Ayatul Kursi atau juga dipanggil sebagai Ayat Kursi yang amat istimewa dan mempunyai kelebihan dan maksud tersendiri terdapat dalam Surah Al-Baqarah pada ayat yang ke-255.
Ia juga dikenali sebagai Penghulu Segala Ayat suci Al-Quran serta turut mengisahkan tentang keagungan Allah SWT berserta dengan kekuasaanNya yang tiada batasan dalam dunia dan akhirat ini.
Jika anda sedang mencari bacaan Ayat Kursi rumi dan jawi serta maksud terjemahan ayat ini dalam Bahasa Melayu dengan bentuk file PDF, video dan audio MP3, kami sediakan untuk memudahkan anda.
Tempat Duduk Yang Megah Lagi Mempunyai Martabat, itulah makna dalam perkataan Kursi yang sering disebut sebagai Ayatul Kursi sejak zaman dahulu sehingga sekarang.
Jika sesiapa yang sentiasa membaca dan mengamalkan ayat ini pastinya ia akan dilindungi serta mendapat keredhaan Allah SWT, inilah antara kelebihan dan kebaikannya.
Bacaan Ayat Kursi Rumi dan Maksud Terjemahan
Kebiasaannya, Ayat Kursi sering dibaca ketika sebelum tidur atau sewaktu nak keluar dari rumah dijadikan sebagai pendinding diri untuk mengelakkan gangguan jin, syaitan, iblis dan anasir-anasir jahat.
Berikut adalah perkongsian Ayat Kursi rumi dan jawi iaitu tulisan Arab berserta dengan makna terjemahan dan tulisan khas untuk anda yang ingin membaca dalam Bahasa Melayu.
Surah Al-Kursi Dalam Jawi
Ayatul Kursi Rumi
Terjemahan Maksud Ayat Al Kursi
Baca : Ayat-Ayat Ruqyah Full Untuk Penawar Sihir
Percuma Download Ayat Kursi MP3 & PDF
Anda boleh download Ayat Kursi bacaan penuh untuk PDF dan audio MP3 yang disediakan secara percuma tanpa perlu meminta kebenaran terlebih dahulu, hanya klik butang berwarna biru di bawah:
Kelebihan Membaca Ayatul Kursi
Sebenarnya, terlalu banyak kelebihan Ayat Kursi termasuk fadhilat dan manfaat sekiranya kita membacanya serta dijadikan rutin dalam kehidupan seharian tanpa henti.
Walau bagaimanapun, antara kebaikan bacaan surah kursi yang teramat istimewa ini dihuraikan dengan jelas oleh laman Mufti Wilayah Persekutuan berpandukan nas dan hadis sahih iaitu:
Pasti ada yang tertanya mengapa Ayat Kursi tersangat istimewanya sehingga tercari-cari apakah jawapan dan kebenaran daripada kenyataan tersebut, jawapannya seperti di bawah.
Menurut Mufti Wilayah, untuk menjawab segala pertanyaan dan persoalan di atas, jawapan tersebut telah diberikan oleh Imam Al-San'ani:
Sesungguhnya, Ayat Al-Kursi sangat luar biasa dan amat sukar untuk diterjemahkan betapa hebatnya jika sesiapa sahaja mengamalkannya dengan ikhlas dan kusyuk serta bersungguh-sungguh.
Semoga perkongsian bacaan Ayat Kursi rumi dan jawi berserta dengan maksud terjemahan dalam Bahasa Melayu ini akan dapat membantu anda untuk faham tentang surah ini dengan lebih mendalam. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog