
Aneka jenis minuman yang sesuai untuk berbuka puasa yang boleh kita buat bagi menghilangkan haus setelah seharian menahan lapar dan dahaga demi memenuhi tuntutan agama yang wajib sebagai orang Islam.
Namun untuk membuat minuman yang menyegarkan dan sesuai dengan kehendak tekak serta selera mengikut citarasa setiap orang pastinya berbeza-beza samada jenis jus air buah, air detox dan sebagainya.
Di sini dikongsikan satu jenis minuman yang sesuai untuk diminum ketika buka puasa yang kini viral di laman sosial selepas dikongsikan oleh Mohamad Arymin melalui group MAHN.
Air Soda Herbs Minuman Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Dahaga selepas seharian berpuasa? Jom kita basahkan tekak dengan resepi minuman soda herbs untuk diminum semasa berbuka nanti. Suami juga boleh tolong sediakan sebabnya sangat mudah.
Bahan-Bahan Untuk 6 Orang Dewasa

- 2 botol (1.2 Liter) Air Bikarbonat Ais Krim Soda
- Satu tin laici
- Daun pudina secukupnya
- Ais atau air batu yang secukupnya
- Dua batang serai diketuk (Optional)
- Asam boi (Optional)
- Sedikit hirisan lemon jika suka
Cara-Cara Menyediakannya

1. Setelah semua bahan dah tersedia. Masukkan ais dan laici ke dalam jug atau bekas minuman anda yang besar.

2. Masukkan pula daun pudina samada sehelai demi sehelai atau dicarikkan serta dihiris, terpulang pada kehendak masing-masing.

3. Selepas itu masukkan kesemua air soda bikarbonat ais krim tersebut ke dalam adunan itu dan kacau sehingga ia sebati sepenuhnya. Siap.
Baca : Resepi Jus Durian Belanda Yang Sedap
Macamana, mudah tak nak buat minuman soda herbs ni? Senang kan? Rasanya semua orang boleh buat tak kira lelaki atau perempuan, budak sekolah atau orang dewasa. Nak tahu sedap ke tak kenalah cuba buat sekali.

Selain itu, anda boleh olahkan bahan-bahan air minuman ini dengan memasukkan bahan lain seperti biji selasih, sagu, buah-buahan dan sebagainya mengikut citarasa dan kreativiti anda sendiri.
Semoga perkongsian resepi air minuman sihat yang sesuai untuk diminum ketika berbuka puasa daripada Mohamad Arymin ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. - Bukit Besi Blog