Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online Tanpa Introducer

cara buka akaun semasa Maybank

Boleh atau tidak, bagaimana cara buka akaun semasa Maybank secara online tanpa introducer? Ya, sememangnya boleh untuk buka current akaun atas talian.

Pasti masih ada pemilik bisnes yang tidak tahu bagaimana nak buka akaun semasa syarikat di bank Maybank, sebenarnya tak susah pun, ikuti perkongsian ini.

Terkini, Maybank telah pun memperkenalkan kaedah terbaru pembukaan akaun perniagaan tanpa memerlukan introducer yang dikenali sebagai SME FIRST-i.

Kemudahan yang dikhaskan kepada semua peniaga yang ingin membuka current account di bank yang mempunyai berbagai kelebihan yang ramai tidak tahu.

Berikut adalah antara kelebihan untuk mereka yang mempunyai perniagaan yang buka akaun semasa di Maybank:

  • Membantu para peniaga menjaga akaun dengan lebih efisien serta dapat membezakan akaun personal dengan akaun syarikat.
  • Berbagai kemudahan sistem diberikan untuk perkhidmatan online serta dapat memajukan perniagaan.
  • Kadar bilangan transaksi tanpa had (unlimited).

Maybank adalah antara bank yang terbaik untuk seorang peniaga yang nak buka akaun syarikat di Malaysia selain CIMB dan sebagainya.

Cara Buka Akaun Semasa Maybank Online


pembukaan akaun syarikat Maybank

1. Perkara pertama adalah layari pautan laman rasmi Maybank yang telah disediakan untuk membuat permohonan.

Apply Akaun Semasa Di Sini

2. Isikan maklumat pendaftaran yang diperlukan termasuk semua butiran berkaitan dan juga nombor pendaftaran perniagaan iaitu SSM.

3. Selepas siap diisi, nombor untuk pengesahan iaitu access code akan dihantar menerusi SMS ke telefon milik anda.

4. Kemudian, anda akan butiran berkaitan dengan akaun dan ia perlu dicetak serta nombor untuk rujukan akan diberikan.

5. Langkah terakhir, anda perlu pergi ke cawangan Maybank dalam tempoh selama 10 hari bertujuan untuk mengaktifkan akaun yang telah anda daftar secara online.

Sila semak cawangan-cawangan Maybank yang berdekatan dengan tempat tinggal anda melalui laman web rasmi bank.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Sebelum anda berniat untuk pergi ke Maybank, anda perlu menyediakan semua dokumen penting untuk buka akaun bank seperti berikut:

  • MyKad
  • Sijil Perniagaan SSM
  • SSM Borang A
  • SSM Business Info
  • Cop Syarikat (Mempunyai nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM)

Urusan Ketika Berada di Bank

1. Anda diwajibkan pergi ke cawangan Maybank yang telah dipilih dalam masa 10 hari selepas mengisi borang permohonan akaun semasa secara online itu.

2. Ketika berada di kaunter bank, sila tunjukkan nombor rujukan yang telah anda dapati melalui email yang dihantar oleh pihak Maybank.

3. Serahkan semua dokumen berkaitan yang diperlukan tersebut.

4. Pegawai bank yang bertugas akan menguruskan pengaktifan akaun semasa anda, termasuk urusan online banking anda nanti.

5. Anda akan diberikan satu akses berlainan daripada akaun yang sama di bawah nama syarikat yang telah didaftarkan. Ia tiada kaitan dengan akaun simpanan peribadi anda.

6. Anda akan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk guna aplikasi Maybank QR Pay Biz yang bertujuan untuk membuat transaksi online bila perlu nanti.

7. Anda boleh meminta untuk mendapatkan buku cheque, namun ia diberikan upon request sekiranya anda memerlukannya.

Apa Itu Introducer?

Beberapa tahun dulu, jika peniaga yang nak buka akaun semasa Maybank diwajibkan mempunyai seorang introducer iaitu pencadang sebagai sokongan.

Introducer adalah seseorang yang dikenali oleh pemohon yang nak buka akaun syarikat dan kenalan anda itu harus mempunyai akaun Maybank yang aktif sekurangnya 2 tahun.

Introducer juga bukan pemilik perniagaan yang telah disenaraihitamkan oleh bank atau mempunyai masalah yang tidak baik berkaitan dengan akaun bank miliknya.

Selain itu, introducer diwajibkan mempunyai cop perniagaan syarikat yang memaparkan nama bisnes serta nombor pendaftaran SSM yang jelas diperakui oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, pada ketika ini pihak Maybank telah mempermudahkan serta melonggarkan syarat-syarat untuk mendapatkan akaun semasa tanpa introducer lagi.

6 Jenis Akaun Untuk Perniagaan di Maybank

Untuk akaun semasa, dalam kategori ini terdapat 6 jenis akaun untuk perniagaan yang boleh dipilih mengikut keperluan dan syarat kelayakan iaitu:

  • SME First Account
  • SME First Account-i
  • Sme First Account Invesment Account-i
  • Corporate Current Account (CCA)
  • Current Account-i (Ca-i(
  • Premier Mudharabah Account-i

Melalui 6 jenis akaun yang dinyatakan di atas, hanya 3 daripadanya yang disarankan anda pilih iaitu:

  • Konvesional
  • Akaun Pelaburan Mudharabah
  • Islamik

Untuk pengetahuan, dua jenis akaun semasa syarikat di Maybank yang mematuhi syariah yang mana sentiasa menjadi pilihan ramai peniaga Melayu iaitu:

A. SME First Account-i yang dilindungi oleh PDIM.
B. SME First Investment Account-i yang tidak dilindungi PDIM dan dividen lebih tinggi.

Deposit untuk akaun semasa pula berjumlah RM1000 sahaja. Ada yang mengatakan silap haribulan, kita tak perlu pun RM1K untuk deposit.

Walau bagaimanapun, kesahihan perkara itu tidak pula dinyatakan. Sebaiknya sediakan seperti jumlah yang dikehendaki oleh pihak bank.

Sama ada anda pemilik syarikat Enterprise atau Sdn. Bhd, anda boleh mohon untuk pembukaan akaun bank yang dikhaskan untuk bisnes yang sedang anda jalankan.

Sebarang rujukan berkaitan dengan permohonan untuk membuka akaun syarikat di Maybank, anda boleh layari pautan berikut di laman Maybank.

Baca : Cara Buka Akaun Semasa Cimb Online

Cara Mudah Buka Akaun Perniagaan Maybank

Berikut adalah perkongsian tentang cara mudah untuk bukan akaun syarikat di Maybank tanpa perlu seorang introducer daripada channel YouTube Cikgu Durratul.

Sila tonton dengan teliti agar anda boleh buka akaun semasa ini dengan mudah tanpa sebarang masalah yang akan ada ketika memohon.


Kesimpulan

Sebenarnya, tak susah sangat nak buka akaun semasa di Maybank dan sekarang ia lebih dipermudahkan dengan dapat mengisi borang permohonan secara online dan yang penting tanpa introducer.

Walau bagaimanapun, anda masih lagi perlu pergi ke bank untuk menyelesaikan urusan ini selain untuk aktifkan akaun berserta dengan pengesahan pemilik akaun semasa Maybank.

Sila urus akaun bisnes untuk company anda dengan bijak supaya syarikat anda akan terus maju dan mendapatkan keuntungan dalam perniagaan dengan berkesan.

Semoga perkongsian cara buka akaun semasa Maybank secara online ini akan dapat membantu anda untuk mendapatkan akaun syarikat di bank ini dengan mudah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog