Bacaan Doa Sebelum Makan dan Selepas Makan Rumi & Jawi

Doa Makan

Bacaan doa sebelum makan dan selepas makan serta minum lengkap dalam rumi dan jawi semestinya telah diajarkan oleh kedua ibu bapa kita sejak dari kecil kerana ia adalah sunnah Nabi Muhammad SAW dalam Islam.

Jadi, tidak hairanlah jika anda melihat budak kecil yang berusia dua tahun telah pandai membaca bacaan doa makan penuh yang panjang atau pendek kerana mereka telah belajar semenjak boleh bercakap.

Walaupun sebutan mereka tidak berapa betul tetapi ramai yang boleh menghafalnya dengan baik apabila sentiasa diajarkan pada setiap hari. Inilah perkara yang sepatutnya ayah dan ibu buat untuk anak mereka.

Sebenarnya, ada beberapa bacaan doa sebelum dan selepas makan termasuk doa sebelum dan selepas minum berserta maksudnya yang boleh kita belajar agar ianya akan diredhai Allah SWT hendaknya.

Doa Makan & Minum Sebelum dan Selepas


Doa makan yang betul

Berikut dikongsikan bacaan doa sebelum makan dan selepas makan serta selepas minum dengan ayat yang ringkas dalam rumi dan jawi serta terjemahan maksud bagi memudahkan mereka yang tak tahu membaca tulisan Arab.

Doa Sebelum Makan


Doa Sebelum Makan

Doa Selepas Makan


Doa Selepas Makan rumi

Doa Selepas Minum


Doa Selepas Minum

Mengapa kita perlu baca doa makan dan minum sebelum atau sesudah dalam kehidupan seharian? Adakah ia diwajibkan atau bagaimana jika kita tidak membacanya serta mengabaikan semua doa-doa ini?

Sebenarnya, dalam kehidupan kita walau di mana pun berada semestinya ada makhluk lain yang mendampingi tanpa kita sedari seperti iblis, syaitan, jin dan sebagainya yang sentiasa ada tanpa kita ketahui.

Sebagai contoh, ketika anda sedang makan tanpa membaca doa makan, makhluk seperti syaitan dan iblis tentunya sedang makan bersama kita, sedangkan manusia tidak dapat melihat makhluk seperti itu dengan mata kasar.

Akibat daripada perbuatan tersebut dengan tidak membaca doa makan, seperti yang ibu selalu katakan ada benarnya iaitu makanan yang dimakan pasti akan hilang keberkatannya walaupun kesedapannya tetap ada.

Iblis dan syaitan telah bersumpah akan membuatkan manusia sentiasa berada dalam keraguan, kerakusan atau ketakutan dan sebagainya yang berada di dalam hati seorang manusia dengan fikiran yang negatif.

Punca kegagalan kehidupan seorang manusia juga berkait dengan cara kita makan tanpa amalkan amalan berdoa sebelum makan dan selepas makan begitu juga dengan meminum air yang putih bersih atau suci.

Perkara ini jelas dan terang yang harus semua orang-orang Islam menitikberatkan dan ia terbukti melalui satu hadis menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda seperti berikut:

Doa sebelum dan selepas makan jawi

Maksudnya :

Rasulullah SAW pernah duduk dan ada seorang lelaki pada ketika itu sedang tapi tak membaca nama Allah sehingga tak tinggal dari makanannya melainkan hanya satu suapan sahaja.

Kemudian, ketika dia mengangkat suapan terakhir tersebut ke dalam mulutnya, dia membaca 'Bismillahi Awwaluhu wa Akhiruhu' (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.)

Nabi Muhammad SAW ketawa dan kemudian terus bersabda: Syaitan terus makan bersamanya, kemudian apabila dia menyebut nama Allah SWT, syaitan tersebut memuntahkan semula semua makanan yang ada di dalam perutnya (makanan yang dimakan).
- [HR Abu Daud (3768)]

Baca : Bacaan Doa Tidur dan Mimpi Buruk

Doa Ketika Terlupa Baca Doa Makan


Sebagai seorang manusia biasa pastinya kita ada membuat kesilapan dalam hidup seharian seperti kerana terlalu lapar sehingga terlupa untuk membaca doa sebelum menjamah makanan.

Sebenarnya, jika kita terlupa membaca doa makan tersebut, masih ada doa lain yang boleh kita bacakan seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW khas untuk umatnya yang lupa membaca doa semasa nak makan.

Bacaan doa tersebut didapati daripada sebuah hadis yang mengatakan Aisyah R.anha berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda seperti berikut:

Doa sebelum makan dan minum

Ia bertepatan pula dengan sebuah hadis daripada Sahih Ibn Hibban yang telah menukilkan satu riwayat berlainan daripada Abdullah Bin Mas'ud RA seperti dinyatakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan:

Maksud doa makan

Baca : Doa Selamat Majlis Kesyukuran

Kesimpulan

Jadi, mulai sekarang mereka yang sebelum ini tak amalkan bacaan doa sebelum makan dan selepas selesai makan, eloklah mengamalkan dari sekarang kerana banyak kelebihan dan keberkatan yang Allah berikan kepada kita.

Selain itu, amalan membaca doa sebelum membuat setiap satu perkara dalam kehidupan seharian dengan apa yang kita akan lakukan adalah sangat digalakkan sepertimana Rasulullah SAW mengamalkannya.

Inilah sunnah Nabi yang harus kita contohi, bacalah doa sebelum membuat sesuatu perkara termasuk tidur, keluar, rumah dan sebagainya kerana satu hadis telah menjelaskan tentang ini:

Doa sebelum makan dan selepas makan maksud

Sebenarnya sangat baik kita amalkan bacaan doa makan seperti yang telah diajarkan oleh ibu bapa atau di sekolah sewaktu kecil dulu kerana dalam doa ini mempunyai kata-kata memuji Allah serta memohon kepada-Nya.

Bukan saja memperolehi keberkatan dengan membaca doa sebelum makan dan selepas makan malahan kita boleh menghindari daripada iblis, syaitan, gangguan jin, ilmu hitam, sihir dan juga santau.

Begitu juga untuk membuat sebarang perkerjaan atau apa sahaja yang akan kita lakukan, latihlah diri untuk membaca Bismillah dan doa terlebih dahulu, insya Allah perbuatan kita akan diberkati Allah SWT.

Semoga perkongsian doa makan sebelum dan selepas ini akan dapat membantu adik-adik dan sesiapa yang baru belajar untuk membaca doa ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog