Jika anda seorang kakitangan kerajaan yang mengalami masalah kewangan kerana pendapatan terjejas teruk, anda boleh buat permohonan pinjaman peribadi Bank Rakyat.
Melalui pinjaman ini yang juga dikenali sebagai Pembiayaan Peribadi-i bagi sektor awam, anda boleh dapatkan wang secara tunai dengan kadar segera sekiranya permohonan telah diluluskan.
Cara untuk memohon pinjaman peribadi ini, sangat mudah dengan hanya mengisi borang permohonan secara online melalui website rasmi Bank Rakyat.
Walau bagaimanapun, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan pinjaman seperti yang telah ditetapkan oleh pihak bank sebelum buat permohonan dengan merujuk pada jadual pembayaran semula.
Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Pinjaman peribadi Bank Rakyat sememangnya amat popular di kalangan kakitangan kerajaan dan swasta. Ia mempunyai tiga kategori yang harus anda ketahui iaitu:
- Pinjaman untuk kakitangan kerajaan
- Pinjaman untuk pesara kerajaan
- Pinjaman untuk pekerja swasta
Ciri-ciri Pinjaman
- Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
- Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
- Tiada jaminan diperlukan
- Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
- Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung
Permohonan Pinjaman Untuk Kakitangan Kerajaan
Permohonan pinjaman peribadi Bank Rakyat yang diterangkan di bawah adalah khas untuk kakitangan kerajaan sahaja yang mana kami kongsikan cara untuk memohon.
Manakala untuk pesara pekerja swasta akan dikongsikan di dalam artikel yang akan datang termasuk cara buat permohonan dengan betul.
Untuk memohon pinjaman ini, beberapa langkah yang harus anda lakukan dan ia perlu lengkap supaya permohonan anda akan diluluskan oleh pihak bank.
1. Pertama sekali sila layari laman web Bank Rakyat dan klik pada butang Mohon Sekarang untuk buat permohonan.
2. Isikan semua maklumat diri anda dan semuanya seperti mana yang diminta oleh pihak bank dalam borang permohonan tersebut seperti:
- Nama
- Emel
- Nombor Telefon
- Buat pilihan adakah anda pelanggan Bank Rakyat atau tidak
- Buat pilihan adakah anda sedia menerima tawaran atau promosi
- Sila tick samada anda setuju atau tidak
3. Ada beberapa pilihan produk yang ditawarkan oleh pihak Bank Rakyat dan anda perlu memilih pinjaman yang manakah sesuai dengan diri anda:
- Simpanan-i & Deposit-i
- Pembiayaan Peribadi-i
- Pembiayaan Pendidikan-i
- Pembiayaan Kenderaan-i
- Pembiayaan Perumahan-i
- Pembiayaan Mikro-i
- Pembiayaan Perniagaan-i
- Pajak Gadai-i
- Perbankan Internet
- Kad-i
- Perancangan Kewangan
- Lain-lain
5. Setelah selesai dan melihat semula borang yang telah diisi tersebut dan semuanya lengkap, anda boleh tekan butang hantar.
Apabila borang permohonan yang telah dihantar, seterusnya pihak bank akan menghubungi anda untuk proses selanjutnya.
Kadar Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Kelayakan untuk buat pinjaman sehingga RM200,000 berpandukan kepada bayaran ansuran anda kepada bank seperti berikut:
- Potongan Gaji Majikan (PGM)
- Pindahan Gaji ke Bank Rakyat
- Biro Perkhidmatan Angkasa
Namun, sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran ansuran pinjaman secara melalui online banking atau sebarang jenis pembayaran elektronik jumlahnya berbeza.
Jumlah yang dibenarkan berdasarkan gandaan gaji atau RM200,000 yang mana satu lebih rendah. Sebagai contoh adalah seperti berikut:
Untuk Pendapatan RM1000 sehingga RM5000
1. Jika pendapatan bulanan anda RM1K sehingga RM5K, kelayakan anda 5 kali gandaan gaji kasar sebulan.
2. Sekiranya gaji anda sebulan RM5K, anda boleh buat pinjaman sebanyak RM25K selepas digandakan sebanyak lima kali.
Untuk Pendapatan RM5001 Sehingga RM10000
1. Gaji bulanan RM5001 sehingga RM10K, ia dikiranya sebanyak 8 kali gandaan gaji kasar untuk sebulan.
2. Contohnya, gaji anda sebulan RM10K, kelayakan pinjaman adalah sehingga RM80000.
Untuk Pendapatan Melebihi RM10000
1. Apabila pendapatan sebulan melebihi RM15K, kelayakan anda adalah 10 kali gandaan daripada gaji kasar.
2. Anda layak buat pinjaman peribadi Bank Rakyat sebanyak RM150,000.
3. Jumlah paling maksimum untuk pinjaman ini sebanyak RM200,000 sekiranya kadar gaji bulanan anda sebanyak RM20,000 sebulan.
Baca : Senarai Bantuan Pinjaman Perniagaan
Syarat Kelayakan Pinjaman Peribadi
Anda perlu memenuhi syarat dan kriteria yang dikehendaki sekiranya ingin memohon pinjaman jenis ini yang mana ia dikhaskan untuk kakitangan kerajaan.
- Warganegara Malaysia
- Berumur dari 18 tahun sehingga 60 tahun ketika tamat tempoh bayaran
- Pendapatan tetap bulanan minimum RM1000 termasuk elaun tetap
- Seorang kakitangan kerajaan dan syarikat GLC yang terpilih
- Sekurang-kurangnya telah berkhidmat 3 bulan minimum
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan
Permohonan Baru
Sekiranya anda belum pernah membuat sebarang permohonan pinjaman peribadi Bank rakyat, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan atau MyTentera
- Slip gaji untuk tiga bulan terakhir
- Penyata bank tiga bulan terakhir (bayaran gaji melalui bank)
- Surat pengesahan dari majikan atau Borang EA
Permohonan Berulang
Sekiranya anda pernah membuat permohonan pinjaman ini ia dikenali sebagai permohonan berulang iaitu anda memohon lebih daripada sekali, dokumen diperlukan:
- Salinan kad pengenalan atau MyTentera
- Slip gaji untuk tiga bulan yang terakhir
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Berikut dikongsikan juga jadual pembayaran pinjaman Bank Rakyat dalam bentuk file PDF yang boleh anda buat rujukan sebelum buat sebarang keputusan.
- Jadual Pembayaran Pembiayaan Peribadi-i Awam Kadar Terapung
- Jadual Pembayaran Pembiayaan Peribadi-i Awam Kadar Terapung - Elektronik
- Jadual Pembayaran Pembiayaan Peribadi-i Awam Kadar Terapung – Pindahan Gaji
- Jadual Pembayaran Pembiayaan Peribadi-i Awam Kadar Tetap
- Jadual Pembayaran Pembiayaan Peribadi-i Awam Kadar Tetap - Elektronik
Untuk maklumat lanjut berkaitan pinjaman Bank Rakyat ini, anda boleh menghubungi pihak bank di 1-300-80-5454 jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan.
Semoga perkongsian permohonan pinjaman peribadi Bank Rakyat khas untuk kakitangan kerajaan ini dapat membantu anda yang memerlukan di sektor awam. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog