Resepi Kek Marble Kampung Sukatan Cawan Mudah dan Simple

Kek marble kampung

Mungkin ramai yang tahu cara nak buat kek marble kampung yang simple biasanya orang lama dulu-dulu pandai masak dengan resepi legend turun temurun lebih sedap, mudah dan klasik tradisional katanya.

Jika anda ingin cuba resepi kek marble kampung guna sukatan cawan mesti jadi sebab kaedah membuatnya sangat mudah dan rasanya budak sekolah pun boleh kalau ikut step by step asalkan minat dan rajin.

Caranya sangat senang dan pastikan anda mempunyai semua bahan-bahan utama seperti butter, telur, tepung dan sebagainya. Apabila semuanya sudah siap sedia, anda boleh try buat sendiri di rumah.

Kek homemade sebenarnya lebih sedap daripada dibeli di kedai malahan lebih puas hati makan kerana kuantiti sesebuah masakan samada banyak atau sikit kita yang tentukan, betul tak?

Resepi Kek Marble Kampung Sukatan Cawan


Resepi kek marble klasik

Kenapa dipanggil sebagai kek marble kampung? Katanya kerana guna bahan-bahan asas yang mudah dan tekstur yang gebu, moist dan tidak terlalu manis selain trademark kek ini mestilah berwarna warni.

Resepi mudah dan simple guna sukatan cawan berikut adalah perkongsian daripada Puan Erma Nur Shadila yang mengatakan kek ini wajib apabila pulang kek kampung yang dijadikan sebagai buah tangan untuk mentuanya.

Bahan Asas

  • Secawan gula kastor
  • 250 gram butter (Pure Butter lagi sedap dan wangi)
  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sesudu kecil baking powder
  • Serbuk koko atau Emulco

Cara Membuat:

Resepi kek marble kampung sukatan cawan

1. Campurkan butter dengan gula sehingga ia jadi putih dan gebu, masukkan esen vanilla dan telur sebiji dan adun.

2. Masukkan sedikit tepung gandum sedikit demi sedikit dan ulang step 1 sehingga bahan habis sepenuhnya.

3. Anda perlu bahagikan adunan menjadi dua bahagian jika hanya guna dua pewarna serta boleh dibahagikan kepada tiga atau empat bahagian sekiranya menggunakan banyak warna yang berbeza.

4. Sendukkan adunan tersebut dengan berselang seli secara bertindih. Lorekkan pada bahagian atas dan hentakkan loyang sedikit.

5. Saya guna loyang yang berukuran 7x7 inci untuk sukatan tepung gandum 2 cawan. Suhu pula 150 C dengan jangkaan lebih kurang 50 minit berpandukan kek masak sepenuhnya walaupun kurang dari masa ditetapkan.

6. Apabila kek marble telah masak cara untuk memotong pula perlu tunggu sehingga ia sejuk dan terbalikkan kemudian potong.

Kek pelangi dulu-dulu

Nota : Saya guna sukatan cawan yang ada di rumah saja dan anda boleh guna apa-apa jenis cawan pun kerana kek mesti jadi, kalau ada sukatan cawan metrik, itu lagi bagus.

Resepi kek marble kampung sukatan cawan ni saya gunakan waktu dulu kerana tidak mempunyai penimbang, jadi jika tiada penimbang guna cawan saja.

Baca : Cara Buat Kek Marble Pelangi Cantik Jelita

Cara Buat Kek Marble Klasik & Gebu


Cara buat kek marble

Ini pula perkongsian daripada tukang masak lelaki yang dikenali sebagai Khairul Hasrol di laman Facebook yang sangat pandai buat kek dan sempoi saja caranya siap ada video tutorial.

Bahan-Bahan

  • 250 gram marjerin atau planta
  • 250 gram gula halus (Castor)
  • 6 biji telur gred A atau B
  • 250 gram tepung gandum (*)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (*)
  • 1 sudu kecil baking powder (*)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna merah atau hijau

Cara-Cara Menyediakan


1. Bahan yang bertanda (*) perlu disatukan serta diayak bersama-sama.

2. Dengan menggunakan mixer, anda boleh pukulkan gula halus bersama marjerin sehingga ia menjadi gebu atau kembang setaman.

3. Kemudian masukkan telur secara satu persatu dengan berhati-hati.

4. Seterusnya, masukkan esen vanilla dan masukkan tepung gandum. Setelah itu bahagikan adunan tersebut menjadi tiga warna dengan pilihan warna mengikut citarasa sendiri.

5. Tuang adunan secara selang seli mengikut warna yang dipilih ke dalam loyang yang telah disapukan dengan marjerin.

Style orang lama

6. Kemudian dengan menggunakan lidi, sila lorekkan adunan itu dengan kreativiti sendiri untuk menghasilkan corek marble kepada kek.

7. Setelah siap sepenuhnya, sila bakarkan kek marble dengan menggunakan suhu 160 Darjah Celcius selama 50 atau sehingga kek menjadi masak. Siap.

Untuk resepi kek marble kampung yang dikongsikan di atas hanya menggunakan 1/2 adunan sahaja yang mana kuantiti telah dibahagikan menjadi dua memandangkan yang makan hanya beberapa orang saja.

Legend

Simple dan mudah

Guna minyak

Rujukan:

Semua gambar kek marble yang cantik indah menawan dan jelita ala kampung style berserta dengan resepinya adalah hasil rekaan yang telah dikongsi oleh mereka seperti di bawah di Facebook:


Kesimpulan

Selain bahan-bahan yang disertakan di atas, anda boleh tukarkan atau masukkan bahan lain mengikut kesesuaian dan keinginan seperti susu pekat, serbuk koko, pewarna pandan dan sebagainya.

Tak susahkan nak buat kek marble? Rasanya semua orang boleh buat dengan cara tersendiri selain boleh diolahkan mengikut idea masing-masing tapi jika tanpa telur agak-agak jadi tak?

Semoga perkongsian dua resepi kek marble kampung sukatan cawan dan penimbang ini dapat membantu anda yang ingin mencuba menyajikannya di rumah. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog