Jika anda sedang mencari doa masuk tandas dan keluar tandas, kami kongsikan bacaan tersebut dalam rumi dan jawi berserta dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan mereka yang ingin belajar.
Dalam kehidupan sebagai umat Islam kita mempunyai adab-adab tertentu seperti yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, begitu juga adab ketika berada dalam tandas yang perlu kita titikberatkan.
Mengapa? Kerana tandas bukan sahaja tumpuan manusia malahan amat disukai oleh iblis dan syaitan yang menghuni tempat pembuangan najis ini sejak dahulu kala lagi sehinggalah sekarang dan sampai bila-bila.
Disebabkan itulah, kita wajib menjaga adab kita berada di dalam tandas dan perlu membaca doa sebelum, samada berada di dalamnya serta ketika atau selepas keluar dari tandas tersebut.
Bacaan Doa Masuk Tandas dan Keluar Tandas
Sebenarnya sangat banyak kelebihan membaca doa masuk tandas dan ketika keluar daripada tandas, antaranya kita dapat mengusir atau mengelakkan dari bersama-sama dengan makhluk iblis dan syaitan.
Oleh itu, mari kita amalkan adab-adab yang baik seperti sunnah Nabi dan mengamalkan beberapa perkara seperti yang dinyatakan di bawah sepertimana yang amat digalakkan dalam Islam.
1. Membaca Doa Sebelum Masuk Ke Tandas
Nabi Muhammad SAW turut mengamalkan bacaan doa tandas ini seperti yang telah diriwayatkan oleh Anas Bin Malik R.A sebagaimana berikut:
Kita disunatkan membaca doa tersebut untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada syaitan laknatullah sewaktu masuk ke tandas kerana syaitan amat menyukai di tempat terbuka aurat dan mempunyai najis kotor.
Manakala dalam hadis lain pula Rasulullah SAW turut bersabda seperti yang dinyatakan di bawah:
Doa Masuk Tandas
Berdasarkan sabda Nabi SAW di atas, kita seharusnya membaca doa ini sewaktu berada di luar tandas atau sebelum masuk ke dalamnya dengan bacaan doa berikut:
2. Menutup Kepala Dengan Kopiah dan Sebagainya
Sunat sekiranya kita menutup kepala dengan kopiah atau bertudung serta memastikan kepala ditutup setiap kali ingin ke tandas, ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A:
Dan Imam Baihaqi turut meriwayatkan dalam sebuah hadis:
3. Masuk Dengan Mendahulukan Kaki Kiri
Adalah sunat jika kita mendahului kaki kiri terlebih dahulu sekiranya kita pergi ke tempat yang tidak baik seperti kawasan orang yang zalim atau tempat maksiat.
Kita juga disunatkan mendahului kaki kanan untuk memijak di tempat-tempat yang baik sepertimana sunnah Nabi SAW yang mengamalkan dengan kaki atau tangan kanan dalam setiap perkara yang baik. Aisyah R.A meriwayatkan:
Apabila kita hendak keluar daripada tandas, kita digalakkan dengan keluar menggunakan kaki kanan terlebih dahulu dan ini termasuk di tempat seperti rumah, surau dan masjid.
4. Memakai Alas Kaki, Kasut atau Selipar
Memakai sebarang alas kaki seperti selipar adalah bertujuan untuk menjaga kebersihan dengan teratur dan lengkap terhadap kaki daripada terdedah dengan kekotoran yang terdapat dalam tandas seperti najis dan sebagainya.
Ada hadis yang turut menjelaskan tentang penjagaan kebersihan ketika berada di tandas seperti daripada Habib Bin Salih yang meriwayatkan:
5. Tidak Membawa Barang Terlarang
Membawa bersama ke tandas barangan seperti Al-Quran atau seumpamanya seperti zikir, hadis dan yang tertera kalimah Allah adalah amat dilarang serta menjadi satu kesalahan kerana tidak menjaga kehormatan dan nilainya.
Mengapa? Kerana tandas adalah tempat membuang najis dan segala kotoran manusia. Ayat-ayat suci Al-Quran serta kalimah Allah adalah satu perkara yang perlu kita hormati dan menjagainya.
Hadis tersebut jelas menyatakan tentang cincin milik Nabi SAW yang tertera perkataan Muhammad Rasulullah yang mana Baginda tetap membuka pemakaian cincinnya sebelum masuk ke tandas.
Oleh itu, jika kita mempunyai sebarang benda seperti cincin atau penutup kepala yang terdapat ayat-ayat Quran atau zikir dan sebagainya, wajib ditinggalkan di luar tandas untuk sementara waktu.
Walau bagaimanapun, risau jika barang tersebut hilang di luar, kita boleh membuka serta menyimpannya di dalam poket, begitu juga cincin yang boleh kita simpankan di dalam pakaian.
Sekiranya, kita tidak dapat mencabut atau membukanya dengan segera, kita hendaklah memusingkan tulisan cincin tersebut ke sebelah tangan iaitu ke dalam genggaman tangan agar tidak terlihat, mudahkan Islam?
6. Menjaga Aurat Dari Dilihat Oleh Orang
Menurut sebuah hadis yang dikata oleh Abdurrahman Bin Abi Quraad yang membawa maksud:
"Saya pernah bersama Rasulullah SAW ke sebuah padang yang luas. Apabila Baginda ingin menunaikan hajat maka Baginda akan pergi jauh-jauh." (Hadis Nasaai)
Tujuan Baginda jelas menunjukkan bahawa agar tiada sesiapa atau orang lain yang dapat melihat aurat diri kita. Perkara ini berkaitan dengan membuang air di tempat yang terbuka.
Walau bagaimanapun, sekiranya kita buang air di tempat tertutup, kita haruslah membuka aurat selepas masuk serta pintu tandas telah pun ditutup tanpa sesiapa yang nampak.
Namun, zaman sekarang masih ada mereka-mereka yang membuka aurat di luar tandas sehingga aurat sendiri dapat dilihat oleh orang lain walaupun sesama jantina.
7. Tidak Menghadap atau Membelakangi Arah Kiblat
Kita dilarang tidak menghadap kiblat serta membelakanginya sewaktu membuang air di tempat yang terbuka seperti di padang atau sebagainya kerana Rasulullah SAW bersabda:
Walau bagaimanapun, jika berada di dalam tempat yang tertutup seperti tandas, maka perkara ini tidak menjadi masalah walaupun menghadap kiblat memandangkan adanya dinding di antara kiblat dan tempat pembuangan.
8. Tidak Bercakap Ketika Buang Air
Mengapa orang Islam dilarang berbual atau bercakap sewaktu melepaskan hajat di dalam tandas? Jawapannya didapati melalui Abdullah Bin Umar R.A yang meriwayatkan:
Manakala Jabir R.A turut meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Tetapi ia berbeza pada orang-orang Islam hari ini khususnya di Malaysia yang sentiasa bercakap sewaktu berada dalam tandas atau bercakap menggunakan telefon bimbit serta menyanyi menghiburkan hati.
Apa yang lebih memalukan adalah dengan makan atau minum dalam tandas, tindakan ini sangat tidak patut dilakukan jika seseorang itu tahu tentang hukum dan adab ketika masuk serta keluar tandas.
9. Membaca Doa Ketika Keluar Tandas
Doa berikut adalah bacaan doa ketika berada di luar tandas seperti yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Imam Ahmad berserta daripada Imam Bukhari sebagai berikutnya:
Doa Keluar Tandas
Mungkin ramai yang terlupa tentang buang air kecil dan besar adalah nikmat yang teramat istimewa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita serta tidak pula kita mengucapkan syukur dan berdoa semasa keluar dari tandas.
Untuk anda yang memerlukan bacaan doa ini dalam bentuk file PDF untuk rujukan dan simpanan dalam telefon, anda boleh download secara percuma dengan klik butang di bawah tanpa perlu meminta kebenaran.
Baca : Doa Sebelum Makan dan Selepas Makan Bahasa Rumi
Bacaan Doa Untuk Kanak-Kanak
Disertakan juga video daripada YouTube Channel Alif Sofea, bacaan doa sewaktu memasuki ke tandas dan semasa nak keluar dari tandas dengan tujuan agar kanak-kanak boleh hafal dan mungkin lebih mudah faham.
Kesimpulan
Sebagai umat Islam, sebaiknya kita terus amalkan bacaan doa ketika nak masuk dan keluar tandas ini dalam kehidupan serta menjadikan ia sebagai amalan rutin harian yang wajib dibaca setiap hari.
Insya Allah, jika sentiasa mengamalkan doa ini pasti kita akan terbiasa seperti kata Ustaz Azhar Idrus dan lebih baik turut disampaikan kepada sesiapa yang masih belum tahu seperti anak atau adik beradik kita.
Semoga perkongsian bacaan doa masuk tandas dan keluar tandas ini dapat membantu kanak-kanak yang masih belajar di sekolah atau mereka yang ingin mempelajar membaca dengan baik lagi, semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog