Resepi Nasi Ayam Hainan Simple Sedap Original Dari Muallaf

Resepi Nasi Ayam Hainan

Apakah rahsia tersembunyi untuk nasi ayam hainan sedap dan lembut? Sebenarnya cara buat masakan ini kalau ingin berselera makan, anda perlu dapatkan resepi original ringkas daripada orang Cina yang pakar dengan menu ini.

Masakan nasi ayam sebenarnya berasal daripada negara China dan dikatakan ia bukanlah menu asal dari Malaysia tetapi kini ia menjadi antara makanan yang digemari ramai oleh orang Melayu, India dan pelbagai kaum lagi.

Antara variasi yang terdapat di negara kita adalah dari jenis resepi kukus, bakar dan ada yang mempunyai kuah madu, namun yang paling mudah dan sedap adalah nasi ayam hainan yang sering menjadi pilihan.

Resepi nasi ayam hainan sangat mudah dibuat selain dapat menjimatkan masa malahan anda boleh memasak dengan menggunakan rice cooker sahaja atau periuk steamer 2 in 1 yang boleh kukus.

Resepi nasi ayam hainan yang kami kongsikan diperkenalkan oleh sepasang suami isteri Muallaf yang berkongsi cara untuk menyediakannya kini viral di laman sosial kerana kesedapan Chicken Rice With Roasted Chicken ini.

Selain ia mempunyai berbagai versi dan variasi, ia boleh diolah mengikut kreativiti tukang masak masing-masing tetapi pastinya rasa yang berbeza mengikut air tangan seseorang dan cara masak yang berlainan.

Di sini kami kongsikan resepi nasi ayam hainan yang paling sedap dan anda boleh buat sendiri dengan mengikut bagaimana ia disajikan step by step tanpa skip setiap bahan-bahan asas yang diperlukan.

Resepi Nasi Ayam Hainan Simple Sedap


Menurut Puan Noraini dan suaminya Ashraf Chang yang merendah diri berkata, resepi ini tidaklah sehebat mana sekiranya ada kekurangan harap dimaafkan, ia dikongsikan kerana mereka tahu ramai yang sukakan makanan ini.

Resepi ini adalah versi Roasted Chicken dan anda boleh skip pada bahagian panggang ayam dan menjadikan Nasi Ayam Hainan katanya. Semoga memberi manfaat kepada semua yang ingin memasaknya.

Bahan-Bahan Utama

A. Stok Ayam dan Ayam Panggang

Cara buat nasi ayam hainan original

1. Masukkan bawang putih, daun bawang (bahagian putih sahaja), halia dan 1/2 kiub stok ayam (Optional) ke dalam periuk yang mengandungi air dan ayam yang melitupi keseluruhan ayamnya.

2. Didihkan ia sehingga ayam menjadi lembut dalam anggaran masa lebih kurang 30 sehingga 40 minit.

3. Setelah 40 minit berlalu, keluarkan ayam daripada sup dan masukkan dengan segera ke dalam air sejuk selama satu hingga dua minit untuk berhentikan proses ayam masak.

4. Kemudian, keluarkan ayam dari air sejuk dan lumurkan secara rata dengan sedikit sahaja kicap pekat, kicap cair dan perap selama 15 minit lebih kurang.

5. Selepas ayam diperap sepenuhnya, masukkan pula ke dalam Air Fryer dengan suhu 160 Darjah untuk selama 10 hingga 15 minit. Boleh juga ia dimasukkan ke dalam oven. Ayam sememangnya dah masak dalam sup dan kita perlu bakar untuk jadikan ia cantik.

6. Stok ayam atau sup akan digunakan untuk membuat nasi ayam dan sup. Anda boleh juga buat seekor ayam yang tak dipotong yang isi perut dan bahagian dalamnya dibuang serta dibasuh bersih atau boleh juga bahagian Thigh seperti dalam gambar.

B. Penyediaan Nasi Ayam Hainan

Resepi nasi ayam roasted cina

1. Anda perlu goreng lemak ayam sehingga ia keluar minyak dengan banyak.

2. Tumiskan bawang merah, bawang putih atau bawang Holland serta halia yang telah dihiris ke dalam minyak ayam.

3. Selepas kelihatan garing, masukkan pula hasil tumisan ke dalam beras yang telah siap dicuci dengan bersih.

Resipi nasi ayam hainan viral

4. Masukkan stok ayam mengikut sukatan cawan beras, satu cawan nasi, satu stok ayam dan sukatan ini adalah untuk Periuk Pressure Cooker.

5. Seterusnya, perasakan dengan garam secukupnya mengikut kehendak sendiri dan titiskan pula sedikit minyak bijan. Masakkan nasi seperti biasa guna Rice Cooker dan saya guna Pressure Cooker.

Chinese Style

Baca : Resepi Nasi Ayam Thai Style Viral Sedap dan Mudah

C. Penyediaan Sos Nasi Ayam

Ala chicken rice shop

1. Kisarkan bawang putih bersama halia, serai yang bahagian putih sahaja, cili api jika nak pedas lebih, cili merah, akar daun ketumbar, gula merah, garam secukup rasa serta stik ayam sebanyak setengah cawan.

D. Penyediaan Kicap

Cara masak nasi ayam

1. Kicap pekat dalam kuantiti setengah sudu, kicap cair sesudu, minyak bijan 1/2 sudu dan juga stok ayam dua sudu. (Agak2 sahaja).

E. Penyediaan Sup Ayam

Nasi ayam hainan resepi simple sedap

1. Gunakan stok ayam yang telah siap disediakan di awal proses nasi ayam hainan. Tambahkan Fish Ball, daun bawang dan bawang goreng. Saya tidak guna garam untuk sup ini dan kuantiti boleh lihat pada gambar.

Macamana, senang tak? Cara nak buat nasi ayam hainan sememangnya sangat mudah dan simple saja bahan-bahannya. Kalau ikut resepi langkah demi langkah tanpa derhaka pasti menjadi dan sedap.

Cara Buat Hainanese Chicken Rice


Berikut adalah perkongsian video cara-cara nak masak nasi ayam hainan atau Hainanese Chicken Rice Chinese Style daripada channel YouTube Puan Zeiom, sila lihat dan fahamkan betul-betul.


Baca : Resepi Bubur Nasi Ayam Mudah

Kesimpulan

Resepi nasi ayam hainan juga berbeza-beza rasanya kerana ramai pakar masakan yang menambahkan bahan lain untuk sedapkan lagi masakan ini dan anda perlu bijak memilih mengikut citarasa dan tekak sendiri.

Antara resepi yang popular sering menjadi pilihan ramai adalah daripada blogger Azie Kitchen, blog Che Nom, Chef Wan, Puan Azlita, Sheila Rusly, original dari Ipoh, Ashraf Chang dan berbagai lagi.

Tetapi jika anda malas masak dan nak beli atau makan di kedai, ada satu restoran di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang jual nasi ayam hainan paling sedap dan amat terkenal di KL.

Semoga perkongsian resepi nasi ayam hainan sihat dari orang Cina ini akan dapat membantu anda sediakan masakan ini dengan cepat dan mudah. Selamat mencuba. - Bukit Besi Blog