Ucapan Doa Hari Lahir Ringkas Untuk Orang Tersayang

Doa hari lahir untuk anak perempuan lelaki ayah dan ibu sahabat suami isteri kekasih

Ucapan selamat hari jadi atau sanah helwah pasti tidak lengkap sekiranya tiada sambutan majlis doa hari lahir yang perlu dibacakan kepada mereka yang tersayang sempena ulang tahun kelahiran.

Sebagai orang Islam dan umat Rasulullah SAW kita diwajibkan berdoa walau dalam apa keadaan sekalipun dan ini termasuk doa untuk hari lahir dengan penuh kesyukuran kepada seseorang yang kita sayangi.

Selain itu, adalah menjadi sunnah Nabi sekiranya kita mendoakan untuk kesejahteraan dan kebaikan saudara muslimin dan mulismat sesama Islam malahan ada ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan.

Oleh itu, jika ahli keluarga, sahabat, suami, isteri atau anak dan sesiapa yang sedang menyambut hari jadi, bacalah doa hari lahir yang dikongsikan untuk kebaikannya.

Ucapan Doa Hari Lahir Untuk Yang Tersayang


Berikut adalah doa ulang tahun kelahiran yang terbaik untuk seseorang yang disayangi diambil daripada ayat suci Al-Quran untuk dibacakan ketika sambutan hari jadi insan yang anda sayang seperti:

Selamat Hari Jadi / Happy Birthday

  • Untuk anak lelaki atau perempuan kesayangan
  • Pada isteri yang dicintai
  • Khas untuk suami tersayang
  • Untuk ayah dan ibu yang dikasihi
  • Ditujukan pada kekasih hati
  • Untuk sahabat yang jauh di mata
  • Istimewa pada diri sendiri

Ucapan selamat hari lahir dalam Islam

Maksud Dalam Rumi

Ucapan hari jadi ulang tahun kelahiran

Doa Selamat Hari Lahir Rumi


Berikut adalah ucapan doa rumi Islamik yang boleh dibaca pada hari ulang tahun kelahiran dan perkahwinan samada untuk diri sendiri atau untuk orang lain yang anda inginkan.

Ia tidak menjadi kesalahan jika kita berdoa dengan menggunakan terjemahan bahasa Melayu walaupun tiada bahasa Arab atau Jawi, asalkan doa itu tidak terpesong daripada niat asal.

Bacalah doa ini untuk ucapan selamat hari lahir atau di hari ulangtahun pernikahan serta di hari-hari yang bermakna dalam kehidupan kita, semoga dipermudahkan segala urusan dan rezeki.

Ya Allah, kami panjatkan kesyukuran kepada Mu di atas kurniaan nikmat ihsan dan rahmat Mu yang Kau berikan kepada kami. Di hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan.

Kami amat bersyukur di atas pemberian dan kurniaan Mu kepada kami hamba Mu yang kerdil ini diberi nikmat kehidupan yang tidak ternilai dengan anugerah yang sangat banyak nikmatnya.

Ya Allah! Ya Tuhan kami, bersempena dengan hari lahir pada hari ini, kami bermohon agar dilimpahkan berkat dan rahmat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang kami sayangi ini.

Kerana telah melahirkan kami ke dunia ini dan membesarkan kami tanpa diminta balasan sehingga kami menjadi orang yang berguna serta berjaya sehingga ke saat ini.

Ya Allah, Kau gantikanlah setiap kesakitan dan setiap titisan darah ibu yang telah melahirkan kami kepada nikmat yang tidak terhingga ketika mereka berada di syurga Mu nanti.

Gantikanlah setiap penat lelah dan segala keperitan seorang ayah yang telah bersusah payah kerana membesarkan kami dengan nikmat yang indah dan senang ketika di alam syurga Mu nanti.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jika kedua-dua ibu dan ayah kami telah menyahut panggilan Illahi buat selama-lamanya, jadikanlah alam kubur mereka seperti mana sebahagian taman-taman syurga Mu yang indah itu nanti.

Berikanlah mereka kesenangan, keindahan, kedamaian berserta ketenangan dengan penuh lapang tanpa sebarang kesulitan ketika mereka sedang bersemadi.

Ya Allah Ya Tuhan kami! Kau kurniakanlah keberkatan dan rahmat Mu kepada kedua ibu dan ayah kami sebagaimana mereka yang telah menyayangi kami dengan penuh keikhlasan sejak dari dalam kandungan lagi.

Ya Allah, Pimpinlah kami dengan taufik dan hidayah Mu ketika kami sedang meniti usia yang kini semakin dewasa dan tua, supaya kami tidak tersesat dan terpesong akidah.

Tidak rosak akhlaknya dan tidak melanggar syariat Islam. Bimbinglah kami supaya menjadi hamba Mu yang bersyukur sentiasa biarpun nikmat yang diberikan begitu sedikit.

Jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersabar dengan segala cabaran dan dugaan serta akan menjadi hamba Mu yang gagah dan kuat melawan segala godaan nafsu dan syaitan yang kejam.
Kesimpulan

Semoga pada tarikh hari lahir kelahiran atau ulang tahun perkahwinan anda ini lebih bermakna dengan memperbanyakkan bacaan doa dan zikir berserta amalan yang digalakkan semasa sambutan majlis kesyukuran dalam agama Islam.

Semoga perkongsian ucapan ulang tahun kelahiran Islamik ini dapat membantu anda yang ingin membaca doa hari lahir istimewa ini kepada sesiapa sahaja dengan lebih mudah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog