Cara Solat Jenazah Ringkas Lelaki & Perempuan

Solat jenazah

Sebagai seorang lelaki dan perempuan dewasa, anda wajib belajar cara mengerjakan solat jenazah dengan betul serta perlu tahu hukum, kedudukan, lafaz niat dan doa secara keseluruhan dalam ibadah ini.

Kerana setiap daripada kita pasti akan berdepan dengan ahli keluarga yang meninggal dunia. Apabila ia berlaku kita mungkin di antara yang harus mendirikannya.

Jika anda seorang wanita, perlu juga mengambil tahu tentang cara solat jenazah ini serba sedikit dari segi hukum, pengertian, niat, doa, sembahyang sendiri, cara ghaib dan sebagainya.

Ini kerana pada satu masa nanti anda boleh mengajarkan kepada mereka yang mahu belajar seperti anak lelaki anda nanti, adik-beradik atau sesiapa saja.

Mahu atau tidak, pemergian seseorang yang kita sayangi seperti ayah atau ibu yang meninggal dunia, perlu kita redhai dan ingatlah ajal dan maut itu Allah yang menentukan.

Maka, ia perlu dilakukan oleh orang yang masih hidup untuk mereka yang telah pergi mendahului kita supaya semua dosanya diampunkan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah kepada orang masih lagi bernafas kecuali orang yang mati syahid. Oleh itu, pelajarilah bagaimana ia ditunaikan dengan betul.

Ia bermaksud adalah wajib bagi semua umat Islam untuk mendirikan solat untuk si mati dan apabila ada orang Islam yang melakukannya, kewajipan umat Islam lain telah selesai.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita boleh mengharapkan orang lain saja yang menunaikan solat ini. Jika tiada yang mendirikannya, ia jatuh dosa kepada semua.

Menurut kata Imam Syafie, wali diberi keutamaan iaitu aula jika dibandingkan dengan seorang pemerintah. Dimulai dengan bapa, datuk dan ke atas, anak-anak lelaki, cucu-cucu lelaki yang ke bawah dan seterusnya.

Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah


Di sini dikongsikan panduan dan cara solat jenazah lengkap termasuk bacaan doa ringkas, lafaz niat dan tatacara mengerjakannya dengan betul.

Cara solat jenazah lelaki wanita

Ia termasuk dengan tertib yang tepat serta doa yang agak panjang diikuti dengan panduan bacaan dalam tulisan jawi berserta makna dan dalam rumi Bahasa Melayu.

Seperti yang kita ketahui, solat seperti ini sangat berbeza daripada solat-solat lain, di mana ia tidak mempunyai rukuk dan sujud serta didirikan dalam keadaan berdiri dengan 4 kali takbir.

Waktu menunaikan solat ini adalah pada bila-bila masa sahaja malahan ia tidak berdosa atau tidak makruh jika dikerjakan pada waktu yang dilarang mengerjakan solat.

Walau bagaimanapun, solat jenazah adalah solat yang mempunyai sebab dan hukum menjadi makruh sekiranya jika dilambatkan sehingga sampai ke waktu-waktu ditegah untuk bersolat

Disebabkan itulah, sekiranya ada kematian dan jenazahnya harus segera dikebumikan secepat yang mungkin mengikut tempat, masa dan keadaan.

Kedudukan Jenazah dan Imam

Sebelum solat ini didirikan, jenazah harus diletakkan di hadapan Imam dalam kedudukan melintang menghadap ke kiblat dan sekiranya jenazah ramai, kedudukan jenazah seperti berikut:

  • Jenazah Lelaki Dewasa
  • Jenazah Kanak-kanak Lelaki
  • Jenazah Wanita Dewasa
  • Jenazah Kanak-kanak Perempuan

Kedudukan jenazah perlu diletakkan dengan betul mengikut turutan sekiranya hendak dikerjakan secara beramai-ramai mengikut baris atau beberapa baris.

Namun, ianya lebih afdhal sekiranya solat ini dikerjakan secara berasingan mengikut turutan mayat yang paling dimuliakan sepanjang hidupnya di dunia.

Manakala sunat dari segi hukum untuk dikerjakan secara ramai solat jenazah serentak seperti yang dinyatakan oleh kesepakatan Imam-imam mazhab.

Untuk kedudukan seorang Imam sewaktu mengerjakan solat jenazah dengan betul adalah seperti berikut:

Kedudukan Jenazah Lelaki

  • Kepala jenazah lelaki perlu diletakkan di sebelah kiri kedudukan Imam.
  • Imam pula perlu berdiri di sebelah kepala atau bahagian dada jenazah.

Kedudukan Jenazah Perempuan

  • Bahagian kepala jenazah perempuan diletakkan pada sebelah kanan Imam.
  • Imam perlu berdiri di bahagian pinggang jenazah perempuan.

Kedudukan mayat

Kedudukan jenazah yang dikongsikan di atas adalah tepat seperti yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar melalui kitab Tuhfah Al-Muhtaj.

Berkaitan dengan saf pula, adalah disunatkan untuk menjadikan tiga saf yang mempunyai sekurang-kurangnya dua orang untuk setiap saf yang dibentuk.

Baca : Kelebihan Solat Berjemaah di Masjid dan Rumah

Rukun Solat Jenazah

Tiada laungan azan atau iqamat sekiranya menunaikan solat begini dan ternyata ia berbeza dari solat lain dengan dilakukan sambil berdiri diikuti dengan 4 takbir tanpa rukuk dan sujud.

Manakala untuk rukun solat bagi jenazah yang perlu semua umat Islam ketahui adalah seperti berikut:

  • Niat pada takbiratul ihram
  • Berdiri sewaktu mengerjakan solat bagi yang mampu
  • Angkat empat kali takbir dan takbiratul ihram
  • Membaca Surah Al-Fatihah setelah takbir yang pertama
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas takbir yang kedua
  • Membaca doa solat jenazah selepas takbir yang ketiga
  • Memberikan salam yang pertama setelah selesai takbir yang keempat

Cara Menunaikan Solat Jenazah

Cara untuk mendirikan solat ini tersangat mudah dengan dimulai sambil berdiri dalam keadaan tegak bertentangan dengan jenazah dan seterus mulakan dengan:

1. Melafazkan Niat dan Takbir Pertama

Semua jemaah yang ingin kerjakan solat untuk si mati adalah WAJIB lafaz niat untuk menunaikan solat jenazah kerana Allah SWT.

Berikut adalah bacaan lafaz niat solat bagi jenazah lelaki dan perempuan:

Lafaz Niat Untuk Jenazah Lelaki

Doa jenazah lelaki dan perempuan

Lafaz Niat Untuk Jenazah Wanita

Lafaz niat

Dengan lafaz tersebut yang diucapkan Haadzal Mayyiti bermaksud untuk jenazah lelaki, manakala, Haadzihi Mayyitati untuk jenazah kaum wanita.

Penggunaan ayat ini adalah untuk menentukan jantina jenazah yang akan disolatkan yang mana ia dapat dibezakan melalui doa yang dikongsikan dalam gambar-gambar di atas.

Diingatkan, penggunaan Imam dan Makmum adalah berbeza, sekiranya anda mengikut solat jenazah perlu dibacakan sebagai Makmum dan begitu juga Imam.

Walau bagaimanapun, sebarang solat yang dikerjakan sekiranya tiada niat dibaca termasuk solat jenazah, maka solat itu tidak sah sama sekali.

Niat solat seperti ini adalah sama dengan lafaz niat solat yang lain di mana kita harus melafazkan atau mengucapkan di dalam hati.

Di sini dikongsikan juga niat cara solat jenazah untuk si mati kanak-kanak lelaki dan juga kanak-kanak perempuan yang boleh anda bacakan seperti gambar berikut:

Lafaz Niat Jenazah Kanak-kanak Lelaki

Kanak-kanak

Lafaz Niat Jenazah Kanak-kanak Perempuan

Hukum

Selepas melafazkan niat seperti dalam gambar di atas, anda perlu bertakbir dengan takbiratul ihram yang pertama yang wajib disertakan dengan niat.

Bacaan dalam solat

2. Bacaan Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah harus dibacakan sehingga ke akhir ayat selepas takbiratul ihram yang pertama. Berikut adalah Surah Al-Fatihah rumi dan jawi untuk tatapan semua.

Surah Al-Fatihah

Orang dewasa

Terjemahan Al-Fatihah Rumi

Doa jenazah rumi

Dalam solat jenazah ketika membaca Surah Al-Fatihah anda tidak perlu memulainya dengan bacaan iftitah serta bacaan-bacaan surah pendek yang lain.

3. Selawat Ke Atas Nabi SAW

Setelah selesai takbiratul ihram yang kedua, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW perlu dilafazkan serta merta iaitu seperti berikut:

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

Panduan lengkap

Selawat Nabi Rumi

Sembahyang kaifiat ghaib

Setelah selesai berselawat, anda perlu mengangkat takbir yang ketiga iaitu Allahu Akhbar.

4. Membaca Doa Untuk Jenazah

Apabila selesai takbiratul ihram ketiga, doa untuk jenazah perlu dibacakan. Di bahagian ini adalah yang terpenting yang mana ini adalah tujuan kita solatkan jenazah tersebut.

Mendoakan kebaikan untuk si mati adalah wajib agar semuanya dikurniakan perkara yang baik-baik kepada jenazah tersebut. Doa untuk jenazah yang ringkas seperti di bawah:

Doa ringkas ini dikongsikan dengan dua tujuan iaitu untuk jenazah lelaki dan perempuan seperti yang dilabelkan untuk lelaki dan wanita.

Doa Untuk Jenazah Lelaki

Allahummaghfirlahu

Doa Untuk Jenazah Perempuan

Untuk wanita

Sekiranya anda ingin membaca doa untuk jenazah yang lengkap dan penuh iaitu dalam versi panjang, sila lihat doa yang dikongsikan di bawah:

Doa Lengkap Jenazah Lelaki

Shalat

Doa Lengkap Jenazah Perempuan

Ibu dan ayah

Apabila selesai membacakan doa ini, langkah seterusnya adalah angkat takbirahtul ihram yang keempat.

5. Doa Sampingan Untuk Jenazah

Selepas takbir yang keempat, memberi salam adalah langkah terakhir. Walau bagaimanapun, sebelum memberi salam, anda boleh diam seketika dan ia dibolehkan.

Namun, perlu diingatkan, niat dan tujuan asal solat jenazah yang kita dirikan adalah bertujuan untuk mendoakan jenazah tersebut yang telah meninggal dunia.

Jadi, amat disarankan sekiranya kita terus menerus mendoakan untuk si mati selepas selesai mengangkat takbir yang keempat ini.

Semua doa-doa untuk jenazah yang dikongsikan boleh dibaca dalam bentuk ayat yang ringkas dan mudah. Namun, sekiranya anda membacanya dengan lengkap, ia lebih baik dan afdhal.

6. Memberi Salam

Tatacara

7. Bacaan Surah Selepas Salam

Apabila selepas memberikan salam, anda digalakkan untuk membaca semua surah-surah yang dikongsikan di bawah:

  • Surah Al-Fatihah - sekali
  • Surah An-Nas - sekali
  • Surah Al-Falaq - sekali
  • Surah Al-Ikhlas - tiga kali
  • Surah Al-Baqarah - ayat 1 - 5
  • Ayat Kursi - sekali
  • Bacaan doa-doa lain yang sesuai

Selain itu, kami juga kongsikan video cara solat jenazah yang pendek yang diajarkan oleh ustaz yang lebih arif tentang ini bagaimana beliau mengajar cara-caranya dengan tepat.


Semoga perkongsian cara-cara solat jenazah lelaki dan perempuan berserta dengan doa, lafaz niat dan bagaimana untuk mengerjakannya ini dapat memberikan sedikit ilmu kepada anda semua. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog