Teringin nak makan kek marble pelangi moist yang cantik jelita lembut dan gebu tapi tak tahu cara buat dengan lengkap? Jangan risau kami kongsi resepi mudah yang sedap terbaik satu persatu.
Resepi kek marble sukatan cawan ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook yang berkongsi cara mereka membuatnya jadi paling sedap walaupun pertama kali buat.
Resepi Kek Marble Pelangi
Sebenarnya, resepi kek ini mempunyai berbagai versi seperti kukus, bakar, minyak, moist dan bercorak bunga yang diolahkan oleh mereka yang kreatif.
Sebagai contoh resepi daripada Puan Azlina Ina dan Azie Kitchen yang sememangnya legend menjadi perhatian dan ikutan ramai follower di laman sosial di Malaysia.
Jadi, jika resepi ini adalah percubaan pertama anda, sila buat dengan mengikut resepi kek yang kami kongsikan ini langkah demi langkah supaya ia menjadi dan sedap.
Sesetengah orang berpendapat, kalau tanpa telur pun boleh buat, betul ke? Bukankah fungsi telur untuk kek jadi lembut dan gebu macam span? Boleh tambah cheese dan buttercup?
Kek Marble Pelangi Sukatan Cawan
Berikut adalah resepi daripada Puan Zaleha Awaluddin yang menyajikan kek marble sukatan cawan yang berbelang katanya bak pelangi coklat dan kuning.
Katanya lagi, untuk pertama kali buat, belang kek tak berapa menjadi kerana menggunakan telur Gred A dan cair sangat adunan tersebut.
Bahan-Bahan Kek Marble
- 2 cawang tepung naik sendiri
- 1 cawan gula Castor yang dikisar halus
- 1 cawan butter (saya guna Pure Butter)
- 5 biji telur Gred B
- Sesudu teh Esen Vanilla
- 1.4 cawan susu segar atau susu UHT Full Cream
- 2 sudu besar serbuk koko dilarutkan 3 sudu besar air panas
Cara-cara Membuatnya
1. Pukul butter dan gula bersama sehingga ia jadi kembang. Ada yang kata guna blender lagi mudah dan cepat.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Tambah esen vanilla dan susu.
4. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Kemudian tambahkan tepung sikit-sikit sambil kacau dan balikkan.
6. Asingkan jadi dua bahagian, satu untuk bancuhan pertama dan satu lagi untuk bancuhan adunan yang kedua.
7. Dalam loyang yang telah dialaskan dengan kertas, tuangkan berselang seli setiap bancuhan iaitu yang pertama dan yang kedua supaya ia jadi cantik jelita.
8. Kemudian, lorekkan permukaan atas kek dengan cara kreaviti sendiri untuk dapatkan effect corak yang menarik.
9. Step terakhir adalah bakar kek dalam suhu 160 darjah Celcius selama 50 hingga 60 minit atau sehingga kek marble anda masak sepenuhnya.
Resepi Puan Izzan Abdul Karim
Berikut adalah resepi kek marble mengikut sukatan cawan yang dibuat oleh Puan Izzan melalui Group MAHN.
Bahan-Bahan Utama
- 4 biji telur
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula kastur atau gula halus
- 2 cawan tepung gandum
- Satu sudu makan baking powder
- 2 sudu besar susu pekat manis
- Satu sudu kecil esen vanilla
- Perwarna hijau dan merah(ikut kehendak sendiri)
Cara untuk menyediakannya hampir sama dengan resepi Puan Zaleha, namun Puan Izzan hanya membakar kek ini dalam jangka masa 40 minit sahaja dengan suhu yang sama.
Jadi, mungkin oven yang digunakan oleh setiap orang berbeza, disebabkan itu anda harus melihat keadaan kek setelah ia dibakar sama ada telah masak atau anda bakar hangus nanti.
Baca : Resepi Kek Batik Premium & Indulgence
Semua gambar resepi kek marble yang simple sedap adalah dikongsikan oleh Puan Norsazenny Ariff untuk tatapan umum. Mungkin dengan melihat gambar ini anda akan mendapat idea untuk melakarkan corak pada kek.
Jika anda berminat untuk mengetahui resepi kek marble yang cantik jelita ini atau ingin membuat tempahan kek, anda boleh menghubungi Puan Norsazenny melalui Facebook Messenger miliknya.
Semoga perkongsian cara membuat dan resepi kek marble pelangi sukatan cawan moist dan gebu yang dikongsikan ini akan memudahkan anda untuk menyajikan di rumah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog