Resepi Kek Pandan Cheese Leleh Kukus Mudah Lembut & Gebu

Kek pandan cheese

Perkongsian resepi kek pandan cheese leleh kukus dan bakar dengan oven termasuk guna sukatan cawan yang sangat mudah dan ringkas cara untuk membuatnya.

Pasti ramai yang suka makan kek macam ni kan? Biasanya, bila nak makan kita akan beli di kedai, apa kata kali ini kita buat sendiri di rumah.

Walau bagaimanapun, cara nak membuat kek kukus pandan ni, ia memerlukan sedikit kerajinan. Nak makan tapi malas nak buat, semuanya tak akan menjadi.

Resepi kek pandan cheese leleh versi kukus ini dikongsikan oleh Puan Ika Zul daripada Facebook dan caranya lebih kurang dengan kaedah dari Azie Kitchen, FB page Azlina Ina dan laman Che Nom.

Resepi kek kukus ini pasti berbeza kerana kebanyakkan mereka mengolahkan bahan-bahan lain dengan idea dan kreativiti tersendiri yang dikatakan lebih sedap dan menyelerakan.

Resipi Kek Cheese Leleh Pandan Versi Kukus


Resepi kek kukus pandan cheese meleleh

Menurut Puan Ika, kek pandan gebu gebas dan lembut ini menggunakan topping cheese melimpah ruah lebih daripada sekilo. Jika anda suka tanpa ovalette atau tanpa telur, boleh juga tak dimasukkan.

Dan resepi kek ini juga adalah daripada ibunya sendiri dan ia juga untuk jualan berniaga dengan harga menguntungkan katanya. Namun, ada juga versi bakar guna sukatan cawan dan anda yang tentukan.

Sesiapa yang berminat untuk menghasilkan kek pandan cheese ini boleh guna resepi ini kerana anda pasti tidak akan menyesal sebab sedap sangat.

Tanpa ovalette

Bahan A

  • 220 gram tepung gandum
  • Sesudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda birkarbnonat
  • Satu sudu teh cream of tartar

Anda perlu ayak kesemua bahan-bahan A yang dinyatakan di atas dan ketepikan untuk sementara waktu.

Resipi kek pandan cheese bakar sukatan cawan

Bahan B

  • 5 biji telur gred A
  • Sesudu makan Ovalatte
  • 200 gram gula halus
  • Sesudu makan coconut pandan Emulco
  • Sesudu makan pewarna hijau epal

Semua bahan-bahan B perlu diputar dikisarkan dengan mixer pun boleh dan blender sehingga tekstur adunan menjadi gebu gebas sepenuhnya.

Cara masak kek kukus pandan

Bahan C

  • 150 gram minyak

Masukkan semua bahan A yang telah siap ke dalam adunan B itu tadi secara berselang seli dengan bahan C sehingga ia sekata dan sebati.

Masukkan adunan tersebut ke dalam SQ3000. Kemudian kukuskan untuk jangka masa lebih kurang dalam masa 40 minit sehingga masak.

Cheese Topping Meleleh

Cara buat kek kukus cheese pandan

Baca Juga : Resepi Kek Batik Premium dan Indulgence

Bahan-Bahan

  • 750 gram cream cheese
  • 500 gram atau satu tin susu pekat
  • Secawan atau 500 gram Whipping Cream Dairy
  • 562 gram susu penuh krim Dutch Lady

Kisarkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati betul-betul sampai puas hati.

Crumble hijau perlu diambilkan sedikit daripada kek yang telah anda pecah-pecahkan.

Kemudian cucukkan dengan menggunakan garpu, Seterusnya tuang topping cheese ke atas kek yang telah siap.

Kek kukus

Setelah itu putarkan cheddar. Yang terakhir adalah dengan menaburkan crumble hijau di tepi kek tersebut. Semuanya telah siap sedia untuk dimakan.

Bahan topping anda boleh dapatkan dalam dua bekas bersaiz 300 sebekas 1500.

Macamana? Mudah je kan nak buat kek pandan ni? Ada yang kata antara kukus dan bakar, yang dikukus lebih sedap, betul ke? Tepuk dada tanya selera. Citarasa masing-masing dan buat sendiri lebih puas hati.

Semoga perkongsian resepi kek pandan cheese leleh kukus yang sedap dari Puan Ika Zul ini akan dapat membantu anda semua untuk mencuba masakkan kek seperti ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog