Ucapan Selamat Hari Lahir Mak Yang Tersayang (Ibu Tercinta)

Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu

Selamat Hari Lahir Mak! Ucapan yang teristimewa ini ditujukan khas buat ibu ku yang tersayang, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan urusan dan diberkati Allah SWT.

Sesungguhnya di hari yang istimewa ini, ingin sekali ku katakan pada mak bahawa, engkaulah segalanya bagiku dan kerana engkau juga dapat melihat dunia pada hari ini, Allahu.

Selamat hari jadi mak, terima kasih kerana telah mengandungkan kami anak mak, melahirkan, membesarkan, mendidik dan membesarkan kami semua, sememangnya tidak terbalas segala penat lelah dan jasa mu.

Kasih sayang yang kau berikan tidak ternilai dengan wang ringgit malah setiap peluh keringat yang menitis, setiap nafas yang kau hela dan setitik darah yang mengalir ketika melahirkan kami, sungguh tak dapat dibalas.

Hanya doa untuk mu ibu yang dikasihi agar kau sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah serta diberkati hidup mu di dunia dan akhirat dan segala budimu hanya Allah yang boleh membalasnya.

Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Ibu Tercinta


Hannah Selwah emak

Berikut dikongsikan beberapa ayat ucapan selamat hari lahir untuk ibu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (English) yang boleh anda berikan kepada emak, ibu, ummi, mama, mami dan seumpamanya.

Begitu juga dengan kad ucapan birthday yang diciptakan khas untuk seorang ibu dan wanita yang paling disayangi oleh seorang anak dengan ayat yang sangat menyentuh hati.

Selamat Ulang Tahun Ibuku! Semoga kehidupan mu dipermudahkan segalanya dipanjangkan umur dalam keadaan sihat walafiat serta diberkati oleh-Nya. Semoga sihat selalu ya ibu! I love you.
Ibu sentiasa mengajar aku tentang segalanya dalam kehidupan, semoga aku akan terus dapat belajar sehingga akhir hayat ku dari ibu yang amat ku sayangi selamanya. Selamat hari jadi mak!
Selamat hari jadi ibu, Semoga Allah sentiasa melindungi ibu daripada segala perkara yang tidak baik tetapi didekati dengan perkara yang baik dan membahagiakan kita sekeluarga.
Selamat hari lahir wahai insan yang amat ku sayangi, doa istimewa untuk ibu sentiasa di bibir siang dan malam agar ibu senantiasa diberkati oleh Allah Yang Maha Esa.
Jagalah kesihatan ibu sebaik mungkin dan terima kasih di atas segala pengorbanan yang telah kau berikan sejak dari anak ibu kecil sehinggalah sekarang, sungguh tak dapat dibalas walau seketul emas.
Tiada hadiah yang setara dengan kasih sayang mak, hanyalah diri ku ini sebagai ganti untuk bahagiakan mak selagi nyawa di kandung badan dan semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendak-Nya.
Ibu, maafkan anak mu ini yang masih belum dapat memberikan bahagia kepada ibu tetapi anakmu ini berjanji akan membahagiakan selagi nafas ku dapat dihela dan selagi Allah bersama kita.
Selamat hari lahir mak! Khas untuk wanita yang paling cantik di dunia ini, bergembiralah dan berbahagialah ibu selagi anaknda mu bersama mu sehingga ke akhir hayat.

Baca : Doa Hari Lahir Ringkas Untuk Yang Disayangi

Ucapan Selamat Hari Jadi Ibu Islamik


Berikut pula adalah ucapan selamat hari lahir untuk ibu Islamik yang diungkapkan dengan penuh perasaan dan pasti akan menyentuh hati sekiranya beliau membacanya dengan sepenuh jiwa dan raga.

Ibu, barakallahu fi umrik. Semoga engkau selalu sihat dan bahagia dengan kesihatan yang berpanjangan. Ketahuilah aku akan sentiasa di sini untuk mu, anak mu. Selamat ulang tahun ibu.
Barakallah fii umrik ibu, semoga ibu sentiasa disayangi oleh Allah SWT serta diberikan keberkatan dan dipanjangkan umur dengan penuh kebaikan dan kebahagiaan untul selamanya.
Barakallah fii umrik wahai ibuku, semoga sentiasa diberikan kesihatan zahir dan batin, dilapangkan rezeki dan kesihatan. Selamat Hari Jadi ibu.
Khas untuk ibuku tercinta, Barakallah fii umrik. Harapan anaknda terhadap ibu agar di umur ibu sekarang akan terus diberkati dan disayangi Allah sentiasa.
Kejayaan dan kebahagiaan adalah milik semua orang, begitu juga untuk ibu yang sering anaknda doakan siang dan malam supaya kegembiraan dan kesihatan berpanjangan menjadi milik ibu jua. Barakallah fii umrik.
Tiada sebarang nikmat yang paling indah di dunia ini melainkan menjadi anakmu tersayang serta dipanjangkan umur dengan penuh kenikmatan hidup. Doaku agar ibu juga sering menjadi insan yang mulia selamanya.
Selamat ulang tahun ibuku! Aku tidak mampu berikan kemewahan tetapi aku mampu untuk mendoakan kebahagiaan dan kesenangan ibu daripada Allah SWT.
Selamat hari lahir ibu, maafkan anaknda kerana tidak mampu untuk membuatkan ibu bahagia dengan kemewahan tetapi aku berjanji akan selalu menjaga dan menggembirakan ibu selagi ada kemampuan.
Untuk wanita yang teristimewa dan tercantik di dunia, wahai ibu diucapkan selamat hari lahir, semoga di hari berbahagia ini, ibu akan lebih berbangga kerana anakmu ini sentiasa ada di sisi.
Mungkin ibu lupa, tapi aku tidak pernah lupa hari ulang tahun ibu yang bertarikh pada hari ini, Selamat hari jadi ibuku sayang, doa anakmu sentiasa mengiringi setiap langkah kaki mu dan setiap nafas yang kau hela.
Kau teramat istimewa dalam hidupku, kepada Allah aku selalu memohon agar kau sentiasa bersama ku sehingga ke akhir hayatku. Jika boleh ingin saja ku bawa mu meneroka alam semesta bersama tanda kasih dan sayangku pada ibu.

Kad Ucapan Birthday Untuk Ibu English


Selamat Hari Jadi Ibu

Selamat Hari Lahir Mak

Happy Birthday Mama

Kad birthday untuk emak

Kata-kata hari lahir

Kad ucapan

Hari jadi

Ayat Islamik

Semoga dipanjangkan umur

Dimurahkan rezeki oleh Allah

Hadiah Untuk Ibu


Jika anda bercadang untuk berikan hadiah yang istimewa untuk ibu yang tersayang, kami juga sediakan beberapa idea dan cadangan yang mungkin berguna untuk dijadikan sebagai rujukan dan tak perlu lagi berfikir panjang.


Semua ayat dan kata-kata birthday card di atas bukan sahaja dapat diberikan kepada ibu kandung sendiri atau saudara sahaja malahan untuk ibu mertua juga tidak menjadi kesalahan atau sesiapa yang mnejadi ibu kita.

Semoga perkongsian kad ucapan selamat hari lahir untuk ibu dan mak ini dapat membantu anda untuk menyampaikannya kepada wanita yang anda sayangi itu. Semoga ia berguna dan bermanfaat buat anda seorang anaknya. - Bukit Besi Blog