Resepi Nasi Ayam Thai Viral Simple dan Sedap

resepi nasi ayam thai

Pasti ramai yang tahu cara masak nasi ayam dan mungkin ada yang masih tak tahu resepi style Thai yang viral di laman Facebook beberapa bulan lalu.

Rupanya nasi ayam ada berbagai jenis iaitu jenis biasa, Hainan, Thai dan sebagainya. Walau bagaimanapun, semuanya sedap dengan cara tersendiri.

Untuk kali ini, kami kongsikan resepi nasi ayam Thai yang mana cara memasak hampir sama dengan nasi ayam yang lain cuma bahan-bahannya saja sedikit berbeza.

Apa yang menarik, nasi ayam dimasak hanya guna periuk rice cooker menjadikan resepi ini sangat mudah dan boleh dibuat oleh semua orang.

Resepi Nasi Ayam Thai Style


cara masak nasi ayam

Bahan-Bahan Untuk Nasi Ayam & Sup

nasi ayam resepi ala thai

  • Seekor ayam dipotong 4
  • 4 cawan beras
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang besar
  • Akar ketumbar
  • Perasa Maggi Cukup Rasa
  • 2 kiub pati ayam

Bahan-Bahan Untuk Sos dan Ulam

nasi ayam thailand

Ulam

  • Tomato
  • Timun Jepun
  • Salad

Sos Nasi Ayam

sambal cili

  • Sos cili Thai
  • Cili padi
  • Daun ketumbar

Untuk nasi jika mengikut berapa orang makan, anda boleh tambahkan kuantiti pot beras begitu juga dengan bawang putih dan besar termasuk perasa Maggi.

Untuk sos cili Thai pula, anda boleh guna apa jenis sekalipun dan dalam resepi ini digunakan brand Maepranom seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Baca : Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Cara-cara Memasak

nasi ayam viral

Untuk merebus ayam, pastikan anda masukkan akar dan batang ketumbar serta bawang putih, bawang besar dan kiub ayam seperti kaedah dalam gambar.

Rebuskan ayam dengan bahan-bahan tersebut di atas dengan potongan yang kasar. Rebus ayam sehingga 3/4 masak dan tidak perlu dimasukkan garam kerana kiub ayam dah masin.

Setelah ayam masak selepas direbus, bahagikan air rebusan kepada dua bahagian iaitu untuk nasi dan untuk sup ayam nanti.

Cara Masak Nasi

resepi sos nasi ayam

Untuk memasak nasi ayam, basuhkan beras seperti anda membasuh untuk nbasi biasa. Gunakan air rebusan ayam sepenuhnya untuk masak nasi dan tak perlu lagi tambah air.

Jika ditambah air, rasa ayam mungkin akan hilang dan sukatan air pula sebanyak 5 cawan air rebusan untuk 4 cawan beras.

Kemudian, letakkan ayam yang telah direbus 3/4 itu tadi di atas nasi dan masak seperti biasa serta tunggu sehingga nasi sepenuhnya.

Untuk sup ayam pula, tambahkan kaki atau tulang ayam, daun ketumbar dan perasakan dengan garam sedikit sahaja kerana telah diletakkan kiub ayam dan perasa Maggi.

Sementara menunggu nasi masak, anda boleh sediakan sos ayam atau sambalnya. Ia lagi mudah kerana semuanya dah tersedia sebab menggunakan sos cili dalam botol.

Perlu diingatkan, resepi nasi ayam Thailand tidak mempunyai kicap sepertimana nasi ayam biasa dan cara untuk buat sosnya adalah seperti berikut.

Baca : Resepi Chicken Chop Grill Black Pepper

Untuk sos anda hanya perlu tambahkan daun ketumbar dan cili padi yang telah siap dipotong dan tak perlu masukkan apa-apa lagi kerana sos cili Thai sudah lengkap rasanya.

Jika anda ingin lebihkan rasa pedas, hanya tambahkan cili potong kerana sos cili ini tidak terlalu pedas dan rasanya memang sedap.

Itu sahaja cara dan resepi nasi ayam Thai style hasil perkongsian daripada saudara Hanis Mohamad yang dikongsikan di laman Facebook.

Video Masak Nasi Ayam Thai

Kami kongsikan juga video cara masak nasi ayam Thai resepi daripada channel YouTube Mulut Kitchen Official yang menunjukkan caranya termasuk cara buat sos cili nasi ayam homemade.


Semoga perkongsian resepi nasi ayam Thai ini akan dapat membantu anda untuk menyediakan masakan ini di rumah dengan mudah dan cepat. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog