Makanan Kucing Terbaik Untuk Bulu dan Gemuk (Murah & Premium)

Makanan kucing terbaik

Anda inginkan kucing anda sihat, gemuk, gebu, bulu lebat dan comel tetapi tak tahu apakah jenama dan makanan paling terbaik untuknya dari segi zat, protein dan khasiat? Mudah saja, ambil tahu tentang ini pasti selesai masalah.

Sebenarnya, banyak cat food yang bagus di dunia yang boleh didapati sama ada secara online atau di mana-mana kedai atau pasaraya di Malaysia. Yang pastinya ia banyak dijual.

Apa yang perlu anda tahu adalah setiap kali ingin membeli makanan yang terbagus untuk si bulus anda, pastikan anda melihat jenama serta jangan lupa membaca label pada paket atau tin makanan tersebut.

Selain itu, bertanya kepada doktor haiwan adalah wajib untuk mengetahui jenis makanan yang bagus dan sesuai untuk kucing dari segi bulu gugur, penyakit dan sebagainya yang berkait.

Terkadang, sekiranya kucing tersalah makan makanan yang tidak sesuai, ini akan mengakibatkan bermacam masalah seperti penyakit batu karang, sakit perut, keguguran bulu dan lain-lain.

Oleh itu, sebagai rujukan dengan bertanyakan kepada mereka yang lebih arif tentang ini terutamanya veterinar atau pekerja yang berkerja di klinik haiwan dan Pet Shop.

Senarai Makanan Kucing Terbaik Murah dan Premium


Makanan kucing yang bagus

Berikut dikongsikan beberapa jenama makanan kucing premium yang terbaik yang boleh anda berikan kepada si bulus supaya ia lebih sihat dan bertambah gemuk dan ceria.

  • Equilibrio
  • Royal Canin
  • Greens
  • Power Cat
  • Pro Diet
  • Blackwood
  • Mia Michel
  • Misha
  • Whiskas
  • Mcbeal
  • Friskies
  • Smart Heart
  • Old Fisherman
  • Fancy Feast Royale
  • Cindy Recipe
  • Reflex
  • My Meow
  • Brit Premium
  • Vita Plus
  • Love Cat
  • Belif Smart Care
  • Cuties Catz
  • Glory
  • Purina Friskies
  • Kucinta Pilihan Sayangku
  • Snappy Tom
  • Trendline Adult Cat

1. Royal Canin


makanan untuk bulu murah

Jenama makanan kucing jenis ini adalah antara yang bagus yang mana ia mempunyai berbagai jenis selain diperkaya dengan Omega 3 dan ais lemak serta amat baik untuk sistem pencernaan.

Dengan memakan makanan ini, kucing kampung atau baka apa pun akan sihat dan menjadi bulu-bulunya lebih lebat dan gebu selain dapat melindungi kucing daripada sebarang jangkitan kuman dan kutu.


2. Power Cat


Jenama makanan kucing

Power Cat mempunyai berbagai pilihan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian kucing dan anak kucing anda. Jenis ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan dijamin terbaik dan Halal 100%.

Ia juga mempunyai berbagai perisa seperti dari ikan laut segar dan tuna. Antara khasiat yang baik adalah dapat menguatkan tulang, gigi saraf dan juga saraf darah merah.

Harga untuk jenama ini tidak terlalu mahal dan boleh dibeli oleh semua pecinta kucing yang inginkan kucing mereka sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit.


3. Greens Cat Food Hair and Skin


makanan kucing untuk bulu gugur

Makanan kucing jenama Green terbukti amat tinggi protein atau kolagen yang bertujuan untuk mengelakkan bulu kucing keguguran serta amat baik untuk kesihatan kulit dan mata si bulus.

Sekiranya anda inginkan kucing berbulu lebat serta mempunyai mata yang cantik dan bersinar, jenama ini amat sesuai dan tidak rugi jika anda membelinya kerana ia terbukti amat berkesan.

Harga pula tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain serta ia juga menjadi pilihan oleh ramai pecinta kucing di Malaysia.


4. Glory Cat For Cat and Kitten


review makanan kucing equilibrio

Kebiasaannya, kucing akan membuang najisnya dengan bau yang amat kuat sehingga menyebabkan kita tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Percaya atau tidak, makanan kucing juga boleh menghindari bau najis yang kuat dengan hanya memakan makanan daripada jenama seperti ini.

Selain dapat mengurangkan bau najis, ia juga menyihatkan kulit dan bulu kucing serta melindungi sistem urinari si bulus anda.

Malahan, makanan jenis juga mempunyai kandungan nutrisi yang amat tinggi dan juga sesuai untuk semua jenis kucing yang terdapat di seluruh dunia.


5. Pro Diet Cat Food


cat food green

Produk makanan kucing ProDiet ini bagus tak? Jangan terkejut ia mempunyai kualiti yang hampir sama dengan kebanyakkan jenama-jenama yang terkenal dan dijual di negara kita.

Kandungan zat dan khasiat yang baik terdapat dalam jenama Pro Diet seperti fibre, mineral, vitamin dan protein yang diperlukan oleh semua kucing.

Lebih-lebih lagi ia tidak mempunyai bahan pengawet dan diperbuat daripada ikan-ikan segar yang mengandungi Omega 3 khas untuk kebaikan dan kesihatan si comel anda.


6. Blackwood


senarai makanan kucing premium paling terbagus di Malaysia

Jenama ini agak berbeza dengan jenama lain kerana harganya agak murah tetapi masih mempunyai kualiti yang tinggi dengan tujuan yang sama untuk menyihatkan kucing dan anak kucing.

Apabila kucing anda memakan makanan kucing premium jenis ini ia akan menjadi lebih sihat dan gemuk serta najisnya tidak terlalu berbau busuk.

Jika kucing mengalami masalah bulu gugur, jenama ini juga boleh mengubati masalah tersebut kerana keguguran bulu pasti kurang berlaku jika kucing memakan makanan jenama Blackwood.


Baca : Jenis-jenis Makanan Yang Kucing Tak Boleh Makan

Tiga Jenis dan Kategori Makanan Kucing


Anda boleh memilih jenis-jenis yang mana mengikut kesesuaian kucing serta selepas dirujuk oleh pakar kucing atau doktor haiwan. Kerana tidak semua makanan yang baik boleh dimakan sesetengah kucing.

Apa yang paling penting adalah anda meneliti kandungan yang terdapat dalam sesebuah makanan termasuk peratus kandungan protein, zat dan khasiat yang terdapat di dalamnya.

Sebenarnya masih banyak lagi produk-produk makanan kucing yang terdapat di pasaran yang boleh dipilih. Namun, semua itu mengikut kemampuan kita kerana harga ada yang murah dan mahal.

Kebiasaannya, makanan kucing yang dijual mengikut kategorinya tersendiri yang mana membezakan harga dan kualiti iaitu seperti berikut:


Super Premium

Makanan Super Premium adalah yang paling bagus dalam banyak-banyak makanan kucing lain dan harganya agak mahal berbanding jenis lain serta agak sukar untuk mendapatkannya.

Premium

Harga makanan jenis premium pula bergantung kepada kandungan yang terdapat di dalam makanan tersebut dan ia sememangnya bagus untuk kucing kesayangan anda.

Komersial

Makanan kucing jenis komersial adalah yang paling murah dan boleh dibeli oleh semua pecinta kucing yang mana ia dijual dengan harga yang berpatutan.

Ia juga mudah didapati di mana-mana pasaraya dan kedai runcit yang berdekatan dengan anda. Begitu juga secara online di laman Shopee dan Lazada.

Baca : Koleksi Gambar Kucing Comel dan Cute

Kesimpulan

Sama ada wet food iaitu makanan basah atau kering, bukan anda yang tentukan tetapi si manja anda kerana kucing biasanya akan memilih makanan yang dia suka sahaja akan dimakannya.

Walaupun anda berikan kepadanya makanan yang bagus isi kandungannya, terkadang ada juga kucing yang tidak menyukainya sepertimana kita manusia yang juga memilih makanan yang sedap dan serasi.

Apa sekalipun, senarai makanan kucing yang bagus yang dikongsikan adalah antara pilihan kebanyakkan kucing-kucing di Malaysia. Jika anda ingin beli, belilah kuantiti yang kecil atau sedikit dahulu.

Sekiranya, kucing anda menyukai makanan tersebut, bolehlah membeli dengan banyak untuk dibuat stok di rumah. Namun, ada kucing yang jenis kuat makan dan memilih makanan yang terbaik sahaja biarpun mahal atau murah.

Semoga perkongsian review senarai makanan kucing terbaik ini dapat membantu anda yang mencintai si comel ini untuk membeli makanannya yang bersesuaian. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog