akaun, sila log masuk ke bahagian login dan masukkan ID dan kata laluan. Kemudian klik pada Menu yang tertera iaitu PDRM > Summons Service > Enquiry/ Semak Pemilik Kenderaan.
3. Kemudian, sila isi maklumat yang diminta di ruangan yang disediakan iaitu:
- Vehicle Plate Type : Pilih untuk jenis kenderaan Malaysia atau Non Malaysia
- Vehicle Registration Number : Masukkan nombor plat kenderaan
4. Seterusnya masukkan Security Code seperti yang terpapar dan klik pada bahagian Check Summons. Selesai dan maklumat tentang tahun kenderaan tersebut akan terpapar secara lengkap.
Kemaskini : Sept 2022 - Untuk Semak Pemilik Kenderaan Secara Online dan No Pendaftaran di MyEG dan SMS TIADA lagi perkhidmatan tersebut. Sila guna kaedah yang kedua seperti di bawah.
Baca : Cara Check Geran Kereta Online
Website My Car Info
Untuk menyemak pemilik kenderaan menggunakan portal My Car Info hampir sama sahaja dengan MyEG yang mana ia tetap memerlukan maklumat kenderaan tersebut seperti yang dinyatakan di laman JPJ Malaysia.
1. Sila layari laman https://mycarinfo.com.my dan login ke dalam akaun dengan username dan password yang sedia ada. Jika belum buat sebarang pendaftaran. Sila daftar seperti biasa.
2. Apabila telah masuk ke dalam laman tersebut, sila klik pada Menu Services > i-Search dan paparan akan menunjukkan beberapa jenis pelan yang perlu anda pilihkan, klik saja pada Pelan Comperehensive.
3. Selepas itu anda akan dapati di bahagian Pelan Pembayaran dengan diberikan 1 Credit bernilai RM6 dan anda perlu buat pembayaran untuk terus menggunakan perkhidmatan tersebut.
4. Selepas dibayar, anda boleh terus gunakan i-Search tersebut dengan memasukkan semua butiran lengkap kenderaan seperi berikut:
- Vehicle Reg. No - Masukkan no plat
- Name - Masukkan nama anda
- Email - Masukkan email anda
- Confirm Email - Sila sah email tersebut
5. Kemudian, sila tick pada bahagian Terms & Conditions dan klik pula pada butang Enquiry. Maklumat kenderaan yang bernombor pendaftaran yang anda masukkan tadi akan terpapar secara lengkap dan keseluruhannya dapat dilihat melalui email anda yang dihantar oleh pihak My Car Info.
6. Untuk makluman anda, maklumat nombor polisi insurance, tarikh mula mendaftar insurans dan juga tarikh tamat insurans turut disertakan bersama yang mana ia dihantarkan ke alamat email anda.
Baca : Cara Renew Road Tax Kereta & Insurans Kereta Online
Semakan Maklumat Kenderaan
Terkadang ramai yang berdepan dengan pelbagai masalah secara tiba-tiba tanpa disangka dan memerlukan maklumat tentang pemilik kenderaan tertentu dengan kadar segera. Biasanya, antara situasi tersebut adalah seperti berikut:
- Untuk semak laporan kecurian
- Total lost kenderaan
- Semak % NCD kenderaan
- Semak harga semasa kenderaan
- Untuk cover note insurans
Cara Check Owner Kereta
Disebabkan perkara-perkara tersebut, seorang YouTuber daripada channel Dieja GR turut berkongsi bagaimana cara-cara untuk menyemak maklumat kenderaan daripada awal sehingga tamat, sila tonton dengan teliti sampai habis supaya anda faham dengan langkah demi langkah.
Kesimpulan
Selain dengan cara di atas yang dikongsikan untuk menyemak nama dan alamat tuan punya pemilik kenderaan, anda juga boleh mendapatkan semua maklumat tersebut melalui cover note yang mana ia boleh didapati dari syarikat insurans dengan syarat anda tahu nombor pendaftaran tersebut.
Diharap perkongsian cara check siapakah nama owner kereta atau semak pemilik kenderaan 2022 ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda yang berkaitan. Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya. - Bukit Besi Blog