Resepi Kek Batik Lembut & Mudah (Premium & Indulgence)

resepi kek batik

Antara kek yang mudah dibuat dan ringkas cara membuatnya adalah resepi kek batik simple lembut tapi sedap tanpa milo dan telur tetap lazat ditambah dengan coklat atau serbuk koko.

Pasti ramai yang boleh buat sendiri di rumah dengan bermacam versi seperti kek batik premium, indulgence, melting dan lain-lain.

Berbagai resepi kek batik yang jadi viral sekarang dan dibuat oleh ramai pengguna media sosial dengan mengikut kreativiti mereka sendiri.

Apa yang penting buat sendiri lebih puas hati dan lagi pulak kek batik moist dan sedap sehingga menjilat jari diminati ramai.

Jika anda sedang mencari cara buat kek ini yang mudah sama ada guna cheese, tanpa serbuk koko, coklat, sukatan cawan, keras atau lembut dan rangup, mungkin resepi ini yang anda mahukan.

Sama ada jadi atau tidak, anda yang tentukan. Terkadang hasil air tangan seseorang berbeza memandangkan lain orang lain caranya tapi jika betul-betul buat ikut resepi, mesti jadi.

Resepi Kek Batik Premium & Indulgence


Kami kongsikan resepi kek batik lembut dan melting di mulut berserta dengan cara-cara membuat kek ini dari awal sehingga siap untuk dimakan.

Untuk versi kek batik premium juga ada yang mana resepinya kami sertakan di bawah termasuk gambar-gambar dan cara untuk membuat kek viral ini.

Resepi Kek Batik Melting

Perkongsian resepi kek batik yang sedap ini adalah daripada Puan Tuan Adriana Arissa yang tidak kedekut ilmu berkongsi dengan pengguna Facebook.

kek batik indulgence

Menurutnya, sejak beliau kongsi resepi kek batik melting ini, rezeki yang datang tidak putus-putus tanpa henti sehingga waktu tidur terkadang pada jam dua pagi.

Katanya, resepi kek batik premium yang beliau share, dia dapat membuat bermacam lagi resepi seperti indulgence, oreo dan juga cheese baked.

Di bawah adalah resepi kek batik lembut paling sedap dan boleh dibuat jual kepada sesiapa atau peminatnya.

resepi kek batik premium

Bahan-bahan

  • 600 gram biskut Marie dan dipatahkan jadi kecil
  • 200 gram butter
  • Secawan Milo
  • Secawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • Esen Vanilla

Bahan Untuk Topping atau Ganache

  • 100 gram Milk Compound
  • 100 gram Dark Compound (saya guna Beryls)
  • 200 ML Whipping cream
  • 1 sudu besar Golden Syrup (optional)
  • 1 sudu kecil Hazelnut oil

kek batik

Tips untuk sedapkan coklat seperti choc Cadbury adalah dengan memasukkan sedikit Hazelnut oil mengikut sukatan sesudu kecil.

Double oil kesemua bahan topping atau nak mudah masukkan ke dalam Microwave. Ketepikan seketika dan sejukkan sekejap.

Cara Menyediakan

1. Masak butter sehingga ia jadi cair, masak kek batik perlu guna api yang perlahan. Kemudian terus masukkan susu pekat dan seterusnya kacau sehingga sebati.

2. Masukkan Milo dan serbuk koko. Kacau segera dan jangan melambatkan kacau sebab ia akan jadi berketul jika terlambat kacau.

3. Kemudian, masukkan telur dan kacau lagi bagi ia sekata dan rata. Barulah masukkan sukatan air. Kacau sehingga sebati sepenuhnya.

4. Akhir sekali, masukkan biskut Marie. Kacau lagi sehingga kesemua biskut yang telah dipatah-patahkan itu bersalut dengan coklat. Setelah itu, tutup api.

5. Seterusnya, masukkan semua kek batik yang telah siap dimasak itu ke dalam loyang saiz 10 inci berserta dengan alas plastik supaya biskut tidak akan melekat dan senang untuk dikeluarkan kemudian tekan supaya jadi padat.

6. Tuangkan choc ganache melting dan simpan dalam chiller selama 4 jam lebih kurang atau lebih, terpulang. Kemudian barulah potongkan.

7. Keluarkan semula kek dan biarkan ia berada dalam keadaan suhu bilik untuk sementara waktu untuk menjadikan kek batik lebih lembut dan mudah untuk dipotong.

Tips Potongan Kek Batik Cantik

Tips untuk mendapatkan potongan kek yang cantik dan menarik adalah dengan guna pisau yang telah dicelupkan ke dalam air panas.

Kemudian, sebelum potong, lapkan dulu pisau tersebut dengan tisu atau kain supaya tiada kesan air yang melekat pada pisau.

Ulangi langkah tersebut untuk setiap kali memotong bagi mendapatkan bentuk potongan yang cantik. Celup air panas dan lap, potong dan seterusnya.

Baca : Resepi Pizza Homemade Tudung Periuk

Cara Buat Kek Batik Indulgence

resepi kek batik milo lembut

Berikut adalah resepi kek batik indulgence hasil air tangan dari seorang pakar masak yang dikenali sebagai Muhammad Ali atau Mr Ali di laman Facebook.

Jom kita lihat resepi dan bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kek batik cara tukang masak pro yang sememangnya amat diminati ramai.

Menurut beliau, resepi kek batik ini adalah inspirasi daripada ibunya sendiri dan dia menggunakan loyang bersazi 3 inci.

Manakala untuk membuat kek batik lembut ini, ia mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan pertama kek batik, cream cheese, whipping cream dan ganache.

Tiga Lapisan

rangup dan sedap

  • Kek batik
  • Cream cheese
  • Ganache

1. Kek Batik

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 200 gram butter
  • 300 gram biskut Marie
  • 3 sudu serbuk coklat dibancuh dengan air panas
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu susu pekat
  • Sevubit garam (optional)

Katanya, resepi-resepi legend kek batik kebiasaannya memang menggunakan banyak telur dan nak mengurangkan kuantiti telur pun boleh.

Malahan, ada yang memasak kek ini tanpa telur dan hanya menggunakan bahan asas sahaja. Untuk butter, anda boleh guna marjerin atau buttercup dll.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan marjerin sebarang jenis atau brand, tak perlu lagi masukkan garam.

tanpa serbuk koko

Cara-cara Membuat:

Pertama sekali panaskan butter sehingga cair dan masukkan semua bahan tersebut kecuali biskut Marie.

Kemudian, masukkan telur sambil menggaul dan pastikan anda gaul sehingga ia sebati dan menjadi pekat.

Selepas kelihatan kepekatan menjadi, tutupkan api dan biarkan selama beberapa lama iaitu 2 atau 3 minit, kemudian masukkan biskut.

Gaulkan semuanya dan isikan dalam bekas seperti loyang tiga inci. Ia perlu dimampatkan dan simpan dalam peti sejuk selama 30 hingga 40 minit.

2. Indulgence dan Cream Cheese

  • 120 gram whipping cream
  • 40 gram gula kastor
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 250 gram cream cheese
  • 10 gram Gelatin (optional)
  • 40 ML air panas

nestum azlina ina

Untuk gelatin, terpulang kepada diri anda sendiri sama ada perlu masukkan atau pun tidak.

Ia diletakkan gelatin kerana untuk cantikkan potongan berserta dengan tujuan supaya struktur kek lebih kukuh dan mampat.

Apabila dimasukkan gelatin, kek batik akan terasa sedikit kenyal apabila dimakan. Jika perlu, masukkan saja, jika tidak tak mengapa.

Gelatin perlu dilarutkan dengan air panas dan pastikan air panas betul-betul sehingga ia mencair sepenuhnya.

Masukkan kesemua bahan-bahan di atas terkecuali gelatin dan juga whipping cream. Pukul sehingga rata dan sekata.

Kemudian baru masukkan whipping cream bersama gelatin yang telah dicairkan. Tuangkan di atas kek batik yang telah dimampatkan itu.

Masukkan ke dalam peti ais dan pastikan ia disejukkan dalam masa sehingga sejam sekurang-kurangnya.

tanpa milo

3. Lapisan Ganache

  • 100 gram whipping cream
  • 100 gram dark chocolate
  • Sesudu kecil butter

Double boil kan kesemua bahan-bahan untuk Ganache yang dinyatakan di atas. Apabila ia sebati perlu tunggu sehingga ia menjadi suam.

Kemudian barulah dituangkan ke atas cream cheese lapisan kedua itu tadi. Biarkan semalaman dan siap.

Baca : Resepi Pizza Roti Gardenia Tanpa Oven

Video Tutorial Cara Buat Kek Batik

Jika anda susah nak masak dengan membaca untuk mengikut resepi di atas, anda mungkin lebih faham melalui tutorial cara buat menggunakan video.

Berikut video yang diambil daripada YouTube yang berkongsi resepi kek batik viral mengikut versi masing-masing.

Kek Batik Horlicks Milky Cheese


Kek Batik Chocolate Beryl's


Akhir Kata

Beberapa gambar dan resepi kek batik premium diambil daripada group Facebook MAHN yang mana ada pengguna yang berkongsi skill mereka, antaranya:


Sebenarnya, untuk buat kek batik tak susah pun, cuma kita kena rajin dan luangkan sedikit masa ketika di dapur, pasti akan menjadi dan puas hati.

Kita boleh olahkan resepi dengan cara kita sendiri sama ada tanpa serbuk koko, milo, nestum, cheese dan sebagainya. Saya suka resepi dari Puan Azlina Ina.

Kepada yang baru nak cuba buat kek batik, sebaiknya ikutlah seperti yang resepi tunjukkan. Buat step by step tanpa skip, insya Allah akan menjadi.

Semoga perkongsian resepi kek batik daripada Muhammad Ali dan Puan Adriana Arissa ini akan membantu anda yang ingin buat sendiri di rumah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog