Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan (Petua & Tips)

Cara hilangkan parut jerawat di muka

Mempunyai jerawat di wajah, badan atau leher, sememangnya amat merungsingkan. Ketahui cara hilangkan parut jerawat hitam atau berlubang di muka dengan cepat dan berkesan mengikut kaedah petua rawatan tradisional dan moden.

Penyakit kulit yang disebabkan bakteria ini pasti akan meninggalkan parut jerawat dan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan hilang. Malah, terkadang ia meninggalkan bekas dan kesan teruk di wajah iaitu berlekuk, jeragat, timbul, berpasir atau merah.

Lebih membimbangkan sekiranya individu yang menderita sakit kulit ini tidak ambil tahu bagaimana untuk mengatasi dan mencegah jerawat dengan betul. Akhirnya dia hilang keyakinan diri serta murung malu untuk berdepan dengan orang ramai.

Jerawat di muka biasanya amat digeruni kerana apabila ia muncul di bahagian wajah pasti akan berlaku kerosakan pada kulit yang akan menjadi parut dek kerana keradangan dan kehilangan tisu berserta sistem sokongan wajah.

Apa cara hilangkan parut jerawat di muka dan bahagian lain di badan dan sebagainya? Apa yang penting, pastikan anda tidak sekali-kali cucuk jerawat dengan menggunakan jarum atau benda tajam lain.

Tips & Cara Hilangkan Parut Jerawat


Petua menghilangkan parut jeragat

Rawatan hilangkan parut jerawat biasanya mengikut pada tahap parut yang anda alami. Kebiasaannya, doktor akan menyuruh anda menggunakan krim khas atau melakukan rawatan kosmetik berkaitan kulit.

Merawat parut, sekiranya menggunakan kaedah moden, anda perlu berhati-hati dan sentiasa mendengar arahan serta nasihat doktor yang akan menentukan jenis ubat-ubatan yang perlu diberikan kepada pesakit.

Krim Berubat

Menggunakan krim berubat untuk menghilangkan parut jerawat amat disarankan selain berbagai jenis krim yang terdapat di farmasi dan hospital. Walau bagaimanapun, bertemu doktor kulit adalah jalan terbaik.

Rawatan Kulit Kosmetik

Jika anda mempunyai parut jerawat yang teruk sehingga merosakkan kulit muka berlubang atau seumpamanya. Ada beberapa kaedah yang boleh anda ambil berdasar nasihat pakar kulit.

Antara kaedah-kaedah terbaik untuk menghilangkan parut jerawat sebagaimana yang disarankan oleh Hello Doktor yang dikongsikan melalui media sosial adalah seperti berikut:

Parut hitam

Laser Resurfacing

Kaedah yang menggunakan teknologi laser ini adalah untuk memulihkan kulit yang akan kelihatan muda serta menjadikan kulit licin dan berseri seperti biasa.

Kaedah laser ini juga akan membantu untuk penghasilan kolagen selain membentuk lapisan kulit yang baru serta akan mencegah parut jerawat yang teruk tersebut.

Fractional Laser Theraphy

Kaedah laser seperti ini dilakukan untuk menembusi bahagian kulit muka dengan lebih mendalam dan ia berbeza dengan kaedah laser biasa. Selain itu ia juga tidak akan mengeluarkan lapisan atas kulit wajah.

Denyutan cahaya laser cara ini akan memasuki bahagian kulit serta akan menyebabkan pengeluaran kolagen dengan cepat dan jangka masa untuk sembuh juga lebih cepat.

Sebenarnya, masih banyak rawatan laser untuk menghilangkan parut jerawat yang boleh anda lakukan seperti Dermabrasion, Filler Injections serta Pembedahan Parut Jerawat yang dikatakan lebih baik dan selamat.

Makanan Untuk Atasi Parut Jerawat


Jerawat terjadi bukan sahaja kerana bakteria malah ia juga berkaitan dengan cara pemakanan kita dan makanan yang kita makan dalam kehidupan seharian.

Walaupun anda tidak lagi menderita penyakit kulit ini atau jerawat telah hilang sepenuh tetapi masih lagi ada kelihatan parut jerawat kecil di kulit, anda hilangkannya dengan cara pemakanan yang betul.

Berikut dikongsikan juga senarai beberapa makanan yang amat baik diambil setiap hari untuk hilangkan parut jerawat dengan mengamalkan makanan-makanan tersebut.

Sayur Bayam

cara nak hilangkan jeragat

Bayam adalah sayur yang mempunyai zink yang banyak dan ia boleh membantu menambahkan zink dalam badan manusia. Walaupun bayam bukan untuk menyembuhkan kulit tetapi ramai yang menderita sakit kulit kerana jerawat didapati kekurangan zink.

Lada Benggala Kuning

menu makanan untuk kulit berjerawat

Ia kaya dengan Vitamin C yang amat tinggi dan sifat antioksidan yang terdapat di dalamnya dapat membantu menghasilkan kolagen serta akan merawat kulit dengan lebih sihat dan cepat.

Flax Seed

makanan untuk cantikkan kulit

Flax Seed kaya dengan asid lemak Omega-3 yang membantu mengurangkan bengkak serta kemerahan jerawat serta antiradang. Kelebihan Flax Seed juga akan membantu sembuhkan kulit dengan lebih baik dan teratur.

Ubi Keledek

vitamin untuk elakkan jeragat

Vitamin A dan antioksida yang kuat terdapat dalam ubi keledek sangat penting untuk penyembuhan kulit dengan lebih efektif. Ia juga akan mengukuhkan sistem imun dengan membantu proses untuk sembuh dan kurangkan radang.

Selain itu, Vitamin A yang dimiliki ubi keledek sangat istimewa kerana ia akan membantu untuk mencegah bintik hitam dan kedut pada kulit serta proses pertumbuhan kulit semula dengan lebih baik.

Badam

Badam mempunyai Vitamin E yang juga sama dengan sejenis antioksida. Fungsi penting yang dimiliki badam adalah untuk memberikan perlindungan pada kulit daripada sinaran matahari selain merawat kulit kering menjadi lebih sihat.

Baca : Pokok Semambu Penawar Mujarab Berbagai Penyakit

Petua Merawat Parut Jerawat Kaedah Tradisional

Dikongsikan juga beberapa petua tradisional untuk hilangkan jeragat dan parut jerawat hitam di muka dan belakang badan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa produk skincare atau sebarang ubat.

1. Timun dan Tomato

makanan untuk penjagaan kulit muka

Timun berfungsi untuk mengurangkan keradangan selain dapat menyembuhkan kulit dan parut jerawat. Manakala, hirisan tomato pula amat berkesan untuk kurangkan parut.

2. Jus Limau

tips hilangkan parut berlubang

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa jus limau juga boleh mengatasi masalah parut jerawat. Caranya bukan dengan hanya meminum jus limau tetapi dengan menggunakan jus tersebut pada kulit.

Anda hanya perlu dapatkan jus yang diperah daripada lemon atau limau, kemudian sapukan pada bahagian kulit yang berparut. Biarkan seketika dalam jangka masa 5 minit, mungkin, barulah basuh sebersihnya.

Vitamin C dan Flavenoid yang terdapat pada limau mempunyai agen antibiotik, disinfektan dan antioksidan yang tinggi serta sangat baik untuk kebersihan dan kesihatan kulit.

Fungsi sapuan yang dilakukan pada kulit akan membantu mengelupaskan sel mati serta menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Jika jus limau diambil dengan kerap ia boleh mencerahkan kulit serta membersihkan liang roma.

3. Minyak Zaitun

kaedah menghilangkan parut di muka

Untuk cerahkan kulit muka kerana parut jerawat, anda disarankan menggunakan minyak zaitun. Kelebihan minyak ini akan membuatkan kulit menjadi licin semula serta dapat kurangkan parut.

Antioksidan semulajadi yang terdapat dalam minyak zaitun dapat membersihkan kulit selain dapat menghilangkan parut jerawat. Disebabkan itulah, ia banyak digunakan di seluruh dunia hari ini kerana bukan sahaja untuk kulit malah untuk kesihatan tubuh badan.

4. Minyak Lavender

cara nak menghilangkan berparut berjerawat

Bau minyak bunga lavender ini sudah cukup membuktikan kelebihannya kerana ia mampu menjadi terapi tekanan dan jiwa. Walau bagaimanapun, minyak lavender juga dijadikan salah satu cara hilangkan parut jerawat di muka.

Kebaikan minyak bunga lavender ini mampu untuk merawat berbagai jenis penyakit kulit seperti jerawat, keradangan, psoriasis dan kedutan pada kulit. Selain itu, ia dapat cepatkan proses penyembuhan luka pada kulit akibat matahari, terkena pisau atau terbakar.

5. Minyak Biji Rose Hip

rawatan kulit berjerawat di badan

Dalam kebanyakan produk kosmetik atau penjagaan kulit biasanya terdapat banyak Vitamin A berserta dengan bahan kimia untuk membantu mengurangkan parut jerawat dan menggantikan sel kulit yang lama kepada baru.

Walau bagaimanapun, minyak biji rose hip ini boleh dikatakan amat ajaib kerana Vitamin A yang dimilikinya boleh mengurangkan kedutan serta dapat menukarkan kulit baru dengan cepat.

Ia juga adalah ejen antipenuaan yang sangat kuat. Sesetengah para pengkaji mengatakan ia amat abaik untuk merawat jerawat dan awet muda.

Cara menggunakan minyak ini, anda perlu mengurut pada kulit dengan minyak rose hip ini sama ada di muka atau badan dengan kekerapan dua kali dalam sehari untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

6. Putih Telur

masker jerawat terbaik

Putih telur sememangnya diketahui ramai kerana dapat membantu menghilangkan parut jerawat dengan mudah. Walau bagaimanapun, cara penggunaan telur putih di kulit dengan betul perlu diketahui.

Anda hanya perlu sapukan putih telur dengan menggunakan kapas yang bersih pada parut jerawat. Biarkan semalaman untuk kesan yang lebih baik dan sebaiknya diamalkan sebelum tidur sebelum dicuci pada esok hari.

Kandungan protein yang terdapat dalam putih telur amat baik untuk mempercepatkan proses kesembuhan pada kulit serta membantu pertumbuhan tisu dan otot.

Oleh itu, anda digalakkan menggunakan putih telur sebagai cara hilangkan parut jerawat dengan berkesan kerana kecepatan pemulihan pada parut jerawat dan cepat sembuh terbukti amat baik.

7. Ketulan Ais

Jika jerawat bernanah dan pecah, ada cara untuk merawat masalah ini dengan mudah iaitu dengan menggunakan ketulan ais di bahagian atas jerawat tersebut.

Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan kadar kemerahan pada jerawat serta mengurangkan saiz jerawat tersebut. Ais juga akan membuat kulit anda menjadi kebas dan rasa sakit pada nanah akan hilang begitu saja.

Fungsi ais yang utama dan semulajadi ini akan dapat mengetatkan liang yang terdapat pada parut di wajah anda. Jadi, gunalah ais sekiranya perlu apabila jerawat di muka anda pecah secara tiba-tiba.

Sebenarnya banyak cara untuk merawat parut di muka sama ada dengan cara moden atau petua nenek moyang kita, namun semuanya bergantung pada diri sendiri kaedah mana yang sesuai untuk diamalkan.

Tidak semua jenis ubat-ubatan dan petua yang bersesuaian dengan setiap orang. Namun, tidak salah mencuba dengan niat untuk mengatasi masalah jeragat hitam dan parut jerawat yang anda hadapi. Sebelum mencuba pastikan anda tahu apakah kesan selepas menggunakannya.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan banyak produk seperti ubat atau krim tertentu untuk hilangkan parut jerawat samada berlubang atau hitam secara online di laman Shopee, Lazada atau Watson dengan harga yang berpatutan.

Untuk memudahkan urusan serta membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi itu, kami sediakan pautan untuk anda melihat serta membuat pilihan dan pembelian jika berminat di pautan berikut:


Rawatan Sampingan dan Nasihat

Dikongsikan juga video berkaitan dengan nasihat daripada Cik Yati berserta cara-cara untuk menghilangkan parut jerawat hitam dan degil, diikuti dengan cara hilangkan jeragat guna ubi kentang yang dijadikan masker dari Abah Teamon.



Baca : Cara Atasi Stress Dengan Betul

Kesimpulan

Sekiranya anda seorang individu yang menderita akibat jerawat yang teruk atau kronik sehingga menyebabkan wajah berparut dan berjeragat, jangan terlalu taksub dengan kata-kata manis orang yang mengatakan boleh hilangkan parut jerawat dalam masa 1 hari atau seminggu.

Semua itu dusta, mana mungkin cara nak hilangkan parut parut jerawat berlubang di muka dengan cepat sampai sehari. Yang pasti untuk sembuh jika kerana jerawat tentunya akan memakan sedikit masa yang agak lama. Jadi, jangan terpedaya.

Walau bagaimanapun, samada anda lelaki atau perempuan, diingatkan dan dinasihatkan mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar perubatan berkaitan dengan kulit muka atau jerawat sebelum menggunakan kaedah-kaedah yang dikongsikan.

Ini kerana untuk mengelakkan sebarang masalah atau risiko yang akan anda hadapi sekiranya menggunakan semua kaedah tersebut. Ia juga mungkin tidak bersesuaian dengan anda dan mungkin akan menyebabkan masalah parut jerawat anda akan jadi semakin kronik.

Semoga perkongsian petua, tips dan cara hilangkan parut jerawat yang dikongsikan akan dapat membantu anda untuk mengatasi masalah penyakit kulit ini atau sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit pengetahuan tentang penjagaan kulit wajah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog