Masalah geran kereta hilang sering berlaku kepada semua pemilik kenderaan termasuk mereka yang mempunyai motosikal. Apa yang perlu anda buat untuk dapatkan semula geran asal (original) dan salinan daripada JPJ? Samada ia telah rosak, tidak dapat dikesan kerana situasi tertentu seperti bencana alam iaitu banjir, kebakaran dan kecuaian sendiri, semestinya ada cara untuk mendapatkannya semula dengan mudah.
Walau bagaimanapun, pada zaman sekarang Sijil Pemilikan Kenderaan tidak diperlukan lagi untuk proses memperbaharui road tax dan insurans tetapi masalah akan menjadi lebih rumit apabila tiada geran original sekiranya pemilik kenderaan ingin menjual kereta atau berdepan dengan situasi tertentu yang amat memerlukan Vehicle Ownership Certificate (VOC) atau Register Card (RC) tersebut.
Sebenarnya, walau apa pun keadaan yang anda sedang hadapi, ada cara yang betul bagi mendapatkan geran kereta yang hilang, pemilik meninggal dunia atau yang sedang berada di bank disebabkan masalah tertentu seperti belum habis bayar atau selepas bayaran pinjaman kenderaan tamat dan langsai.
Table of Contents
- Cara Dapatkan Geran Kereta Hilang di JPJ
- Print Geran Kereta di Kiosk JPJ
- Cara Dapatkan Geran dari Bank
- Permohonan Geran Secara Online
Mungkin sesetengah pemandu kenderaan tertanya bagaimana cara nak dapatkan geran kereta yang belum habis bayar dengan bank, adakah boleh dan sebaliknya? Sebenarnya, jawapannya BOLEH asalkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan perlu memenuhi semua syarat seperti yang dikongsikan dalam artikel ini.
VOC boleh diambil dengan mudah tanpa perlu melangsaikan keseluruhan pinjaman kereta atau motosikal tetapi jika dah selesaikan pembayaran, itu juga lebih bagus. Anda perlukan dapatkan geran bagi tujuan tertentu dan sebaiknya dapatkanlah dengan segera untuk memudahkan semua urusan berkaitan.
Cara Dapatkan Geran Kereta & Motosikal di JPJ
Kehilangan dan kerosakkan geran kenderaan tentunya menjadi masalah besar, lebih-lebih yang original kerana anda perlu dapatkan semula biarpun ianya sekadar salinan. VOC juga umpama kad pengenalan yang amat penting bagi semua pemilik kenderaan. Berikut adalah panduan ringkas dan cara untuk dapatkan geran gantian daripada cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.
Permohonan Geran oleh Pemilik Asal
Ini adalah senarai semua dokumen yang diperlukan oleh semua pemilik kenderaan yang berdaftar untuk membuat permohonan bagi mendapatkan gantian geran kereta dan motosikal samada hilang atau mengalami kerosakan, sila pastikan dokumen tersebut lengkap:
- Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang perlu diisi
- Kad Pengenalan (MyKad) pemilik asal
- Surat kebenaran daripada bank atau institusi kewangan. (*)
- Bayaran kos yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ
Nota : * Surat ini diperlukan oleh pemilik motosikal jika mempunyai tuntutan hak milik kurang daripada jangka masa 2 tahun.
Baca : Cara Semak Pemilik Kenderaan Secara Online
Permohonan Oleh Waris dan Wakil Bagi Pihak Pemilik
Untuk makluman, selain pemilik asal yang berdaftar boleh membuat permohonan untuk pengeluaran salinan Sijil Pemilikan Kenderaan, ia juga boleh dilakukan oleh waris dan wakil seperti syarikat tertentu, pertubuhan dan juga pegawai agensi kerajaan yang telah diberikan kuasa sepenuhnya dengan syarat mempunyai dokumen-dokumen yang diperlukan.
Berikut adalah senarai penuh dokumen yang perlu disediakan dengan lengkap sekiranya ingin memohon salinan VOC original menggunakan wakil atau waris seperti yang dinyatakan di atas dan pastikan anda layak untuk membuat permohonan ini, jika tidak, ia akan dibatalkan serta merta.
Permohonan VOC Oleh Wakil
1. Borang Senarai Semak Salinan Geran.
2. Dua salinan Borang JPJ K17 yang lengkap.
3. Surat pengesahan yang rasmi samada daripada Agensi Kerajaan, Pertubuhan dan Syarikat tertentu.
4. Surat kebenaran daripada institusi kewangan atau bank yang mempunyai tuntutan hak milik kurangnya daripada dua tahun bagi pemilik motosikal sahaja.
5. Kos bayaran kepada JPJ
Permohonan VOC Oleh Waris
1. Borang Senarai Semak Salinan Geran.
2. Dua salinan Borang JPJ K17 yang lengkap.
3. Salinan MyKad kepunyaan pemilik berdaftar kenderaan.
4. Salinan kad pengenaan waris.
5. Surat sokongan dari pemilik yang menyatakan sebab mengapa pemilik berdaftar tidak dapat hadir atau mengapa perlu menggunakan waris bagi tujuan mendapatkan geran tersebut.
6. Dokumen yang membuktikan pemilik kenderaan mempunyai hubungan dengan waris yang diberi kuasa untuk buat permohonan.
7. Sekiranya pemilik atau owner kenderaan telah meninggal dunia, waris perlu menandatangan pada borang JPJ K7 seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Mahkamah atau Pesaka Kecil dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau pun Surat Probate (Grant of Probate) dari Amanah Raya Berhad.
8. Surat kebenaran daripada institusi kewangan atau bank yang mempunyai tuntutan hak milik kurangnya daripada dua tahun bagi pemilik motosikal sahaja.
9. Kos bayaran yang ditetap oleh pihak JPJ.
Berikut pula adalah senarai yang perlu anda siap sedia sebelum dan ketika berada di kaunter, pastikan semuanya sudah lengkap seterusnya bolehlah dapatkan VOC seperti yang anda mahukan.
- Kad pengenalan (IC MyKad)
- Semua dokumen-dokumen penting
- Isi borang JPJ K7 yang boleh didapati di kaunter
- Pastikan borang anda lengkap dengan semua maklumat
- Dapatkan nombor giliran
- Selepas dipanggil, sila serahkan borang
- Salinan geran asal akan diberikan selepas proses pengesahan berjaya
Walau bagaimanapun, kos bayaran untuk permohonan geran JPJ bagi geran kereta sebanyak RM50.00 manakala untuk geran motosikal pula lebih murah iaitu RM20.00 sahaja. Setelah dapat geran, sila pastikan nombor geran dan semua data adalah tepat berpandukan kepada nama dan nombor kad pengenalan pemilik kenderaan berkenaan.
Print Geran Kereta di Kiosk JPJ
Selain mendapatkan geran kereta dan motosikal melalui kaunter JPJ, lebih mudah sebenarnya menggunakannya di Kiosk JPJ sahaja kerana semuanya self service atau layan diri. Anda boleh ambilkan salinan geran di semua lokasi Kiosk JPJ di seluruh Malaysia. - Photo Credited To: Mahzuan Bin Mohmed
Walau apa pun masalah anda yang menyebabkan geran kereta telah hilang kerana banjir, kebakaran atau sebarang sebab tertentu, anda boleh dapatkan semula di kiosk dan caranya sangat mudah dan cepat tanpa perlu beratur panjang di mana-mana kaunter cawangan JPJ.
Anda boleh rujuk senarai lokasi perkhidmatan mesin layan diri di setiap negeri di semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Jangan lupa print geran kereta di kiosk JPJ dan sesetengah lokasi beroperasi 24 jam pada setiap hari.
Baca : Senarai Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan di Malaysia
Berikut adalah cara untuk dapatkan geran menggunakan kiosk yang ditunjukkan langkah demi langkah yang sangat mudah dengan syarat anda perlu mempunyai kad pengenalan original dan caranya seperti di bawah:
1. Di kiosk, masukkan kad pengenalan dan buat imbasan cap jari sebelah kanan.
2. Kemudian buat pilihan untuk Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
3. Semua maklumat yang berkait akan dipaparkan di screen untuk disemak.
4. Masukkan kad debit anda dan masukkan nombor pin untuk membuat pembayaran
5. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM50 untuk setiap satu geran kereta original.
6. Jika anda perlukan resit, anda boleh terus mencetak di kiosk tersebut.
Ambil Geran Kereta Hilang dari Bank
Bagi anda yang ingin ambil geran original daripada pihak bank, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank terdekat berdasarkan kepada pembayaran pinjaman kenderaan pada bank terbabit. Sebagai contoh, bayaran bulanan anda di Maybank, bermakna anda perlu ke cawangan Maybank.
Berikut adalah panduan ringkas untuk pemilik kenderaan yang ingin dapatkan geran asal dari bank. Pastikan anda dapat hadirkan diri di mana-mana cawangan bank tersebut.
1. Pergi ke cawangan bank yang meluluskan pinjaman kenderaan anda.
2. Isikan borang yang diperlukan dan boleh bertanya kepada petugas kaunter.
3. Serahkan kad pengenalan MyKad seperti yang diminta oleh pegawai bank.
4. Proses imbasan cap jari akan dibuat untuk pengesahan, selepas selesai anda akan diberikan geran original.
Permohonan Geran Kereta Online
Sekiranya anda hanya perlu ambil salinan geran untuk sebab tertentu seperti untuk membuat tuntutan insurans dalam kemalangan dan lain-lain. Anda tidak perlu pegi ke bank, sebaliknya sila telefon pada bank yang meluluskan pinjaman dan minta untuk dapatkan salinan geran secara dalam talian, itu sahaja.
Walau bagaimanapun, permohonan geran kereta secara online, proses pengesahan hak milik biasanya dilakukan menggunakan email, jika tiada sebarang masalah, anda akan dapat salinan voc dengan segera melalui email yang disertakan.
Akhir Kata
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan permohonan mendapatkan geran, anda boleh buat semakan semua syarat Pengeluaran Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan melalui portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Diharap perkongsian cara dapatkan geran kereta hilang yang asal atau pun salinan dari JPJ dan bank ini, sedikit sebanyak dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog