Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Paling Sedap & Simple

Resepi ayam masak merah

Pasti ramai suka makan ayam masak merah yang biasanya menjadi hidangan wajib ketika kenduri kahwin, hari raya dan majlis-majlis tertentu. Tapi, macamana cara nak buat masakan ini dan apakah resepi paling sedap?

Bagi anda yang menyukai masakan yang simple ini, boleh cuba untuk buat sendiri di rumah. Kami kongsikan resepi ayam masak merah ala kenduri dari pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Ada yang berpendapat masakan ayam seperti ini di utara dan pantai timur agak berbeza dari segi rasa dan bahan-bahannya. Katanya resepi dari negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan mempunyai perbezaan yang ketara.

Resepi ayam masak merah kenduri atau Bekwoh ini adalah hasil perkongsian daripada Puan Afy Al-Habibi yang menyatakan cara masak adalah warisan dari ibunya sendiri yang memasak makanan ini dengan lebih sedap dan terangkat.

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri


Sebenarnya cikgu dah pernah kongsi resepi ayam masak merah kenduri kahwin ini pada dua tahun lalu. Memandangkan ramai yang berminat ingin tahu cara masak masakan ini, cikgu kongsikan lagi sekali di sini.

Resepi ayam masak merah kenduri kahwin

Kenapa dipanggil Bekwoh? Sebenarnya cara yang dimasak oleh ibu cikgu adalah gaya masakan kenduri yang bermaksud Bekwoh dalam bahasa Kelantan dan Terengganu. Cara masak juga agak berbeza daripada negeri di utara.

Di bahagian rebusan ayam, jelas menunjukkan kelainan ayam masak merah ini kerana teknik yang digunakan menjadikan masakan ini sangat sedap sehingga boleh licin kuah kalau anda ikut cara setiap langkah yang ditunjukkan.

Di sini cara dan tips yang ibu cikgu buat ketika majlis kenduri kahwin iaitu jika nak buat ayam dalam kuantiti yang banyak, kena rebus dulu. Selain senang kerja, isi ayam juga tak jadi keras bila kita goreng.

Cara-cara Membuat Ayam Masak Merah

Cara masak ayam masak merah simple

Rebus ayam bersama-sama bahan-bahan kisar yang berikut:

  • Sebatang serai
  • Sehiris halia
  • Seulas bawang putih

Masukkan sekali semua bahan-bahan ini:

  • 3/4 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/1 sudu kecil perencah secukup rasa
  • 3/4 sudu kecil garam halus

Gaulkan kesemua bahan yang telah dicampurkan tadi sehingga sekata atau sebati. Tambahkan sedikit air dan rebuskan ayam sehingga masak tetapi pastikan tidak terlalu atau terlebih masak.

Resipi Kelantan Terengganu

Apabila ayam yang direbus itu telah menjadi masak, sila goreng ayam tersebut seketika sahaja. Pastikan tidak terlalu garing kerana ayam itu telah pun kita masak tadi.

Bahan-Bahan Tumis Ayam Masak Merah

Ayam masak merah resepi paling sedap

Tumis bahan kisar dengan menggunakan minyak gorengan yang sama iaitu minyak ketika goreng ayam itu tadi.

  • 1 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 hiris nipis halia
  • 3 hiris nipis serai

Perkara yang paling penting adalah perlu memastikan bawang yang anda goreng itu menjadi garing dan juga berbau wangi terlebih dahulu.

Sambal tumis sedap serai

Kemudian, barulah masukkan 1/2 biji buah tomato dicampurkan dengan 1/2 batang cili merah yang telah siap dikisar dan biarkan ia seketika. (Ada juga orang letak sos tomato atau tomato puree).

Bahan utama

Seterusnya, diikuti dengan 1/2 sudi cili kisar. Pastikan masak cili sehingga betul-betul garing dan pecah minyak. Barulah sambal ayam masak merah kita akan jadi sedap dan 'hidup' cilinya.

Rahsia ayam masak merah sedap

Kemudian, perasakan dengan bahan-bahan di bawah:

  • 1/2 keping relung kecil nisse (nisan) / gula Melaka hancur
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil perasa

Tambahkan rasa atau kurangkan mengikut citarasa anda sendiri. Kemudian, tutup seketika dengan tudung periuk untuk menaikkan warna yang cantik dan menarik. Guna api perlahan saja.

Nak campur dengan sos tomato

Kemudian, masukkan pula 3/4 sudip sos cili dan juga setengah cawan kecil air. Kacau sehingga sebati dan biarkan kuah ayam masak merah mendidih.

Secret recipe red chicken cook

Seterusnya, masukkan ayam yang telah digoreng itu tadi. Balik-balikkan, biarkan 3 hingga 4 minit supaya kuahnya meresap ke dalam daging ayam.

Baca : Resepi Nasi Minyak Terengganu Ayam Masak Merah

Cara buat ayam masak merah

Jangan lupa taburkan dengan bawang Holland atau bawang besar biasa. Boleh tutup api selepas bawang layu dan cukup semua rasa mengikut citarasa anda sendiri.

Gambar masakan

Akhirnya, siap ayam masak merah kenduri yang ringkas dan mudah ini. Percayalah, ia sangat sedap, anda pastikan akan suka dan bangga kerana  berjaya memasak masakan ini dengan resepi rahsia yang dikongsikan.

Kesimpulan

Kesedapan sesebuah resepi bergantung kepada air tangan orang yang memasak, betul ke? Mungkin ya dan tidak. Tetapi jika ikut resepi step by step ayam masak merah ni mesti menjadi dan puas hati makan kan?

Tapi, ada berpendapat resepi sama tapi cara orang Johor juga tak kurang hebat dan power serta resepi daripada blogger Azie Kitchen, Che Nom, Datuk Rizalman, Mat Gebu dan Yatie Kitchen masing-masing dengan cara tersendiri.

Semoga perkongsian resepi ayam masak merah kenduri yang sedap yang dikongsikan oleh chef Puan Afy Al-Habibi ini akan dapat membantu anda untuk menyediakan masakan yang digemari ramai ini. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog