Jika anda suka makan ais krim lebih baik jangan beli boleh buat sendiri di rumah dan tentunya dapat makan sepuas hati. Resepi dan cara buat aiskrim yang mudah, sedap dan gebu dikongsikan dari netizen di Facebook.
Mulai sekarang, anda hanya perlukan bahan-bahan asas sahaja untuk membuat aiskrim homemade Malaysia ini dan tak perlu pening kepala kerana semuanya semudah ABC dan yang paling penting ia lambat cair jika dibuat kena dengan caranya.
Sebenarnya banyak jenis ais krim yang boleh kita cipta atas jenama sendiri tetapi anda perlu tahu cara untuk membuatnya serta wajib ada bahan asas yang akan membuat ais krim anda itu menjadi dan sedap dimakan.
Perkongsian resepi aiskrim Nestle daripada Nor Iffatul Elesya Mohamad jadi viral di laman sosial yang mana ais krim wanita ini nampak menjadi dan menarik perhatian ramai apabila melihat gambar-gambar yang dikongsikannya.
Cara Buat Aiskrim Nestle Sedap dan Gebu
Peminat aiskrim mesti tak tidur malam apabila melihat semua gambar dan resepi membuatnya setiap langkah demi langkah, mengapa? Sebab rupanya sebijik Nestle Ice Cream yang mempunyai tiga perisa iaitu Strawberry, Vanilla dan Chocolate.
Pesanan daripada pemilik resepi yang berpesan kepada sesiapa yang ingin membuatnya perlu menyediakan sebuah bekas yang besar sebelum mula buat aiskrim ini dan bawah ini cara membuat berserta resepi asal.
Bahan-Bahan Utama
- 2 sudu besar Ovallete
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar esen vanilla
- 1 tin susu cair
Mudah kan? 4 bahan saja dan jika anda ingin tambah perasa coklat, anda boleh masukkan Milo sebanyak 3 sudu dan jika inginkan warna pink seperti dalam gambar, anda boleh guna color pink dan disarankan jangan guna warna lain.
Cara Membuat
1. On mixer yang anda ada dan campurkan semua bahan di atas. Mix kan dalam jangka masa dari 10 ke 15 minit sehingga ia kelihatan jadi kembang menawan. Siap.
2. Walau bagaimanapun, ada sesetengah orang lebih suka blend atau mix sehingga ia jadi kental dan memerlukan masa yang lebih lama. Ini adalah citarasa masing-masing dan terpulang pada empunya badan.
3. Apabila semuanya telah siap sepenuhnya. Anda perlu bahagikan kepada tiga bahagian iaitu masukkan pewarna kepada warna pink, coklat dengan milo dan yang putih biarkan menjadi warna asal.
4. Kemudian, dapatkan bekas-bekas airkrim yang pernah anda beli dan kebiasaannya bekas ais krim Nestle dan bersihkan, seterusnya masukkan adunan mengikut warna-warna yang telah anda buat.
5. Akhir sekali, anda boleh taburkan sebarang topping seperti badam dan sebagainya. Ini juga terpulang kepada diri sendiri atau kreativiti anda jika mahu letakkan topping. Siap.
Oh ya, pewarna pink dan esen vanilla yang saya gunakan adalah pewarna makanan yang terdapat dalam botol kecil iaitu Star Brand.
Manakala, cara untuk tuang adunan ke dalam bekas memerlukan pembantu dan saya tuangkan Milo dahulu dengan keadaan menyenget sebab itu juga milo nampak sikit dan warna pink terlebih.
Selepas itu tuangkan coklat seterusnya masukkan pula warna pink dan diikuti dengan warna putih serta stabilkan bekas supaya kelihatan sama rata dan cantik.
Anda perlu berhati-hati ketika menuangkan semua adunan tersebut dengan harapan ia tidak bercampur warna secara keseluruhan.
Setelah siap semuanya anda boleh masukkan ke dalam peti ais sejuk beku dengan jangka masa yang agak lama iaitu sekurang-kurangnya 12 jam cara saya.
Baca : Ais Krim Milo Style Orang Malaysia
Perkongsian Netizen
Ramai netizen yang berkongsi cara membuat aiskrim dengan kreativiti mereka sendiri dan gambar-gambar yang dipaparkan di bawah adalah bukti bahawa mereka membuatnya serta jadi 100% seperti Nestle Ice Cream.
Anda boleh olahkan dengan mencampurkan bahan lain seperti Oreo, Whipping Cream, sebarang cookies, telur dan sebagainya. Selain itu ada yang berpendapat jika ada yang suka tanpa Ovallete tak perlu masukkan bahan ini.
Apakah bahan yang boleh menggantikan Ovalette? Katanya mereka yang tak suka bahan ini perlu memukul atau mix adunan dengan lebih lama supaya lebih kental dan menjadi. Itu sahaja rahsianya.
Namun, kesahihannya tidak pasti dan yang pasti anda boleh cuba dahulu selepas itu barulah dapat jawapan dan hasilnya daripada tidak guna Ovalette. Ada yang kata tanpa susu pun boleh buat ais krim.
Kesimpulan
Mulai sekarang anda dah boleh try buat experiment macamana nak buat aiskrim di rumah tanpa sebarang mesin atau hanya guna blender saja, ia sangat senang dan antara yang boleh dibuat seperti dalam senarai di bawah:
- Ais krim Malaysia
- Ais krim KitKat
- Ais krim Oreo
- Ais krim Walls
- Ais krim Magnum
- Ais krim La Cremeria
- Ais krim Unicorn
- Ais krim batang
- Ais krim Milo
- Ais krim durian
- Ais krim Vanilla McDonald
Try and error pasti akan jadi juga pada satu masa nanti, yang penting rajin atau keinginan nak membuatnya. Jangan lupa bahan dan resepi yang ditunjukkan, ikut step by step, tentunya sedap dan puas hati makan.
Semoga perkongsian resepi dan cara buat aiskrim daripada Puan Ifthaul ini akan dapat membantu anda untuk menyediakannya. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog