Kelebihan Solat Berjemaah di Masjid & Surau (Suami Isteri)

kelebihan solat berjemaah

Menunaikan solat adalah ibadah wajib bagi semua umat Islam di dunia ini. Sembahyang fardhu pula adalah lebih baik jika dilakukan secara berjamaah malah keistimewaan dan kelebihan solat berjemaah sangat besar.

Solat lima waktu adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima yang mana setiap orang Islam wajib mendirikannya. Jika meninggalkan solat bermakna kita telah melanggar perintah Allah.

Solat bersendirian pula tidak sehebat dengan solat secara beramai-ramai kerana solat berjemaah mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan yang disediakan oleh Allah SWT.

Solat jemaah adalah solat yang dilakukan dengan mempunyai sekurang-kurangnya dua orang iaitu seorang imam dan seorang lagi adalah makmum. Sekiranya semakin ramai jemaah maka semakin besarlah pahala berganda.

Kelebihan Solat Berjemaah


hadis kelebihan-solat-berjemaah

Antara amalan-amalan yang Allah telah janjikan pahala berganda kepada semua umatNya yang mendirikan solat secara berjemaah sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW:

hukum solat-berjemaah di masjid

Mendirikan solat berjemaah di masjid atau surau bagi kaum lelaki adalah satu perkara yang sangat-sangat dituntut oleh hukum syarak dan dalam Islam itu sendiri.

Ini dapat dilihat dengan jelas seperti yang diterangkan dalam kebanyakkan hadis berserta dengan nas yang amat mengalakkan ibadah tersebut seperti sabda Nabi SAW:

hukum-solat-berjemaah bagi lelaki

Ganjaran pahala yang amat besar dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita jika menunaikan solat berjemaah, berikutnya adalah beberapa kelebihan solat jemaah yang perlu diketahui.

  • Terlepas dari seksa api neraka dan dari jadi orang munafik
  • Dihapuskan dosa dan ditinggikan darjat
  • Pahala seperti menunaikan Haji
  • Diampunkan dosa-dosanya
  • Diberikan hidangan ketika dalam Syurga Allah
  • Dikurniakan Syurga yang indah
  • Allah menyukai orang yang ke masjid
  • Pahalanya umpama solat dan menghidupkan separuh malam
  • Teramat besar kelebihannya
  • Jemaah yang ramai amat disukai Allah
  • Menunggu solat seperti telah mengerjakannya

1. Terlepas Dari Api Neraka dan Dari Jadi Orang Munafik

Sesiapa sahaja yang dapat berjemaah dengan imam bermula daripada takbir yang pertama selama 40 hari pasti dia akan terlepas daripada seksa api neraka serta dari jadi orang munafik.

Sabda Nabi Muhammad SAW menyatakan perkara berikut:

hukum-solat-berjemaah-bagi wanita

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa sesiapa yang dapat menunaikan solat secara berjemaah bersama-sama dengan imam sejak dari mula takbir sehingga akhir solat selama 40 hari.

Dan ianya dilakukan hanya semata-mata kerana Allah SWT, pastinya orang itu akan terselamat daripada 2 perkara iaitu akan terselamat daripada seksaan api neraka dan dari jadi orang yang munafik.

Oleh itu, marilah kita semua memujuk diri kita sendiri serta berusaha dengan penuh ikhlas hati untuk mengerjakan solat jemaah untuk dapat kelebihan ini.

2. Menghapuskan Dosa dan Tinggi Darjatnya

Antara kelebihan solat berjemaah adalah dapat menghapuskan semua dosa dan ditinggikan darjat pada mereka yang mendirikannya seperti dinyatakan dalam hadis berikut:

hukum-solat-berjemaah-di rumah

Jelas dan terang dalam hadis ini yang menunjukkan betapa banyaknya kelebihan setiap langkah kita ke masjid serta kelebihan menanti satu solat selepas menunaikan satu solat.

Ini sekaligus menunjukkan kelebihan solat berjemaah. Dalam nas yang lain Rasulullah turut menegah para sahabatnya yang ingin berpindah ke tempat yang berdekatan dengan masjid dengan tinggalkan rumah yang lama.

kebaikan solat-berjemaah bersama keluarga

manfaat bersolat jamaah

Ya, setiap kali kita melangkah untuk pergi ke masjid atau surau kerana ingin berjemaah, setiap kali itulah pahala yang kita dapat dari Allah SWT.

3. Pahala Sama Seperti Mengerjakan Haji

Orang yang keluar daripada rumah hanya kerana untuk bersolat jemaah akan mendapat pahala berganda dari Allah SWT umpama pahala orang yang menunaikan haji di Mekah.

Sabda Nabi SAW:

solat jemaah

4. Diampunkan Dosa

Orang yang solat jemaah pastinya Allah akan mengampunkan semua dosanya. Berikut adalah sabda Rasulullah SAW mengenai perkara ini:

hadis solat jemaah

5. Dapat Perlindungan Dari Allah SWT

Orang yang seringkali mendirikan sembahyang secara berjemaah di masjid akan mendapat perlindungan dari Allah SWT ketika Hari Kiamat nanti.

kelebihan berjemaah

sembahyang berjamaah

Orang yang sentiasa hatinya mengingatkan tentang masjid adalah orang yang sering mendirikan solat jemaah pada setiap waktu dan ketika.

Apabila beliau ingin meninggalkan atau keluar daripada masjid, hatinya selalu akan ingat dan berniat akan datang semula ke masjid untuk mengerjakan solat berjemaah,

Pastinya orang seperti ini akan dapat perlindungan daripada Allah SWT ketika di hari kiamat nanti yang mana ketika itu tiada sebarang perlindungan hanyalah dari Allah SWT,

Kelebihan solat jemaah yang ini adalah sangat besar kepada sesiapa sahaja yang seringkali mengerjakan solat fardhu dengan berjemaah di masjid.

6. Dapat Hidangan Dalam Syurga

Orang yang mendirikan solat jemaah di masjid tentunya Allah akan menyediakan kepadanya hidangan di alam syurga setiap kali dia pergi dan pulang.

Sabda Nabi SAW:

jamaah masjid

7. Syurga Yang Indah

Allah telah menjaminkan syurga yang indah untuk orang yang sentiasa pergi sembahyang secara berjemaah di masjid.

berjemaah suami isteri

kebaikan solat bersama keluarga

Antara yang terdapat dalam hadis yang dinyatakan di atas adalah jaminan dari Allah SWT bahawa sesiapa saja yang pergi ke masjid untuk berjemaah, syurga adalah untuknya.

Baca : Cara Solat Jenazah Ringkas dan Padat

8. Diberi Cahaya Pada Hari Kiamat

Orang yang selalunya pergi ke masjid dalam keadaan waktu yang gelap dan pekat, orang itu akan mendapat cahaya yang terang sepenuhnya ketika pada Hari Kiamat.

Sabda Nabi:

kelebihan solat saf pertama

Melalui hadis ini, Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan tentang kelebihan orang yang berjalan kaki dalam waktu gelap untuk pergi ke masjid.

Mereka semua pastinya akan mendapat cahaya yang terang benderang dengan sepenuhnya ketika pada Hari Kiamat.

9. Allah Suka Orang Pergi Ke Masjid

Sesungguhnya Allah sangat gembira kepada semua orang yang bersedia untuk pergi ke masjid dengan tujuan mendirikan solat serta zikir.

sembahyang bersama family

10. Pahala Seperti Solat dan Hidupkan Seluruh Malam

Orang solat subuh secara berjemaah diumpamakan orang tersebut telah menunai sembahyang sunat pada seluruh malam.

Manakala orang yang solat isyak berjamaah seolah-olah ia telah menghidupkan separuh malam. Berikut sabda Nabi Muhammad SAW:

rumah Allah

11. Kelebihan Yang Sangat Besar

Sesiapa atau jemaah yang sering datang awal ke masjid dan mendapat saf yang pertama, akan mempunyai kelebihan yang sangat besar seperti sabda Nabi SAW:

sabda rasulullah

Antara kandungan yang terdapat pada nas di atas adalah menjelaskan tentang kelebihan yang terdapat pada laungan azan, saf pertama serta datang lebih awal ke masjid.

12. Jemaah Ramai Lebih Disukai Allah

Sekiranya ketika solat fardhu dilakukan dengan lebih ramai jemaah, ia amatlah disukai oleh Allah SWT seperti sabda Nabi SAW:

jemaah perempuan

jemaah kanak-kanak

Dalam hadis yang diterangkan di atas dan telah disebut oleh Rasulullah SAW adalah Allah lebih menyukai kepada jemaah yang solat dengan ramai secara berjemaah.

Baca : 10 Kesilapan Dalam Solat Tanpa Kita Sedar

13. Menunggu Umpama Telah Mengerjakan Solat

Sesiapa sahaja yang menunggu waktu solat untuk menunaikannya secara berjemaah, dikira seperti telah mendirikan solatnya. Sabda Rasulullah SAW:

kemanisan solat beramai-ramai

Dalam hadis yang ketiga belas jelas menunjukkan bahawa apabila seseorang yang menunggu di atas sejadahnya atau di tempat solatnya untuk berjemaah solat fardhu, ia dikira telah kerjakan solat.

Malahan orang tersebut juga akan didoakan oleh para malaikat untuk kebaikan individu tersebut. Itulah kelebihan yang diterangkan dalam hadis ini.

Kemanisan dan Keistimewaan Berjemaah

Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Wan Mohamad Amzar Fitri bin Wan Mohd Azlan iaitu Naqib Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur berkaitan dengan manfaat dan keistimewaan solat berjemaah.


Kesimpulan

Sebenarnya, terlalu banyak kelebihan solat secara berjemaah yang Allah berikan kepada semua hambaNya, namun yang dikongsikan adalah hanya beberapa seperti yang disebutkan oleh Masjid Al-Istiqamah Sungai Merab.

Oleh itu, setelah kita mengetahui betapa banyaknya kelebihan solat secara berjemaah berserta kebaikannya, usahlah lagi kita melengahkan solat berjamaah di masjid atau rumah.

Marilah bersama-sama kita mengimarahkan rumah Allah di mana tempat yang adanya laungan azan untuk solat fardhu lima waktu sama ada di masjid, surau dan sebagainya.

Semoga perkongsian tentang kebaikan dan kelebihan solat berjemaah ini akan dapat membuka pintu hati anda untuk menunaikan kewajipan solat bersama masyarakat, suami isteri dan keluarga.

Insya Allah sekiranya kita sentiasa solat secara berjemaah pasti kemanisan dan keindahannya akan dapat kita rasai nanti. Sama-samalah kita berdoa. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada anda semua. - Bukit Besi Blog