Cara tanam lobak merah atau carrot ini sebenarnya sangat mudah samada menyemai guna biji benih atau dari keratan batang yang boleh dibuat di bahagian dapur rumah sahaja.
Pasti setiap hari anda akan memasak masakan yang mempunyai lobak merah dan ada bahagian atas yang akan dibuang. Apa kata mulai sekarang anda simpan dan cuba tanam sendiri.
Cara-cara untuk menanam carrot semudah ABC sebab dengan cara rendamkan dalam air pun tumbuhan ini boleh hidup beranak pinak dan membiak kalau ikut kaedah yang betul.
Walau bagaimanapun, penanaman lobak merah memerlukan tanah yang dalam untuk menanamnya supaya ia dapat menghasilkan ubi yang lebih panjang dan segar.
Disebabkan itu, jika anda ingin menanam tumbuhan ini, anda perlu memastikan mempunyai pasu yang panjang dan medium tanah yang sesuai serta yang lebih dalam jika di atas tanah.
Khasiat dan kelebihan lobak merah ini sememangnya sangat banyak dan biasanya ia dikaitkan dengan kesihatan mata. Sebenarnya, banyak lagi kalau nak dihuraikan.
Selain itu, carrot juga mempunyai berbagai jenis dan biasanya berwarna putih, ungu, kuning dan sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Cara Tanam Lobak Merah Dengan Mudah
Lobak merah atau nama saintifik tumbuhan ini adalah Daucus Carota iaitu sejenis tumbuhan yang simpan makannya di dalam akar umbi yang dimakan oleh manusia.
Ia mempunyai berbagai jenis dan warna iaitu jingga, putih, merah, ungu dan kuning. Namun, jenis warna jingga lebih popular kerana tekstur tumbuhan ini rangup serta amat segar.
Berikut dikongsikan cara tanam lobak merah menggunakan dua kaedah yang biasa dibuat iaitu guna keratan batang dan biji benih carrot yang boleh dibeli di Shopee.
Kaedah Keratan Batang
Cara menanam sayuran ini menggunakan keratan batang adalah dengan memotong pada bahagian atas carrot seperti dalam gambar kemudian rendamkan dalam air dengan kaedah yang ditunjukkan.
Dalam jangka masa 3 ke 5 hari, anda akan dapat melihat tunas baru lobak merah akan tumbuh menghijau dan apabila ia mempunyai akar yang banyak, anda perlu menanam di dalam tanah.
Selain ditanam dalam pasu yang berukuran panjang lebih daripada 1.5 kaki, anda boleh juga menanamnya di dalam botol yang mempunyai kedalaman yang sama.
Untuk mendapatkan hasil lobak merah yang subur dan segar, tanah memainkan peranan utama selain baja yang betul berserta dengan cara penjagaan yang teliti.
Kaedah Semaian Dari Biji Benih
Untuk penanaman menggunakan biji benih, perkara pertama yang perlu anda tahu adalah jenis lobak merah yang anda ingin tanam berpandukan samada dalam botol, pasu atau dalam tanah.
Jika anda memilih untuk menanam dalam bekas pasu atau botol, variati yang sesuai adalah dari jenis Nantes atau Chantenay yang mana ia tidak terlalu panjang.
Manakala, jenis yang panjang adalah variati Imperator yang mana anda perlu menyediakan bekas tanaman yang mempunyai kedalaman lebih daripada 2.5 kaki sekurang-kurangnya.
Walau bagaimanapun, yang paling terbaik adalah biji benih lobak merah mini atau dari jenis yang bulat yang mana ia dikenali sebagai carrot mini romeo yang amat sesuai ditanam dalam bekas.
Berikut adalah video penerangan tentang empat teknik cara semai biji benih carrot yang dikongsikan oleh saudara Tanomkinotuan Channel dari YouTube.
Cara Menyemai Anak Pokok
Dek kerana kehalusan biji benih tanaman ini menyebabkan sukar untuk kita menyemainya, jadi anda perlu berhati-hati dan bersabar ketika proses semaian sedang dilakukan.
Untuk menyemai lobak merah dengan cepat dan mudah guna benih adalah dengan semai guna kertas tisu yang basah. Seterusnya taburkan benih leobak merah di atasnya kemudian lipat menjadi segi empat.
Pastikan anda merenjis lipatan semaian tersebut dengan sedikit air untuk melembabkan tisu tersebut. Kemudian masukkan ia ke dalam plastik atau bekas yang boleh ditutup dan buka semula.
Proses ini adalah untuk memastikan tisu tersebut jadi cepat kering dan benih carrot akan mendapatkan air dengan secukupnya sebelum ia ditumbuhi tunas berwarna hijau nanti.
Setelah selesai, anda boleh simpankan plastik tersebut ke dalam peti ais untuk jangka masa seminggu atau sekurangnya lima hari daripada hari disemai.
Selepas cukup 7 hari, anda boleh memindahkan anak lobak merah ke dalam pasu atau ke dalam bekas yang anda mahukan supaya ia terus hidup dan mendapatkan nutrin yang seimbang.
Untuk medium tanaman pula, pastikan anda memilih tanah daripada jenis yang sedikit berpasir untuk menghasilkan pokok carrot yang subur dan cantik.
Campuran tanah terbaik yang dicadangkan adalah 2:1:1 iaitu tanah hitam, topsoil dan loam sama dengan pasir sungai dan kompo yang dicampurkan kesemuanya sebelum dimasukkan dalam bekas.
Untuk menanam pula, anda perlu membuat lubang yang dalamnya lebih kurang 2 inci dengan jarak antara satu sama salin 5 inci.
Kemudian, masukkan benih yang telah bercambah tersebut ke dalam setiap lubang yang telah anda buat. Seterus tutupkan lubang dengan tanah yang sedikit dan jangan menyiram.
Kadar penyiraman pula perlu dipastikan tidak terlalu banyak. Setelah itu letakkan anak pokok lobak merah di tempat yang agak teduh untuk jangka masa seminggu atau sehingga ia hidup subur.
Pembajaan
Mungkin ada yang tidak setuju bahawa untuk mendapatkan lobak merah yang subur dan sihat, penggunaan baja perlu dikurangkan kerana jika dibaja berlebihan hanya daun sahaja yang akan rimbun.
Untuk hasil yang lebih segar cantik serta hidup dengan subur, anda digalakkan menggunakan baja kompos serta wajib mengelakkan baja yang memiliki nitrogen yang tinggi.
Baja kompos boleh dibuat sendiri di rumah tanpa perlu membelinya dengan menggunakan bahan-bahan daripada dapur sahaja seperti kulit telur dan sebagainya.
Penjagaan dan Penyiraman Pokok
Untuk aktiviti penyiraman dan penjagaan pokok lobak merah, anda boleh lakukan siraman sebanyak dua kali sehari sahaja iaitu pada setiap awal pagi dan waktu petang menghampiri senja.
Walau bagaimanapun, apabila hari hujan, tidak perlu lagi melakukan siraman kerana air akan menjadi berlebihan serta perlu memastikan medium sayuran tersebut tidak mempunyai takungan air dan terlalu basah.
Yang lebih penting, anda perlu memastikan tiada rumput rumpai atau pokok lain yang menumpang di dalam pasu atau di tempat ia ditanam untuk mengurangkan saingan.
Proses Tuai Carrot
Apabila usia lobak merah anda mencapai usia 60 sehingga ke 90 hari mengikut jenis carrot, ia sudah sampai masa untuk dituai.
Teknik untuk tuai carrot dengan lebih selamat adalah dengan gemburkan tanah terlebih dahulu sebelum menuai supaya ia jadi mudah untuk ditarik selain ubinya tidak akan patah.
Baca : Cara Tanam Pokok Kacang Bendi
Kebaikan Lobak Merah Dalam Kehidupan
Sayuran yang mempunyai bentuk seperti ubi ini dikatakan mempunyai banyak vitamin yang penting untuk manusia seperti yang dinyatakan berikut:
- Vitamin A, B, dan C
- Potasium
- Kalsium
- Alpha Karotin
Antara khasiat terbaik lobak merah adalah berkemampuan untuk menyembuhkan luka, memecahkan angin, melawaskan kecing serta membantu memecahkan batu karang,
Walau bagaimanapun, khasiatnya buka sahaja terdapat pada ubinya tetapi juga pada daun yang perlu dihancurkan dicampurkan dengan madu untuk sembuhkan luka serta mengurangkan sel kanser.
Berikut adalah beberapa kebaikan dan kelebihan lobak merah yang dahulunya ditanam dengan tujuan perubatan ketika di awal abad yang ke-10 dan kini digunakan secara meluas dalam masakan:
- Menjaga kesihatan mata
- Mencantikkan kulit
- Anti penuaan yang terbaik
- Menguatkan imuniti
- Dapat mencegah daripada sakit jantung
- Baik untuk kesihatan gigi
- Dapat kurang risiko terkena strok
- Mampu menurukan berat badan
- Boleh meneutralkan racun rokok
- Membantu sistem penghadaman
- Mengubati penyakit gout dan diabetes
- Mengurangkan kandungan gula dalam badan
- Meningkatkan daya ingatan kanak-kanak
- Dan banyak lagi khasiat lain
Macamana? Tak susahkan cara tanam lobak merah? Anda boleh cuba menanam sendiri di rumah dengan mengikut apa yang dikongsikan di atas berserta dengan cara penjagaan dan juga pembajaan.
Semoga perkongsian cara penanaman pokok lobak merah ini akan dapat membantu anda untuk merealisasikan tanaman ini di halaman rumah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog