Senarai Lokasi Kiosk JPJ Seluruh Negeri di Malaysia

Kiosk JPJ

Dikongsikan maklumat lengkap senarai saluran perkhidmatan Self Service Kiosk JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) berserta alamat lokasi setiap daerah yang terdekat, nombor telefon dan waktu operasi urusniaga yang dijalankan.

Mesin kiosk LAYAN DIRI JPJ diperkenalkan adalah bertujuan bagi memudahkan semua pengguna yang ingin membuat sebarang jenis transaksi bayaran yang dibenarkan atau pertanyaan selain untuk berurusan dengan lebih cepat dan efisien.

Dengan adanya sistem ini, transaksi yang dapat dilakukan tidak lagi memerlukan apa-apa pengesahan daripada pegawai bertugas, tidak perlukan dokumen sokongan malahan ianya lebih pantas dapat dibuat dengan kadar segera hanya dihujung jari sahaja walaupun untuk dapatkan geran kenderaan dan renew lesen.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Cetakan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  • Semakan dan Bayaran Saman JPJ
  • Pertanyaan Maklumat Lesen Memandu
  • Berkaitan Info Insurans Kenderaan
  • Pembaharuan Driving License
  • Cetakan Sijil Pemilikan Kenderaan (Print VOC)

Sebelum anda menggunakan perkhidmatan kiosk tersebut, sila pastikan anda bawa bersama kad pengenalan diri iaitu MyKAD bagi warganegara Malaysia atau MyPR untuk anda yang memegang status sebagai penduduk tetap.

Penggunaan mesin layan diri ini sememangnya sangat banyak faedah dan kebaikan yang diperolehi oleh pelanggan yang mempunyai urusan penting selain dapat menjimatkan masa, antaranya adalah seperti berikut:

  • Urusniaga tanpa sijil pendaftaran kenderaan
  • Tiada bayaran tambahan dikenakan
  • Tiada lagi nombor giliran
  • Urusniaga tanpa orang tengah
  • Tak perlu pergi ke kaunter JPJ

Senarai Lokasi e-Services Kiosk JPJ Seluruh Malaysia


Lokasi mesin geran renew lesen e-services kiosk JPJ near me

Berikut adalah senarai e-khidmat Kiosk JPJ yang terdapat di beberapa lokasi setiap negeri yang dibahagikan kepada daerah dan kawasan berpandukan kepada alamat dan koordinat setiap cawangan yang boleh anda kunjungi berserta nombor telefon yang disediakan dalam pautan di bawah:

KUALA LUMPUR

Wangsa Maju
Lot 14264,
53300, Setapak, KL.

Cheras
1, Jalan Sri Permaisuri 8,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur.

UTC Pudu
T2-5, Pudu Sentral,
50250 Kuala Lumpur.

UTC Sentul
T3-05,
Kompleks Perniagaan dan Komuniti,
Jalan 2/48A,
Bandar Baru Sentul,
51000 Kuala Lumpur.

UTC Keramat
Mini UTC Keramat,
Keramat Mall,
Jalan Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur.

SELANGOR

Shah Alam
Jalan Padang Jawa,
40620 Shah Alam,
Selangor.

Bangi
Lot 139 Jalan 7/7C,
Seksyen 7, 43650,
Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Banting
No 1 , Jalan Cempakasari 2,
42700 Banting,
Selangor.

Petaling Jaya
Jalan Sultan, 46620,
Petaling Jaya, Selangor.

PUTRAJAYA

Bangunan Galeria
Unit 11,
Aras Bawah Bangunan Komersil PJH,
Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100, Putrajaya.

Bangunan MOT
Kementerian Pengangkutan Malaysia,
No. 26, Jalan Tun Hussein,
Presint 4, 62100, Putrajaya.

JOHOR

Johor Bahru
Kompleks JPJ, Karung Berkunci,
714, Jalan Kencana Mas 1,
Kawasan Perindustrian Tebrau,
81100 Johor Bahru, Johor.

Kluang
KM 10, Jalan Air Hitam-Kluang,
86000 Kluang, Johor.

Batu Pahat
KM 11, Jalan Kluang Sri Gading,
83300 Batu Pahat, Johor.

Muar
Jalan Sungai Abong,
84009 Muar, Johor.

UTC Johor
L3-UTC-18 Galleria @ Kotaraya,
Jalan Trus, 80000,
Johor Bahru, Johor.

KIOSK JPJ NEGERI SEMBILAN

Seremban
KM. 5.5, Jalan Seremban – Tampin,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan.

KIOSK JPJ MELAKA

Melaka Tengah
Kompleks JPJ,
75990 Melaka Tengah,
Melaka.

UTC Melaka
Tingkat 2, Wisma UTC,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.

PERAK

Ipoh
Jalan Kompleks Sukan,
30620 Ipoh, Perak.

Taiping
Jalan Kg. Dew,
34700 Simpang, Taiping,
Perak.

Manjung
Jalan Dato Seri Kamarudin,
32040 Seri Manjung,
Perak.

UTC Ipoh
Off Jalan Dato’ Onn Jaafar,
30300 Ipoh, Perak.

KEDAH

Alor Setar
Jalan Suka Menanti,
05150 Alor Setar,
Kedah.

Sungai Petani
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Cawangan Sungai Petani, KM 6,
Jalan Kuala Ketil,
08000 Sungai Petani,
Kedah.

Kulim
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Cawangan Kulim, Lot 301,
Jalan Sungai Ular,
09000 Kulim, Kedah.

UTC Sg. Petani
Aras 2, UTC Sungai Petani,
Jalan Petri, 08000,
Sungai Petani, Kedah.

PULAU PINANG

Seberang Prai
Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Perai,
Penang.

Tanjung / George Town
Jalan Sultan Azlan Shah,
10510 Pulau Pinang.

PERLIS

Arau
Jalan Jejawi Permatang,
02600 Arau, Perlis.

KIOSK JPJ PAHANG

Kuantan
Kompleks JPJ,
Jalan IM 14/10,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.

Raub
Km. 4, Jalan Cheroh,
27600 Raub, Pahang.

Temerloh
Taman Perindustrian Temerloh,
28400 Mentakab, Pahang.

Bentong
Taman Datuk Shah Bandar Hussin,
28700 Bentong, Pahang.

UTC Pahang
2-19, Bangunan UTC Pahang,
Jalan Stadium,
25200 Kuantan, Pahang.

Operating Hours 9.00AM - 5.00PM

KELANTAN

Kota Bharu
Taman JPJ Panji,
16100 Kota Bahru,
Kelantan.

KIOSK JPJ TERENGGANU

Kuala Terengganu
Jalan Kemajuan, Bukit Kecil,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu.

KIOSK JPJ SABAH

Kota Kinabalu
Jalan Bundusan Penampang,
Beg Berkunci 2013,
88998 Kota Kinabalu,
Sabah.

Sandakan
Jalan Airport,
Off Jalan Tentera,
Peti Surat 1457,
90716 Sandakan, Sabah.

Tawau
Jalan Tengku Osman,
Peti Surat 944,
91008 Tawau, Sabah.

Labuan
Jalan Kampung,
Peti Surat 82153,
Wilayah Persekutuan Labuan.

SARAWAK

Kuching
Kompleks JPJ (HQ),
Lot 200, KM 18.5,
Jalan Kuching - Serian,
93250 Kuching,
Sarawak.

Sibu
Lot 823, Batu 4 1/2,
Jalan Oya, 96000,
Sibu, Sarawak.

Miri
Km. 6 Jalan Miri - Bintulu,
98000 Miri, Sarawak.


Baca : Cara Renew Road Tax Motor & Insurans Kereta Online

Contoh Transaksi Pembaharuan Lesen


Berikut adalah cara mudah guna mesin kiosk JPJ layan diri untuk pembaharuan lesen kenderaan motor atau cukai jalan, pastikan insurans anda telah diperbaharui dan sah untuk penggunaan bagi tempoh yang diperlukan.

1. Sentuh skrin untuk mulakan transaksi di kiosk tersebut (Touch Screen To Begin).

2. Pilih BAHASA yang anda mahukan iaitu Bahasa Melayu atau English.

3. Pilihkan TRANSAKSI yang dikehendaki seperti renew road tax, geran dan lain-lain.

4. Masukan kad pengenalan MyKad atau ID Portal.

5. Pilihkan PEMBAHARUAN dan masukkan maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran atau no plat.

6. Pastikan anda pilihkan TEMPOH PEMBAHARUAN kemudian masukkan kad kredit atau kad debit.

7. Langkah terakhir, ambilkan cukai jalan yang telah siap dicetak di mesin tersebut, selesai.

Kaedah Pembayaran Yang Diterima

  • Kad kredit - Master, Visa dan American Express (Had bayaran adalah RM300 setiap satu transaksi)
  • Kad Debit - Kad yang mempunyai logo MEPS dan BANK CARD (Had bayaran adalah had yang ditetapkan oleh pemilik kad atau bank)

Baca : 4 Cara Mudah Untuk Dapatkan Geran Kereta dan Motor Segera

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan JPJ atau ingin membuat aduan, sila hubungi pihak berkenaan melalui beberapa kaedah yang dikongsikan di bawah serta anda juga boleh terus pergi ke setiap cawangan berdekatan atau ke ibu pejabat:


Akhir Kata

Diharap perkongsian senarai lokasi mesin e-Khidmat kiosk JPJ ini dapat membantu serta memudahkan semua urusan anda yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog