Resepi biskut arab atau dipanggil juga suji rupanya ada bermacam versi viral seperti cair di mulut, dicampur susu, tanpa minyak sapi, letak cornflakes, jenis pelangi dan macam-macam lagi tapi yang asli paling sedap kan?
Walau bagaimanapun, cara buat biskut arab sangat mudah kerana bahan-bahannya sangat simple seperti tepung gandum dan boleh guna sukatan cawan sahaja tanpa perlu bersusah payah nak sukat menyukat bagai nak rak.
Jika anda suka makan biskut suji ini, boleh cuba buat sendiri di rumah dengan mengikut step by step yang dikongsikan resepinya, jangan takut sebab pasti ia menjadi dan ia semudah ABC, tak percaya? Cubalah dulu.
Resepi Biskut Arab Suji Sukatan Cawan Mudah
Resepi biskut arab guna 4 bahan ini adalah hasil perkongsian daripada Puan Fairuz Abu Hassan yang menyatakan selama ini dirasakan sangat susah nak membuatnya, padahal tersangatlah senangnya nak dibuat.
Bahan-Bahannya
- 3 cawan tepung gandum
- 8 sudu minyak sapi
- Segenggam badam (Almond)
- Setengah cawan gula icing
Kuantiti adunan yang dinyatakan di atas adalah bersamaan dengan satu balang kuih saiz biasa sahaja dan anda boleh lebihkan sukatan cawan mengikut kehendak sendiri mengikut berapa banyak yang nak dimakan.
Cara-Cara Membuatnya
1. Kacaukan minyak sapi bersama dengan gula icing sehingga ia menjadi sebati sepenuhnya.
2. Kisarkan badam sehingga kelihatan hancur kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
3. Setelah ia sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tersebut tidak lagi melekat-lekat di tangan.
4. Seterusnya, bentukkan adunan mengikut selera sendiri sama ada nak ia jadi bulat, leper, empat segi atau bujur, terpulang kepada citarasa masing-masing dan boleh letakkan hiasan seperti ceri.
Sesetengah orang akan menggunakan acuan untuk mendapatkan bentuk yang lebih cantik katanya dan hiasan topping pula boleh dipelbagaikan begitu juga dengan rasa yang boleh dicampurkan dengan bahan lain.
5. Setelah siap semuanya, anda boleh bakar menggunakan oven dengan suhu 160 darjah dalam masa selama 30 minit.
Cara Buat Biskut Suji 3 Bahan
Berikut pula adalah video tutorial cara membuat biskut arab yang sangat ringkas guna tiga bahan saja dan sangat mudah nak menyediakannya di rumah, hanya ikut langkah demi langkah pasti jadi.
Resepi guna 3 bahan ini dicampurkan dengan sedikit minyak sapi, tepung gandum, gula halus dan ia juga dicampurkan dengan susu tepung yang dijadikan sebagai topping.
Rujukan
Berikut adalah senarai para pengguna Facebook yang berkongsi tentang resepi ini dengan air tangan mereka sendiri yang disertakan gambar-gambar yang dikongsikan di media sosial.
Zaman sekarang ramai yang pakar buat kek dan cookies mengolahkan resepi biskut arab ini dengan cara dan kreativiti mereka sendiri sehingga ada rasa yang berbeza dengan bentuk yang menyelerakan.
Antara olahan tersebut seperti mencampurkan bahan lain seperti cornflakes, nestum, susu tepung, warna warni macam pelangi dan berbagai lagi sehingga menjadi ikutan ramai orang.
Ini termasuk dengan pakar masakan seperti Che Nom, blogger Azie Kitchen, Mat Gebu, Azlina Ina dan ramai lagi yang boleh anda jadikan rujukan untuk sediakan biskut ini yang mereka mengolahkan dengan cara tersendiri.
Walau bagaimanapun, anda boleh juga reka sendiri dengan memasukkan bahan lain yang dirasakan sesuai untuk biskut ini dan menjadikan resepi ini lebih istimewa mungkin, kan?
Semoga perkongsian resepi biskut arab suji ini akan dapat membantu anda yang ingin menyediakan dengan mudah dan menjadi sampai boleh makan satu family. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. - Bukit Besi Blog