Siapa yang tak mahu memutihkan muka, tangan dan kaki? Pastinya semua nak samada perempuan dan lelaki, tapi apakah cara dan petua yang berkesan untuk putihkan kulit seluruh badan dan adakah ubat yang mujarab terbaik?
Kaedah apakah yang bagus dan bagaimana caranya yang betul serta apa tips mereka yang cantik menawan dapat memutihkan kulit yang pada mulanya amat hitam dan gelap pasti ada satu rahsia yang tersembunyi kan?
Tampil dengan penuh yakin dengan diri yang cantik, cerah dan gebu tentunya menjadi idaman ramai begitu juga wajah yang memukau pandangan orang serta semua bahagian tubuh badan lengkap berseri-seri seperti bidadari.
Sebenarnya, ada cara yang mudah untuk mencerahkan kulit tak kira sesiapa pun kerana petua yang dikongsikan ini telah terbukti dapat memutihkan kulit tanpa perlu menghabiskan duit beribu ringgit, tak percaya?
Mengapa perlu buang duit sedangkan kaedah yang senang ada, malahan jauh lebih murah dari sebarang produk kosmetik dan kecantikan kulit yang dijual di pasaran termasuk cara tradisional yang mudah dibuat di rumah.
Cara Putihkan Muka Tangan & Kaki Seluruh Badan
Perkongsian cara memutihkan kulit tangan dan kaki, muka serta seluruh badan ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dan page yang telah menarik perhatian ramai kerana beliau telah mempraktikkannya dan berjaya.
Katanya, dengan mengamalkan cara yang ditunjukkan ini dalam jangka masa sebulan pasti anda akan dapat melihat perubahan yang ketara selepas menggunakannya tanpa skip sebarang step yang diajarkannya.
Kulit yang hitam akhirnya menjadi cerah tidak lagi gelap seperti sebelumnya dan kulit yang menggerutu menjadi lembut dan licin. Inilah rahsia penyeri wajah yang ramai masih belum tahu bagaimana untuk merealisasikannya.
Yang paling menarik adalah caranya sangat mudah dan amat efektif tanpa guna sebarang kos yang tinggi dan tidak perlu bersusah payah mencari produk atau ubat yang dikhuatiri kandungannya atau mempunyai bahan kimia yang tinggi.
Petua Memutihkan Tangan & Kaki
Mungkin anda akan terkejut apabila tahu tentang dua produk yang terbaik ini kerana anda amat mengenalinya dan banyak dijual di mana-mana farmasi, kedai atau pun pasaraya berdekatan dengan tempat tinggal.
Gabungan dua produk ajaib ini adalah Krim Kecantikan Safi dan Vaseline atau Nivea yang telah membuktikan keberkesanannya dari kulit yang tidak menarik menjadi putih berseri sepenuhnya.
Menurut Puan Eina Shukry, dua bahan yang digabungkan ini telah lama diamalkan untuk tangan dan kaki memandangkan kulitnya tidak begitu cantik serta dikatakan berkerak langsung tidak menarik.
Katanya lagi, ia boleh digunakan di seluruh badan dan fokus Puan Eina Shukry adalah kaki dan tangan kerana kulit muka dan tangan tidak selari yang mana gelap dan kurang cerah.
Disebabkan itu, dia mencari cara apakah yang sesuai dan murah untuk mencantikkan kulit, akhirnya dia menjumpai cara ini dengan pembelian sekali dan digunakan banyak kali sehingga kulit putih dan comel.
Cara Guna Vaseline Untuk Putihkan Kulit
Cara gebukan tangan dengan menggunakan Vaseline sangat mudah sepertimana Puan Eina gunakan iaitu diamalkan pada waktu malam pada setiap hari dengan menyapukan pada kulit tangan dan kaki.
Krim Nivea dan Safi
Produk atau krim Nivea sememangnya untuk memutihkan kulit wajah dan seluruh badan malahan amat sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit yang kering dan inilah cara untuk merawat kulit yang betul.
Begitu juga dengan krim Safi yang mana digunakan juga pada masa yang sama dengan campuran lotion salah satu daripada produk kosmetik di atas yang mampu menjadi pemutih terbaik dan tercepat.
Baca : Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan
Tips Putihkan Kulit Seluruh Badan
Berikut adalah perkongsian daripada Facebook Petua Cantik dan Sihat yang turut berkongsi tips putihkan kulit untuk menjadi lebih putih, gebu dan mulus katanya tanpa mengambil sebarang supplement.
Anda hanya perlukan dua perkara saja untuk mencuba putihkan kulit iaitu dengan membeli kedua-duanya seperti dalam gambar di Watson dengan harga murah atau kedai apa saja dengan syarat rajin dan tak malas.
- Losyen Vaseline Perfect 10
- Krim kecantikan Safi Aloe Vera & Habbatus Sauda
Cara Guna
1. Setiap kali selepas selesai mandi atau sebelum tidur, anda perlu sapu dan ratakan krim Safi di mana-mana bahagian yang anda nak putihkan samada kulit muka, badan atau tangan dan kaki.
2. Kemudian selepas dah siap sapu, barulah gunakan Lotion Vaseline dengan sapuan yang rata sehingga ke seluruh bahagian kulit.
Anda disarankan guna Safi dahulu kerana jika guna losyen dulu, lotion akan jadi lambat kering serta melekit atau sticky dan ia takkan menjadi katanya.
3. Seterusnya, boleh tidur seperti biasa sambil berdoa supaya kulit anda terus putih dengan cepat dalam masa sehari. (bergurau).
Anda wajib amalkan cara ini dengan konsisten tanpa abaikan walau sehari barulah nanti akan nampak hasilnya dan ingat sila buang mentality orang kita yang nak semua segera dan tak semestinya pakai hari ni esok terus putih.
Percayalah apabila digunakan pasti akan ada hasilnya yang amat mengejutkan dan biasanya memakan masa dalam berminggu dan sebulan berpandukan kepada antibodi setiap orang.
Penggunaan Yang Betul
Untuk mengamalkan petua yang telah dikongsikan ini anda wajib tahu apakah langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum menyapu krim dan losyen di kulit muka atau badan.
Jika untuk wajah, pastikan anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dan disarankan anda menggunakan Nivea Facial Cleanser sekiranya anda memilih krim Nivea begitu juga pencuci muka Safi.
Cucilah muka terlebih dahulu sebelum amalkan Vaseline atau Nivea dan Safi, lihatlah hasilnya nanti sangat cepat sepertimana yang dikatakan Puan Eina Shukri dalam perkongsiannya di laman sosial.
Cantik Luar dan Dalam
Sebenarnya, jika seseorang itu inginkan kulit yang gebu di seluruh badan haruslah cantik luar dan dalam. Dengarkan tips daripada Zarraz Beauty House bagaimana untuk dapatkan kulit yang putih berseri.
Berikut pula petua untuk memutihkan kulit muka dengan cepat menggunakan bahan-bahan alami semulajadi yang boleh anda dapatkan hanya dari rumah untuk membuat masker wajah yang terbaik dan power.
Kesimpulan
Sebelum mencuba cara ini anda wajib tahu bahawa tidak semua kulit manusia sesuai dengan setiap sesuatu produk kecantikan yang terdapat di pasaran yang mungkin tidak sesuai dengan setiap orang.
Jika anda mempunyai alahan kulit atau sensitif dengan sebarang bahan kosmetik, sebaiknya anda tidak mencubanya kerana kesan sampingan nanti mungkin akan memudaratkan diri sendiri seperti kegatalan dan menjadi merah.
Jadi, kami tidak bertanggungjawab sekiranya apa yang berlaku terhadap diri anda selepas anda menggunakan tips dan petua yang telah dikongsikan di sini.
Semoga perkongsian cara memutihkan kulit muka, tangan dan kaki serta seluruh badan dengan menggunakan Vaseline, Nivea dan krim Safi ini dapat membantu anda dengan cepat dan berkesan. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog