Surah An-Nas merupakan surah yang terakhir selepas surah al-Falaq dan yang ke 114 di dalam kitab suci Al-Quran. Ia terdiri daripada 6 ayat yang diturunkan sebelum hijrah serta tergolong dalam surah Makkiyyah.
Surah yang diturunkan di Kota Madinah ini diberikan nama sebagai An Nas yang membawa maksud manusia dan ia diambil daripada perkataan An-Nas yang sentiasa disebut di akhir setiap ayat dalam surah istimewa ini.
Jika dilihat, surah ini ternyata sangat ringkas dan pendek ayatnya, walau bagaimanapun, ia membawa makna yang sangat mendalam berkaitan dengan betapa perlunya seorang manusia kepada Allah SWT.
Allah adalah pelindung yang mutlak untuk umat manusia daripada kejahatan syaitan yang kejam dan dengan itu adalah digalakkan manusia sentiasa merayu dan memohon kepada Allah.
Sebagai manusia biasa, kita harus meminta kepada Allah agar dilindungi daripada godaan syaitan biarpun daripada golongan manusia atau pun jin. Sesungguhnya surah ini adalah penerang hati yang mujarab.
Maksud Surah An Nas Rumi dan Jawi Terjemahan
Berikut dikongsikan terjemahan Surah An Nas dalam rumi berserta bacaan jawi termasuk maksud yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan anda yang tidak tahu membaca Bahasa Arab.
Bacaan Surah An Nas Jawi
Bacaan Surah An Nas Rumi
Anda boleh muat turun surah ini dalam bentuk file PDF dalam JAWI dan RUMI berserta dengan audio Mp3 yang dikongsikan tanpa memerlu meminta kebenaran untuk download.
Baca Juga : Surah Al-Ikhlas dan Kelebihannya
Video Bacaan Surah An Nas
Kelebihan Surah An Nas
Berikut beberapa kelebihan yang terdapat pada surah ini apabila kita amalkan dengan membacanya setiap hari dalam apa jua keadaan, antaranya adalah:
1. Mampu sembuhkan seseorang yang terkena buatan sihir dan seumpamanya.
2. Surah boleh dibaca ketika kita tersesat jalam seperti dalam keadaan yang gelap atau di dalam hutan.
3. Amalkan dengan membaca surah An Nas sebanyak tiga kali pada setiap waktu pagi dan petang dengan mendahulukan bacaan surah Al Fatihah dan Al Ikhlas, Insya Allah dengan izin Allah segala keperluan hidup kita lebih sempurna.
4. Amalkanlah bacaan surah ini sekiranya kita ingin memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada godaan syaitan dan bahaya.
5. Surah An Nas amat istimewa kerana mampu menenangkan jiwa seseorang yang sedang dalam keadaan tertekan dan sebagainya.
Semoga perkongsian Surah An Nas berserta dengan maksud terjemahan dilengkap dengan kelebihan yang terdapat dalam surah ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada kita semua. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog