10 Tips Beli Kereta Terpakai Dengan Cara Terbaik & Selamat

Tips beli kereta terpakai

Beli kereta terpakai (second hand) tidak semestinya berhadapan dengan risiko tinggi samada kenderaan tersebut rosak atau sebaliknya. Tetapi jika kena dengan cara dan tips, ia boleh menjimatkan duit selain lebih menguntungkan.

Apa yang penting, jika anda ingin membeli kereta terpakai, wajib untuk anda tahu tips terbaik dan cara membelinya dengan kaedah selamat dan betul untuk mengelakkan dari ditipu.

Banyak faktor yang perlu ditelitikan sebelum membuat pembelian kenderaan terpakai tersebut, antaranya dari segi jenama, harga dan banyak lagi.

Dan anda perlu bijak untuk memilih kereta second hand kerana jika tersalah pilih berkemungkinan ada kos-kos tersembunyi yang lain yang perlu dibayar.

Tips Membeli Kereta Terpakai Yang Betul


Cara beli kereta second hand

Berikut kami kongsikan beberapa tips terbaik untuk membeli kereta terpakai untuk anda yang berniat untuk mendapatkan sebarang kenderaan yang anda kehendaki dengan cara yang selamat.

Sila fahamkan tips-tips berguna sebelum membuat pembelian kereta terpakai dan berikutnya adalah langkah-langkah penting untuk mengelakkan anda tertipu.

Dan diingatkan jangan terlalu terburu-buru ketika nak beli, sebaiknya luangkan masa sebanyak mungkin untuk membuat sebarang pemeriksaan kenderaan tersebut sehingga anda berpuas hati.

1. Pembelian Dari Direct Owner

Jika kereta tersebut dibeli daripada direct owner atau pemilik asal, ia lebih baik dan semua maklumat berkaitan dengan kenderaan tersebut pasti akan dapat daripada pemilik.

Sekiranya anda berpeluang untuk buat rundingan dengan pemilik, sebaiknya anda kena tahu kemahiran untuk berunding supaya dapat membeli dengan harga yang lebih murah atau diskaun yang tinggi.

Sebelum membuat sebarang rundingan, apa kata anda belajar dahulu cara berunding dengan penjual kereta tersebut daripada sumber tertentu seperti artikel daripada laman Google atau Facebook.

2. Membeli Mengikut Kemampuan

Apabila anda membeli kereta dengan tidak mengikut kemampuan atau gaji bulanan, pasti akan membebankan kerana tidak mampu untuk membuat bayaran untuk kereta second hand tersebut.

Sebaiknya, beli saja kereta dengan nilai sebanyak 15% daripada gaji keseluruhan dan tambahkan 15% lagi dari gaji untuk kos bayaran pada setiap bulan.

Jika kadar bayaran bulanan melebihi 15% pasti akan menyusahkan anda sendiri kerana masalah tak cukup duit memandangkan pasti ada banyak kos tersembunyi untuk kenderaan tersebut dipindah milik.

Lebih baik lagi tetapkan bajet ikut kemampuan sendiri dan pastikan harga kereta terpakai tersebut tidak melebihi daripada gaji tahunan anda.

Sekiranya anda mempunyai gaji sebulan sebanyak RM2700 dan harga kereta second hand yang ingin dibeli itu mestilah tidak melebihi RM32,400 iaitu RM2700 X 12 bulan.

3. Pemeriksaan Sejarah Kereta

Membeli kereta terpakai

Kereta yang dijual dengan harga yang murah biasanya mempunyai sejarah yang tersendiri. Sila semak kenderaan tersebut samada pernah terbabit dengan kemalangan atau seperti berikut:

  • Pernah accident
  • Pernah bertukar milik
  • Ada ditenggelami banjir
  • Alatan dalam kereta
  • Pernah ada sejarah modified atau tidak
  • Periksa baki hutang
  • Pilih kenderaan yang mudah dijaga
  • Kenderaan teknologi terkini
  • Luaran kereta samada ada lekuk atau karat
  • Buka pintu kereta boleh guna atau tidak
  • Buka bonet depan dan belakang
  • Check bahagian dalaman kereta
  • Duduk di bahagian pemandu
  • Cuba goyangkan stereng
  • Selak permaidan lantai depan dan belakang
  • Perhatikan setiap sudut pada pintu dan tingkap

Dengan pemeriksaan sebegini, pasti anda akan mendapat tahu apakah masalah yang terdapat pada kenderaan itu, sekiranya tiada masalah, anda boleh buat penelitian yang seterusnya.

4. Usia Kereta Yang Ingin Dibeli

Anda harus carikan kereta terpakai yang usianya tidaklah terlalu lama dam dicadangkan anda tak beli kereta yang usianya telah melebihi daripada 10 tahun.

5. Buat Pemeriksaan Enjin

Bahagian enjin kenderaan adalah perkara yang paling penting yang perlu anda ambil tahu. Sila periksa ruangan enjin untuk marking.

Ketika proses pemasangan kenderaan dilakukan di kilang kenderaan tersebut, komponen-komponennya pasti akan ditandakan menggunakan marker pen.

Tindakan ini dibuat adalah untuk memberitahu atau menerangkan bahawa komponen kenderaan tersebut telah ditanda serta dipasang dengan betul mengikut kehendak yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan anda, kenderaan yang telah dibaiki kerana terlibat dalam kemalangan biasanya tidak akan ada tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

Dari situ, anda boleh tahu bahawa kenderaan yang anda ingin beli itu samada mempunyai sejarah kemalangan atau pernah dibaikpulih sebelum ini.

5. Semakan Mileage Melalui Service Centre

Jika anda membeli kereta terpakai daripada syarikat yang menjual kereta second hand, apa yang perlu anda buat adalah sila cari pusat servis jenama kenderaan tersebut.

Sebagai contoh Perodua, sila selidik bilakah kali terakhir kereta tersebut dihantar untuk servis di pusat servis dengan menyemak berapakah kilometer terakhir kenderaan itu.

Mileage untuk kereta terpakai haruslah kurang daripada 100,000 KM, kalau lagi kurang lagi bagus dan terbaik kerana kurang jarak perjalanan kuranglah penggunaan kereta.

6. Periksa Body Kereta

Panduan untuk beli used car

Sila buat semakan pada body kenderaan dengan mengetuk body, jika kemalangan yang membabitkan panel body yang tak serius, biasanya ia akan dibaiki dengan kaedah ketuk body sahaja.

Jika lapisan permukaan dipulihkan dengan menggunakan simen khas serta perlu dicat semula, bunyinya tidak sama dengan panel body yang asal.

Manakala, jika ia dibaiki di pusat servis kenderaan, panel body tersebut pasti akan digantikan dengan yang baru pada bahagian berkenaan.

7. Cari Kereta Yang Jimat Bahan Api

Dengan kemajuan teknologi zaman sekarang banyak kenderaan yang direka untuk menjimatkan pengunaan bahan api untuk mengekal kuasa enjin yang terbaik serta lebih selesa digunakan.

Antara yang terbaik adalah seperti VVT,VVTi, Dual VVTi dan iVTEC yang boleh anda guna sambil dapat menjimatkan duit serta dengan enjin yang selamat digunakan.

8. Tahap Keselamatan Yang Terdapat Pada Kenderaan

Tahap keselamatan adalah antara perkara utama yang perlu diambil kira walaupun kereta terpakai ini kerana anda akan menggunakannya setiap hari dan perlu berhati-hati.

Antara tips terbaik untuk mengetahui tahap keselamatan yang terdapat pada kereta second hand yang ingin dibeli itu adalah dengan mempunyai perkara berikut:

  • Beg udara (Air Bag)
  • Brek anti kunci ABS
  • Electronic Stability Control
  • ISOFIX untuk kerusi baby
  • Ruang bagasi yang luas
  • Diiktiraf oleh Asean NCAP

9. Buat Pandu Uji

Tidak salah sekiranya anda membuat pandu uji ketika nak membeli kereta berkenaan. Beberapa perkara yang boleh anda tahu jika cuba memandu kereta tersebut.

Antaranya adalah seperti ketika menekan minyak untuk memecut laju, sewaktu mengambil selekoh tajam dan jika melanggar lopak atau jalan berlubang, perkara itu akan memberikan jawapan.

10. Buat Penilaian dan Perbandingan Dengan Sabar

Semestinya untuk membeli kereta terpakai tidak semudah ketika membeli kereta baru kerana banyak perkara yang perlu dinilaikan kerana kereta tersebut pernah digunakan.

Ia berbeza dengan kenderaan baharu yang mana segalanya dalam keadaan baru dan anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuat perbandingan dari segi kualiti dan keadaan.

Jadi, ambilkan masa yang sepatutnya untuk membuat perbandingan dan penilaian sama ada untuk membelinya atau tidak. Terkadang transaksi pembelian kereta terpakai melebihi masa berbulan.

Sebagai pembeli, anda mempunyai hak untuk menilainya kerana duit sendiri yang akan dikeluarkan. Jadi sila sabar dan ambil masa untuk membuat penelitian kenderaan berkenaan.

Cara Beli Kereta Second Hand


Cara untuk beli kereta terpakai samada cash atau tanpa slip gaji dan daripada pemilik asal adalah dengan kaedah yang betul dan bijak agar tiada penipuan berlaku.

Caranya adalah dengan mengikut tips yang dikongsikan serta beberapa cara yang turut disertakan di sini untuk memudahkan urusan anda untuk membelinya.

Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman dan beberapa maklumat sahih dari laman Facebook serta dari mereka yang lebih berpengalaman dalam urusan jual beli used car ini.

  • Pilih kereta yang berkualiti
  • Jenama kenderaan yang terkenal
  • Maintenance penjagaan yang rendah
  • Harga kereta yang berpatutan
  • Tiada hutang dengan pihak bank
  • Kaji selidik tentang model
  • Spesifikasi enjin yang baik
  • Cari maklumat kebaikan dan kelebihan
  • Kos servis yang murah
  • Pastikan dokumen yang lengkap
  • Lulus PUSPAKOM untuk tukar hak milik

Berikut adalah penerangan tentang cara-cara nak beli kereta second hand dengan kaedah yang tepat dan cepat.



Baca : Bateri Kereta Kong Secara Tiba-Tiba

Kesimpulan

Sebenarnya masih banyak tips untuk membeli kereta terpakai yang terbaik, manakala yang dikongsikan adalah beberapa sahaja yang difikirkan perlu untuk anda yang ingin membuat pembelian.

Walau bagaimanapun, perlu juga anda ingat bahawa kereta terpakai terkadang mempunyai kos-kos yang tersembunyi yang tidak nampak dengan mata kasar pada mulanya.

Oleh itu, sila buat semakan dengan betul dan teratur serta mengambil masa yang anda perlukan untuk menyemak semuanya sebelum anda berunding dengan penjual tentang harga dan sebagainya.

Semoga perkongsian tips untuk membeli kereta terpakai ini dapat membantu anda yang ingin mendapatkan kenderaan tersebut dengan mudah tanpa hadapi sebarang masalah. - Bukit Besi Blog