Surah Al-Kahfi Rumi & Jawi Ayat 1-110 Maksud Terjemahan & PDF MP3

Surah Al Kahfi

Dapatkan Surah Al-Kahfi rumi dan jawi termasuk terjemahan maksud dalam Bahasa Melayu yang boleh anda download dalam bentuk file PDF, audio MP3 dan gambar-gambar dalam tulisan Arab.

Banyak keistimewaan dan kelebihan Surah Al-Kahfi jika ia dibaca serta diamalkan dalam kehidupan seharian walaupun sekadar ayat 1 hingga 10 atau 10 ayat yang terakhir di dalamnya yang penuh dengan kebaikan.

Surah Al-Kahfi merupakan salah satu daripada golongan surah Makkiyyah iaitu surah yang ke-18 dalam kitab suci Al-Quran yang mempunyai sebanyak 110 ayat dan diturunkan di Kota Mekah dan sebahagiannya iaitu ayat 28, 83 dan 101 diturunkan di Madinah.

Diberi nama sebagai Al-Kahfi dalam Bahasa Arab yang bermaksud GUA serta Ashabul Kahfi yang bererti Penghuni-Penghuni Gua seperti yang disebut dalam ayat yang ke-9 sehingga ke ayat yang ke-26.

Ia menceritakan tentang beberapa orang yang tidur di dalam gua dalam jangka masa bertahun lamanya dan kisah daripada surah Al-Kahfi ini mempunyai pengajaran yang amat bernilai untuk kehidupan manusia.

Fadhilat dan kelebihan Surah Al-Kahfi sememangnya terlalu banyak untuk dihuraikan malahan amat digalakkan kita sentiasa membaca surah ini pada setiap hari Jumaat penghulu segala hari.

Ini jelas kerana sesiapa sahaja yang membacanya akan mendapat kelebihan ganjaran pahala yang amat besar walaupun seseorang itu langsung tidak memahami Bahasa Arab iaitu Jawi.

Oleh itu, surah-surah apa pun yang terdapat dalam Al-Quran boleh anda baca pada bila-bila saja mengikut kesesuaian tanpa mengira waktu tertentu terkecuali terdapat dalil dan hadis sahih berkait dengan perkara tersebut.

Yang pastinya, pada hari Jumaat dan malam Jumaat kita disunatkan baca Surah Al-Kahfi ini seperti yang diterangkan tentang darjatnya melalui hadis sahih iaitu sabda Nabi Muhammad SAW:

Al-Kahfi

Surah Al-Kahfi Rumi & Jawi dan Terjemahan


Dikongsikan Surah Al-Kafi penuh daripada ayat 1 iaitu pertama sehingga ke ayat 110 yang akhir termasuk dengan bacaan rumi dan jawi berserta terjemahan dengan file PDF dan Mp3 yang boleh anda download secara percuma jika memerlukan.


Surah Al-Kahfi Rumi dan Terjemahan

Maksud Surah Al Kahfi Penuh

Membaca dan menghafal

Terjemahan Bahasa Rumi

YouTube Surah Al-Kahfi

Kelebihan dan Fadhilat

Full

Makna dan Pengertian

Kebaikan dan Ganjaran Pahala

Juz berapa

Surah Al-Kahf MP3 Free Download

Surah Al-Kahfi PDF Download

Download Surah Al Kahfi ayat 1-10 dan 100-110 PDF

Download Audio Bacaan Surah Al-Kahfi MP3 Mishari Rashid

10 Ayat pertama

10 Ayat yang akhir

Ayat 1-5

Ayat 101-110

Ayat 18

Surah Al-Kahfi ayat 1-10 terjemahan

Surah Al Kahfi Full

Ringkas

Lengkap

Al Kahfi 1-10 Al Quran

Ayat 10

Muka Surat Berapa

Kelebihan Membaca Surah AlKahfi

Surah AlKahfi Jawi

Ayat 19

Ayat 44

Full Ayat

Al Kahfi PDF

Surat Al-Kahfi

Waktu baca

Jom baca

Khasiat Surah Al-Kahfi

Bahasa Melayu

AlKahfi

Intisari Ayat

Hadis tentang

Yang Merdu

Pada Malam Hari Jumaat

Intipati

Misyari Rashid

Kelebihan Baca

Mufti Wilayah Persekutuan

Ayat 11

Download bacaan Surah Al Kahfi

Mp3 Free Download

Ayat 107 110

Manfaat al-Kafi

Pengajaran Cerita

Tadabbur Surah Al Kahfi

Surah Al Kahfi Rumi dan Jawi

10 ayat terakhir surah al kahfi dan terjemahannya

Baca : Surah Al-Mulk Terjemahan Rumi dan Jawi

Bacaan Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 dan 100-110


Berikut adalah video ringkas Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 dan 101-110 lengkap dengan bacaan rumi dan jawi serta terjemahan Bahasa Melayu daripada YouTube yang dikongsikan oleh Channel Al-Haq Studio.

10 ayat terawal menceritakan tentang kandungan Al-Quran dan berkaitan dengan orang-orang yang kufur serta orang yang beriman kepada Al-Quran dan 10 ayat terakhir pula memaparkan natijah untuk mereka yang beriman serta kufur.


Download Surah Al Kahfi PDF & MP3


Jika anda perlukan Surah Al-Kahfi dalam bacaan rumi dan jawi termasuk terjemahan yang berbentuk file PDF berserta dengan audio MP3 yang dialunkan dengan merdu, anda boleh download kesemuanya.

Anda tidak perlu meminta kebenaran sekiranya ingin muat turun semua file yang berkaitan kerana ianya diberikan secara percuma tanpa sebarang bayaran, sila download pada butang di bawah:


Kesimpulan

Sesiapa sahaja yang mengamalkan dan membaca setiap hari, dialah yang paling beruntung kerana setiap bacaan dan kebaikan yang terdapat di dalam surah ini dikurniakan oleh Allah SWT ganjaran pahala yang teramat besar seperti yang dijanjikan.

Semoga perkongsian bacaan penuh Surah Al-Kahfi rumi dan jawi berserta dengan terjemahan maksud yang lengkap dengan PDF dan MP3 yang boleh anda download ini akan bermanfaat untuk anda dan mereka yang sedang belajar. - Bukit Besi Blog