Resepi Cucur Ikan Bilis Sedap & Lembut

Cucur ikan bilis

Kalau anda suka makan cucur ikan bilis yang lembut, rangup dan sedap boleh buat sendiri di rumah guna resepi rahsia viral dengan cara yang sangat ringkas tapi hasilnya puas hati jadi santapan satu keluarga.

Sebenarnya, resepi jemput-jemput bilis yang paling power adalah berpandukan kepada bahan-bahan serta kaedah nak membuatnya mengikut langkah demi langkah dan jangan tersilap step, itu saja.

Ada yang kata untuk lembutkan cucur perlu masukkan telur, kentang atau yis supaya ia gebu dan kembung senang dikunyah. Namun, itu sekadar pendapat mereka yang telah menyajikan sendiri dan buat eksperimen.

Zaman sekarang, ramai yang pakar masak dengan olahkan resepi ini seperti style Sheila Rusly, Azie Kitchen, blogger Che Nom dan Yatie Kitchen yang mempunyai rasa berbeza hasil dari air tangan mereka.

Cara Buat Cucur Ikan Bilis Lembut & Rangup


Cara buat jemput-jemput ikan bilis rangup

Ini adalah jemput-jemput ikan bilis resepi daripada Puan Fatien Zaini yang berkongsi skill yang dimilikinya di laman Facebook dan ternyata ia telah menarik perhatian netizen sehingga mendapat ribuan perkongsian serta viral.

Menurut Puan Fatien, pada musim hujan sangat sesuai makan masakan ini di waktu petang, di luarnya sangat crispy dan di dalam isinya amat lembut dan gebu.

Bahan-Bahan Jemput-Jemput

Resepi cucur ikan bilis

  • Tiga cawan tepung gandum jenama Rose
  • 3 1/2 cawan air panas
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • Sedikit carrot
  • Bawang merah
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Cili merah
  • Segenggam ikan bilis

Cara-cara menyediakan

1. Carrot, daun bawang, daun sup dan cili merah perlu dipotong menjadi hirisan kecil seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

2. Ikan bilis pula boleh direndam terlebih dahulu sebelum ia ditumbuk sehingga menjadi halus.

3. Kemudian, gaul tepung gandum bersama dengan semua bahan yang telah siap dipotong berserta dengan ikan bilis tumbuk.

Resepi jemput-jemput mudah dan sedap

4. Seterusnya masukkan sedikit garam dan kacau sehingga ia sebati sepenuhnya. Boleh juga masukkan sedikit gula sahaja.

5. Bentukkan lubang di tengah-tengah adunan tepung dan tuangkan air panas sedikit demi sedikit sehingga bancuhan tersebut jadi sebati.

Guna tepung gandum

6. Selepas siap mengadunkan tepung gandum dan semuanya, anda perlu sejukkan bancuhan tersebut sebelum mula digoreng. Siap!

Baca : Cara Buat Jemput-Jemput Udang Mee Goreng

Macamana? Mudah tak nak buat cucur ikan bilis? Senangkan? Semua orang boleh buat, hanya rajin dan malas yang membezakan setiap orang. Kalau nak makan pastikan ada keinginan untuk masak.

Selain itu, anda boleh juga menambahkan sebarang bahan lain mengikut kreativiti sendiri dan perlu pastikan bahan tersebut sesuai untuk dicampurkan dengan adunan tersebut.

Simple saja

Ikan bilis boleh juga ditukarkan dengan udang segar atau ayam mengikut citarasa anda dan kehendak sendiri, marjerin atau planta pun boleh tetapi rasanya mungkin sedikit berbeza.

Kesimpulan

Kalau inginkan cucur jadi lembut dan rangup, ia wajib dibancuhkan dengan air yang panas dan tidak digoreng ketika adunan masih lagi dalam keadaan panas.

Semoga perkongsian resepi cucur ikan bilis simple sedap daripada Puan Fatien Zaini ini akan dapat memudahkan urusan anda untuk menyajikan menu ini. Semoga bermanfaat. - Bukit Besi Blog